Google
 

Monday, March 7, 2011

Misi Anak-Anak Ahmad Berjaya


Misi Anak-Anak Ahmad Berjaya
Oleh: GTPMM Crew

PILIHAN RAYA KECIL Dun Kerdau dan Merlimau telah melabuhkan tirainya semalam. Di dalam PRK tersebut nampaknya ia terus memihak kepada Barisan Nasional apabila Barisan Nasional berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut.

GTPMM menyifatkan kejayaan Barisan Nasional mempertahankan kedua-dua kerusi DUN ini adalah sama dengan kejayaan misi anak-anak Ahmad, ini adalah kerana secara kebetulan kedua-dua calon BN untuk kedua-dua PRK ini adalah anak kepada Ahmad jadi itulah sebabnya penulis sifatkan kejayaan BN di dalam PRK kali ini adalah kejayaan misi anak-anak Ahmad.

Di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat 5,060 undi menewaskan calon PAS Hasanuddin Salim yang hanya memperolehi 2,336 undi ini menjadikan Syed Ibrahim menang dengan majoriti 2,724 undi.

Manakala di Merlimau, Calon BN Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizad Abdullah hanya mendapat 2,319 undi. Ini menjadikan Roslan Ahmad menang dengan majoriti 3,643 undi.

Ini bermakna kedua-dua kerusi tersebut masih menjadi milik BN dan tidak ada satu kerusi pun yang jatuh ke tangan PAS. Walaubagaimanapun BN tidak boleh merasa selesa dengan kemenangan ini kerana kemenangan di dalam PRK tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal mendatang.

GTPMM Crew: Prestasi BN di beberapa siri PRK sebelum ini amat membanggakan, Bagaimana pula dengan prestasi BN di dalam PRU13 yang bakal mendatang? sama-samalah kita nantikanya.