Google
 

Wednesday, November 25, 2009

Anwar Cuba Memporak Perandakan UMNO....

Tengku Razaleigh HamzahImage via Wikipedia

Anwar Cuba Memporak Perandakan UMNO....

ANWAR IBRAHIM seorang yang bercita-cita tinggi dan teringin sangat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Untuk mencapai impian peribadi beliau sanggup lakukan apa sahaja demi cita-cita politiknya tercapai termasuklah dengan membohongi rakyat.

Beberapa hari yang lalu Anwar mendakwa bahawa YBM Tengku Razaleih Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang juga merupakan Veteran UMNO itu telah bersetuju untuk menyertai Kaukus Petroleum anjuran Pakatan Pembangkang.

Namun, Tengku Razaleigh menafikan dakwaan Anwar tersebut dan berkata ia masih mempertimbangkan samaada beliau akan menyertai atau tidak Kaukus Petroleum tersebut.

Ini bermakna Anwar telah membohongi rakyat dengan membuat kenyataan media yang berunsur penipuan. Tidak tahulah apa agenda tersembunyi yang cuba dilakukan oleh Anwar mungkin ini adalah satu cara untuk memporak-perandakan UMNO.

Berikutan pembohongan itu, penulis menasihatkan agar YBM Tengku Razaleigh jangan menyertai Kaukus Petroleum anjuran Pakatan Pembangkang itu kerana bimbang ia cuba dimanipulasikan oleh pihak pembangkang.

Penulis pun hairan kenapa Anwar Ibrahim begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan royalti untuk Kelantan, adakah ia sekadar hanya ingin membantu rakyat Kelantan ataupun ada udang di sebalik batu?

Cuba fikir sekiranya tuntutan royalti menjadi kenyataan dan Anwar Ibrahim pula mencadangkan royalti itu dibahagi-dibahagikan dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain dan digunakan untuk kepentingan parti, tidakkah ianya juga satu rompakan di siang hari? Fikir-fikirkanlah....
Reblog this post [with Zemanta]

Monday, November 16, 2009

Sindiket Terancang Menjatuhkan TG Nik Aziz?

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia






Sindiket Terancang Menjatuhkan TG Nik Aziz?


KALUT itu mungkin yang boleh digambarkan di dalam PAS hari ini, baru aje selesai isu EGM, didahului dengan isu Unity Governtment diikuti pula dengan Bai'ah dan SPRM menyiasat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) timbul pula isu syarikat yang menaja TG Nik Aziz menunaikan Haji malah syarikat tersebut di dakwa mendapat eksklusif untuk papan-papan iklan Kelantan Generasi Al-Quran yang dipasang di sekitar Kelantan.

Saya sendiri pelik kenapa semua itu seakan-akan ada kesinambungan sepertimana drama yang disiarkan oleh TV. Mungkinkah ada orang di dalam PAS yang sedang merancang sesuatu ataupun bersedia untuk menjatuhkan TG Nik Aziz.

Mungkin PAS akan menyalahkan UMNO di dalam hal ini, kerana sudah memang tradisi PAS menjadikan UMNO sebagai kambing hitam. Jauh di sudut hati saya dapat membayangkan bahawa isu-isu tersebut tidak akan diketahui UMNO sekiranya ia tidak di dedahkan oleh 'orang dalam' PAS sendiri.

Kata hati saya membuatkan saya benar-benar yakin bahawa ada ahli PAS yang mengkhianati partinya sendiri demi perjuangan diri sendiri, seperti mahukan jawatan tertentu ataupun lebih daripada itu.

Tambahan pula isu-isu yang timbul itu seakan-akan dirancang dengan teliti oleh orang tertentu yang mempunyai maksud tertentu yang masih berada di dalam PAS dan pandai bermuka-muka di dalam PAS sehingga lakonanya tidak berjaya dikesan oleh pucuk pimpinan PAS.

Adakah ada perancangan strategik untuk menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz, saya hanya boleh menjawap tidak mustahil, ye lah kalau perancangan itu dilakukan oleh orang yang paling Tok Guru percaya sudah pasti Tok Guru lebih percaya padanya berbanding orang lain.

Dengan kepercayaan yang diberikan oleh Tok Guru Nik Aziz digunakan untuk mencapai hasrat peribadi diri sendiri, agar impian yang sudah ditanam sekian lama akhirnya membuahkan hasil lebih cepat daripada yang dijangka.
Reblog this post [with Zemanta]