Google
 

Friday, February 15, 2008

Pilihanraya Umum Ke 12 8 Mac 2008

Tanggal 13 Februari 2008, Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengisytiharkan pembubaran parlimen dan serentak dengan itu DS Abdullah menasihati semua kerajaan negeri kecuali sarawak membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Pada 14 Februari 2008 tiba pula giliran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Malaysia untuk membuat pengumuman. Pengerusi SPR telah mengumumkan bahawa tarikh untuk penamaan calon ialah pada 24 Februari 2008. Manakala Hari membuang undi ditetapkan pada 8 Mac 2008. Bermakna tidak lama lagi kita akan berada di suasana Pilihan Raya Umum yang Ke 12.

Semalam dengan bangganya Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang yang juga kerusi yang diduduki oleh YAB Perdana Menteri. Bagi penulis ia bukan satu cabaran malahan Tuan Guru sendiri mungkin tak selesa berada di Terengganu kerana bimbang kerusi yang dipegangnya terlepas ke tangan BN jadi dia cuba beralih ke Kepala Batas kerana sekiranya beliau kalah boleh lah dia memberi alasan yang dia bertanding di luar kawasan.

Apa-apa pun kita tunggu keputusan rasmi apabila pencalonan dibuat pada 24 Februari 2008 ini. Di Kelantan, Pula Pemuda BN Kelantan memperkenalkan slogan 18 Tahun Pade Doh yang bermaksud 18 tahun pemerintahan PAS di Kelantan sudah cukup. Satu lagi slogan yang digunakan oleh Pemuda BN Kelantan ialah Mari Pakat Kelik Ngundi yang bermaksud Jom Pakat Balik Mengundi yang ditujukan kepada rakyat Kelantan yang berada di perantauan. Nampaknya, BN Kelantan sudah bersedia untuk mengempur tetapi keputusannya hanya dapat diketahui apabila tiba 8 Mac 2008 nanti.

Ahli Pas Dun Kota Putra Mahu Tolak Calon Keadilan

Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke 12 sudah makin hampir, sekarang isu calon dan kerusi memang hangat dipercingkangkan di seluruh negara, baik di sebelah pihak pembangkang ataupun di sebelah pihak BN. Namun baru-baru ini tindakan Parti Keadilan Rakyat yang mahu meletakkan calonya di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Putra mengundang kemarahan ahli-ahli Pas di kawasan tersebut.

Sekumpulan ahli PAS yang tidak mahu indentiti mereka didedahkan telah berirkrar tidak akan menyokong calon keadilan sekiranya calon keadilan diletakkan di tempat mereka. Kata mereka siapa keadilan nak bertanding kat kawasan kita, keadilan tidak boleh bertanding di sini kerana kerusid Dewan Undangan Negeri Kota Putra hanya untuk PAS, sekiranya selain daripada PAS kami tidak akan sokong dan sekiranya Keadilan bertegas untuk meletakkan calon keadilan di kawasan DUN ini, kami dengan rela akan berkempen untuk Barisan Nasional. Apa guna kita menyokong keadilan sedangkan mereka berasal dari BN juga jadi adalah lebih baik kita sokong BN terus.

Itulah diantara kata-kata mereka, bagi penulis isu ini mungkin boleh melemahkan kedudukan Barisan Alternatif di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Putra dan sekaligus akan memberi kemenangan kepada BN. Apa pun keputusan muktamad ialah pada 8 Mac 2008 ini dan jangan lupa tunaikan tanggugjawab anda sebagai pengundi berdaftar semoga parti sokongan anda semua meraih kejayaan cermelang di PRU12 nanti.