Google
 
Showing posts with label Datuk Seri Haji Idris Jusoh. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Haji Idris Jusoh. Show all posts

Sunday, March 30, 2008

Apabila Raja Lawak menjadi Menteri Besar



INILAH MB BARU GANU KITE,
MEROSAKKAN NAMA GANU KITE,
Adun PAS dikata BABI
Pak Lah pun Kata Takpe Orang Kite,

Ya Allah ya Tuhanku Selamatkan Terengganu

Undilah PAS PRU 13 Terengganu Milik PAS.

Ya Allah Ya Tuhanku Semoga Tengku Razaleigh menang jawatan Presiden UMNO

Friday, February 15, 2008

Pilihanraya Umum Ke 12 8 Mac 2008

Tanggal 13 Februari 2008, Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengisytiharkan pembubaran parlimen dan serentak dengan itu DS Abdullah menasihati semua kerajaan negeri kecuali sarawak membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Pada 14 Februari 2008 tiba pula giliran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Malaysia untuk membuat pengumuman. Pengerusi SPR telah mengumumkan bahawa tarikh untuk penamaan calon ialah pada 24 Februari 2008. Manakala Hari membuang undi ditetapkan pada 8 Mac 2008. Bermakna tidak lama lagi kita akan berada di suasana Pilihan Raya Umum yang Ke 12.

Semalam dengan bangganya Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang yang juga kerusi yang diduduki oleh YAB Perdana Menteri. Bagi penulis ia bukan satu cabaran malahan Tuan Guru sendiri mungkin tak selesa berada di Terengganu kerana bimbang kerusi yang dipegangnya terlepas ke tangan BN jadi dia cuba beralih ke Kepala Batas kerana sekiranya beliau kalah boleh lah dia memberi alasan yang dia bertanding di luar kawasan.

Apa-apa pun kita tunggu keputusan rasmi apabila pencalonan dibuat pada 24 Februari 2008 ini. Di Kelantan, Pula Pemuda BN Kelantan memperkenalkan slogan 18 Tahun Pade Doh yang bermaksud 18 tahun pemerintahan PAS di Kelantan sudah cukup. Satu lagi slogan yang digunakan oleh Pemuda BN Kelantan ialah Mari Pakat Kelik Ngundi yang bermaksud Jom Pakat Balik Mengundi yang ditujukan kepada rakyat Kelantan yang berada di perantauan. Nampaknya, BN Kelantan sudah bersedia untuk mengempur tetapi keputusannya hanya dapat diketahui apabila tiba 8 Mac 2008 nanti.

Ahli Pas Dun Kota Putra Mahu Tolak Calon Keadilan

Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke 12 sudah makin hampir, sekarang isu calon dan kerusi memang hangat dipercingkangkan di seluruh negara, baik di sebelah pihak pembangkang ataupun di sebelah pihak BN. Namun baru-baru ini tindakan Parti Keadilan Rakyat yang mahu meletakkan calonya di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Putra mengundang kemarahan ahli-ahli Pas di kawasan tersebut.

Sekumpulan ahli PAS yang tidak mahu indentiti mereka didedahkan telah berirkrar tidak akan menyokong calon keadilan sekiranya calon keadilan diletakkan di tempat mereka. Kata mereka siapa keadilan nak bertanding kat kawasan kita, keadilan tidak boleh bertanding di sini kerana kerusid Dewan Undangan Negeri Kota Putra hanya untuk PAS, sekiranya selain daripada PAS kami tidak akan sokong dan sekiranya Keadilan bertegas untuk meletakkan calon keadilan di kawasan DUN ini, kami dengan rela akan berkempen untuk Barisan Nasional. Apa guna kita menyokong keadilan sedangkan mereka berasal dari BN juga jadi adalah lebih baik kita sokong BN terus.

Itulah diantara kata-kata mereka, bagi penulis isu ini mungkin boleh melemahkan kedudukan Barisan Alternatif di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Putra dan sekaligus akan memberi kemenangan kepada BN. Apa pun keputusan muktamad ialah pada 8 Mac 2008 ini dan jangan lupa tunaikan tanggugjawab anda sebagai pengundi berdaftar semoga parti sokongan anda semua meraih kejayaan cermelang di PRU12 nanti.

Tuesday, October 23, 2007

PAS...Berbohong untuk menang

Berbohong adalah taktik biasa PAS dalam meraih undi simpati dari kalangan rakyat jelata. Memang mereka suka berbohong, jika kita amati selepas berlakunya rusuhan di Terengganu baru-baru ini kita akan dapati banyak kain-kain rentang yang tertulis "Babi mu dok tembok, Orang mu tembok" yang bermaksud BN tidak tembak babi tetapi tembak orang semasa rusuhan baru-baru ini. Ini adalah satu pembohongan besar kerana BN sudah mahu tembak Babi tersebut, mereka tidak boleh menyembunyikan fakta yang sahabat-sahabat seperjuangan mereka iaitu keadilan dan DAP yang menghalang daripada kerajaan BN menembak babi. Perlu diingatkan PAS sendiri pernah membayangkan akan membenarkan ternakan babi di Terengganu jika mereka diberi peluang memerintah lagi. Ini jelas membuktikan PAS memang berbohong. Mengenai polis yang menggunakan peluru hidup yang dijadikan isu oleh PAS sebenarnya ia berlaku secara tidak sengaja kerana polis tersebut ingin melepaskan tembakan ke udara tetapi kerana sedang dipukul oleh ahli rusuhan secara tidak semena-mena peluru tersebut tersasar terkena ahli rusuhan tersebut.

PAS juga menyebarkan risalah yang kononya UMNO yang merancang rusuhan tersebut, dengan hanya menyiarkan gambar seorang ahli rusuhan yang memakai riben yang di dakwa polis special branch. Menurut sumber pandangan kita, memang orang itu anggota polis tetapi mereka datang ke sana setelah mendapat maklumat awal yang rusuhan akan berlaku di sana setelah ada anggota polis dapat menghidu perbuatan Ahli Pas itu melalui percakapan ahli-ahli PAS sebelum rusuhan itu berlaku.

Pandangan Kita juga diberitahu oleh seorang ahli PAS yang tidak mahu dikenali bahawa sememangnya PAS adalah perancang rusuhan tersebut. Apa yang menarik menurut sumber tersebut, tindakan membuat rusuhan itu tidak direstui oleh PAS pusat ia hanyalah tindakan nekad Mustafa Ali untuk menonjolkan keberanianya tetapi akhirnya menimbulkan masalah dengan ini Mustafa Ali cuba memperbetulkan keadaan dengan menyebar berita kononya UMNO dalang di sebalik rusuhan tersebut bagi menutup kelemahan beliau.

Apa yang memeranjatkan lagi ahli PAS yang memberikan maklumat kepada Pandangan Kita menyatakan hasrat untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Apabila ditanya mengapa beliau ingin meninggalkan PAS, seraya dia menjawab "Saya sudah bosan dengan perangai PAS ini, tambahan pula tindakan PAS sejak akhir-akhir ini bercorak radikal dan perlu ditegaskan saya tidak suka tindakan yang radikal" katanya. "Saya juga berikrar akan menggunakan pengaruh saya untuk menarik ahli-ahli PAS yang seangkatan dengan saya untuk menyertai UMNO dan berjuang di bawah panji Barisan Nasional, apa yang nak ucapkan ialah "Selamat Tinggal PAS, aku sudah membencimu"

Thursday, September 6, 2007

Siapa Dalang di sebalik pembunuhan Altantuya?

Tidak beberapa lama dulu heboh isu yang dibawa oleh keadilan kononya Timbalan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara orang yang terlibat atau bersubahat membunuh Altantuya. Ramai juga orang yang bertanya saya seolah-olah percaya dengan isu itu. Mengapa orang kita ni senang ditipu?. Kontroversi ini timbul apabila ada sebuah blog menyiarkan gambar DS Najib Tun Razak dengan Razak Baginda dan Altantuya.

Sebenarnya gambar yang ada di blog tersebut dihasilkan dengan menggunakan teknik pertindihan imej. Jelas sekali keadilan ingin menipu rakyat dengan menggunakan pendekatan politik desperado. Sebenarnya mereka kekeringan isu sehingga sanggup mengada-adakan gambar yang tak ada. Begitulah keadilan mereka hanya gila kuasa tahu nak menang pilihanraya sahaja mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mereka menang. Penulis blog yang menyiarkan gambar palsu tersebut mengakui yang gambar tersebut dihasilkan dengan menggunakan teknik pertindihan imej tetapi enggan memohon maaf. Biasalah orang kentut tak akan mengaku dia kentut dicampur pula dengan sifat bongkak yang tertanam di dalam diri mereka.

Teringat saya sebuah kain rentang yang diletakkan di simpang jalan, di Kota Bharu Kelantan yang berbunyi "Media Milik BN Penipu Negara" . Jadi apa pula kita nak labelkan kepada blog yang menjadi gerbang tempur keadilan yang sememangnya menipu itu? Kalau media BN Penipu Negara bermakna media keadilan Penipu Dunia dan rakyat. Kalau ya pun nak menang mengapa sanggup menipu rakyat dan dunia dengan membuat cerita-cerita palsu tersebut. Keadilan kini sudah tidak adil lagi.

Kadang-kadang terfikir juga dalam hati kecil saya siapa dalang di sebalik pembunuhan Altantuya. Tapi kalau menggunakan teori jari menunding biasanya orang suka menuduh tu yang terlibat. Apa yang dimaksudkan dengan teori jari menunding ialah satu jari kita tunjuk kat orang sembilan jari lagi mengenai kita. Jadi fikir-fikirkanlah penulis tidak mahu menuduh sesiapa tetapi penulis cuba mengetengahkan satu teori yang boleh diterima pakai untuk mencari siapa yang benar.

Berjumpa lagi di tulisan yang akan datang, terima kasih kerana menjadi pengungjung blog Pandangan Kita, tanpa anda siapalah blog ini.

Tuesday, September 4, 2007

10 Dalil Mengapa BN Perlu Kekal Memerintah Terengganu

Pilihanraya umum mungkin akan diadakan tidak beberapa lama lagi. Pada masa ini heboh diperkatakan rejim PAS ada peluang 50-50 untuk memenangi pilihanraya umum dan merampas dan menjajah kembali Terengganu daripada Barisan Nasional. Penulis akan senaraikan beberapa dalil kenapa Kerajaan BN Terengganu harus dikekalkan.

Dalil Pertama: Pembangunan di Terengganu akan terbantut.

Penulis membayangkan pembangunan di Terengganu yang sedang rancak berjalan sekarang akan terbantut memandangkan kerajaan negeri rejim PAS tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh jika rejim PAS diberi mandat untuk berkuasa semula di Terengganu dikhuatiri mereka tidak akan memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya berkaitan dengan tanah sepertimana yang telah berlaku semasa pemerintahan rejim PAS dahulu. Di mana Kerajaan Persekutuan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tanah untuk membina Sekolah kerana kerajaan negeri pada masa itu mengenakan premium yang terlalu tinggi sedangkan sekolah tersebut untuk kemudahan rakyat.

Dalil Kedua: Rejim PAS akan kembali menzalimi rakyat Terengganu.

Pembaca yang pernah membaca isu berkaitan rejim PAS halau pelajar tadika sudah tentu tidak akan membenarkan pemerintahan autokratik rejim PAS dikembalikan di Terengganu. Penulis sayu apabila pelajar-pelajar tadika yang tidak tahu apa-apa itu terpaksa mengusung kerusi kerana dihalau oleh rejim PAS yang kononya ingin berlaku adil itu. Dendam politik anak-anak kita jadi mangsa. Penyalahgunaan kuasa oleh wakil-wakil rakyat atau ADUN rejim PAS juga dikhuatiri akan berlaku lagi sebagaimana berlaku dulu apabila anak exco pun dapat wang zakat juga dan kakitangan yang mereka benci kerana dendam politik mereka tukar sesuka hati mereka seperti yang pernah berlaku suatu pemerintahan rejim PAS dahulu.

Dalil Ketiga: Program Bakti Remaja dan Dana Khasa mungkin akan dihentikan.

Program Bakti Remaja yang diberi kepada remaja-remaja Terengganu pada masa ini mungkin akan dihentikan. Dana sebanyak RM200 seorang itu mungkin akan dihentikan sekiranya rejim PAS kembali memerintah Terengganu. Dana Khas untuk warga emas dan Keluarga mungkin juga akan dihentikan kerana sukar mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri sepertimana hilangnya 532 juta yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu semasa rejim PAS memerintah Terengganu pada suatu masa dulu yang memaksa Kerajaan Persekutuan menghentikan pemberian royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada masa itu kocek rakyat kosong tetapi kocek pemimpin rejim PAS penuh berisi.

Dalil Keempat: Masjid akan dijadikan pentas-pentas menyampai ideologi politik Rejim PAS.

Rakyat Terengganu tentu masih ingat apabila rejim PAS menggunakan masjid sebagai tempat untuk mereka menyebarkan dakyah-dakyah nista dan memecahkan masyarakat. Masjid telah disalahgunakan oleh pemimpin PAS suatu mereka diberi peluang untuk memerintah Terengganu dulu. Pada masa itu juga berlaku perebutan tongkat khutbah dan imam-imam yang berlainan ideologi ditukar dengan sesuka hati oleh rejim PAS.

Dalil Kelima: Cukai Bakul akan diperkenalkan semula

Pada zaman pemerintahan rejim PAS pada suatu masa dulu cukai bakul telah diperkenalkan walaupun tol di Jambatan Sultan Mahmud dan cukai pintu dihapuskan. Beberapa jenis cukai juga diperkenalkan semasa pemerintahan rejim PAS bagi kononya menampung kantung kewangan kerajaan negeri yang berkurangan ekoran pembehentian pemberian royalti oleh Kerajaan Persekutuan. Mereka hanya mengurangkan dua jenis tetapi memperkenalakan banyak lagi jenis cukai.

Dalil Keenam: Wakil Rakyat / ADUN yang tidur akan berkuasa semula

Peristiwa banjir besar pada tahun 2000 pasti tidak dapat dilupakan oleh rakyat Terengganu terumanya yang berada di hulu Besut Terengganu. Mereka terkilan kerana di saat mereka memerlukan bantuan tetapi ADUN yang dicari tiada malahan MB Terengganu pada masa itu juga tidak nampak 'batang hidung' mungkin juga dia malas nak selak jubah nak mengharungi banjir. Mujurlah Perdana Menteri Kita Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi membuat lawatan mengejut ke Hulu Besut bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Hulu Besut. Beberapa hari selepas itu banjir yang semakin surut barulah nampak kelibat pemimpin-pemimpin rejim PAS dan MB Terengganu (Abdul Hadi Awang) pada masa itu.

Dalil ketujuh: Penyalahgunaan Kereta Kerajaan akan berlaku lagi

Pada masa rejim PAS ada diantara pemimpin-pemimpin rejim PAS menyalahgunakan kereta rasmi kerajaan negeri seperti menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri untuk 'meragut rumput' seperti yang berlaku di Besut, Terengganu. Kereta rasmi yang sepatunya digunakan untuk urusan-urusan rasmi kerajaan digunakan untuk urusan peribadi. Sekiranya rejim PAS diberi peluang sekali lagi nescaya perkara ini akan berulang.

Dalil Kelapan: Poket rakyat kosong poket Pemimpin Rejim PAS Penuh

Kalau rakyat Terengganu masih ingat pada suatu masa dahulu poket rakyat Terengganu kosong tetapi poket pemimpin-pemimpin rejim PAS penuh apabila rejim PAS menaikkan gaji ADUN dan EXCONYA tidak mustahil perkara ini akan berlaku lagi sekiranya PAS sekali lagi diberi kuasa untuk memerintah Terengganu.

Dalil Kesembilan: Penyalahgunaan harta kerajaan

Rejim PAS yang pendapatan utamanya ialah daripada ceramah-ceramah politik yang dianjurkan pada zaman pemerintahan mereka dahulu telah menyalahgunakan harta-harta kerajaan demi kepentingan politik seperti stadium dan mini stadium. Pemberian tanah secara berleluasa oleh Jawatankuasa Syura Rakyat yang lebih berkuasa daripada Pegawai Daerah pada masa itu mungkin akan berlaku lagi. Jawatankuasa Syura Rakyat ini yang lebih popular dengan panggilan "Jong Supik Rok Rak". Mereka memberi tanah sesuka hati mereka padahal tanah itu hanyalah berstatus LMS bukanya tanah hak milik mutlak.

Dalil Kesepuluh: Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri akan dijual lagi.

Sebagaimana yang berlaku pada zaman pemerintahan rejim PAS yang dahulu berkemungkinan banyak lagi syarikat-syarikat kerajaan negeri yang menjadi kebanggaan akan dijual oleh rejim PAS yang hanya tahu nak jual sahaja dan tidak tahu mengurus. Aset-aset kerajaan negeri Terengganu akan berkurangan sekaligus kantung kewangan kerajaan negeri akan terhad dan tidak dapat digunakan untuk membantu rakyat.

Sebagai penutup, rakyat Terengganu seharusnya bijak dengan tidak memilih untuk memangkah bulan yang tidak menyinari hidup anda. Sebaliknya pangkah lah dacing untuk masa depan anak cucu anda.

Rakyat Kelantan Perlu Menukar Kerajaan

Kelantan sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang kaya dengan budaya dan seni yang begitu menarik hati. Negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang ini juga begitu menarik dan banyak tempat-tempat indah yang boleh dilawati. Kota Bharu yang kononya dinobatkan menjadi Bandaraya Islam oleh Kerajaan Negeri kelolaan rejim PAS telah menjadi kayu pengukur kejayaan PAS membangun kelantan. Kalau anda berfikiran matang, cukupkah dengan membangunkan satu tempat sudah dikira berjaya? Orang yang berfikiran waras sudah tentu dapat memikirkanya.

Kota Bharu yang kononya berjaya dibangunkan oleh rejim PAS sebenarnya tidak berjaya lagi kerana kebanyakkan projek yang ada di Kota Bharu sekarang dibangunkan oleh pihak swasta bukanya Kerajaan Negeri. Keprihatinan Kerajaan Persekutuan wajar dipuji kerana turut sama membangunkan Kota Bharu walaupun ia diperintah oleh rejim PAS.

Penulis memang akui ada sebilangan kecil projek yang dikendalikan oleh kerajaan negeri menerusi anak syarikat kerajaan negeri seperti KB Mall, KB Bazaar dan KB Trade Center. Bercakap pasal KB Trade Center sampai sekarang tak siap-siap malahan pembinaan dia pun masih tidak nampak perubahan daripada mula-mula projek sehinggalah sekarang tiada bezanya seolah-olah projek tak berjalan dan pembinaan masih di takuk yang sama. Kita lihat pula KB Bazaar yang kurang dapat sambutan kerana pengunjung kurang sudah ada beberapa kedai yang terpaksa 'gulung tikar' kerana menghadapi kerugian besar apabila kos operasi melebihi pendapatan. Jelas sekali menunjukkan KB Bazaar kurang promosi dan pemilihan lokasi KB Bazaar mungkin juga tidak strategik memandangkan ia dilindung oleh KB Mall. KB Mall mungkin satu-satunya projek kerajaan negeri pimpinan rejim PAS yang berjaya.

Kerajaan negeri Kelantan juga seolah-olah mengalakkan lagi cetak rompak dengan tidak berusaha mencari pelabur-pelabur untuk membuka panggung wayang di negeri ini. Ketiadaan panggung wayang adalah sebab musabab utama kenapa penjual VCD dan DVD cetak rompak berleluasa di Kelantan. Dengan adanya panggung wayang cetak rompak mungkin akan berkurangan dan kemungkinan besar akan terus berkubur.

Kalau kita ingat rejim PAS pernah mencanang dalam ceramah-ceramah mereka bahawa Barisan Nasional menggunakan agensi-agensi kerajaan untuk berkempen. Apa kurangya dengan rejim PAS. Kerajaan negeri melalui agensi-agensi di bawahnya pun turut berkempen jadi mereka pun samalah jangan pula 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.

Di waktu anak negeri jiran iaitu Terengganu bergembira kerana dapat membuat pinjaman tanpa faedah untuk melanjutkan pelajaran dengan Yayasan Terengganu, anak-anak orang kelantan tidak dapat apa-apa daripada Yayasan Kelantan. Apa yang Yayasan Kelantan buat untuk anak-anak kelantan? Dewasa ini Yayasan Kelantan dilihat hanyalah bermegah sekadar nama dan tidak boleh berbuat apa-apa selain 'menjual ubat propaganda' rejim PAS. Mengapa kita masih mahu berpayungkan orang yang tidak suka memayungkan kita?

Fikirlah masa depan anak-anak kelantan, masa depan mereka akan lebih terbela sekiranya rakyat Kelantan hari ini memilih untuk mengundi PAS tetapi pangkahlah dacing kerana ia akan memberi pembaharuan kepada negeri Kelantan. Barisan Nasional akan membina Kelantan Mithali berbekalkan Manhaj Islam Hadhari dan akan cuba memberi yang terbaik kepada rakyat Kelantan. Cuba kita lihat betapa pesatnya Terengganu membangun sejak diambil oleh oleh Barisan Nasional sudah begitu lama kita pangkah bulan, tetapi bulan tidak menyinari hidup kita apa salahnya kita pangkah dacing boleh juga kita buat timbang barang.


Saturday, September 1, 2007

MB Terengganu Berjiwa Rakyat

YAB Datuk Seri Haji Idris Jusoh ialah Menteri Besar Terengganu yang berjiwa rakyat. Beliau mudah bergaul dengan rakyat jelata dan pandai bergurau dan berseloroh dengan rakyat. Siapa sangka Menteri Besar ini sanggup berbual dengan rakyat untuk mengetahui permasalahan-permasalahan rakyat dan juga pernah melakukan sendiri bancian di beberapa kampung di samping mengambil tahu permasalahan rakyat.

Pada suatu pagi, sewaktu membantu ibu saya menguruskan kedai makan di Besut, Terengganu tiba-tiba datang beberapa buah kenderaan berhenti betul-betul di hadapan kedai makan mak saya. Pada mulanya saya ingat pelanggan biasa tetapi ternyata andaian saya silap apabila seorang lelaki keluar daripada kenderaan tersebut sambil mengukir senyuman. Hati kecil saya berkata "wah MB datang makan di sini". Orang tersebut tak lain tidak bukan YAB Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Besar Terengganu yang lebih dikenali dengan nama glamor Haji Deris oleh orang-orang Kampung. Kebetulan pula di sebelah kedai saya merupakan 'sarang' pembangkang terutamanya PAS. Suasana di kedai itu yang tadinya gegak gempita dan riuh rendah mengalahkan persidangan parlimen tiba-tiba menjadi senyap-sunyi seperti malaikat lalu.

"Assalamualaikum" YAB DSIJ memberi salam sebelum memasuki kedai mak saya. "Walaikumussalam" saya dan Mak saya menjawap serentak. "Wah Datuk Seri makin smart lah, biasa dapat tengok dalam tv je sekarang dah ada depan mata" usik mak saya sambil ketawa. Dengan wajah yang ceria YAB DSIJ menjawab sambil ketawa "Memang saya smart sokmo" sambil ketawa. Sebenarnya itu adalah adat orang kampung saya dan daerah saya memang tidak lari dari berseloroh bukan meninggi diri tanda berbudi bahasa. Semasa beliau duduk selepas memesan makanan beliau tidak henti-henti bercakap dengan mak saya bertanyakkan bagaimana perniagaan mak saya di samping bertanya kabar dengan rakyat-rakyat yang menikmati hidangan di kedai mak saya. Sifat tidak sombong dan membangga diri yang ada pada YAB DSIJ wajar dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain.

Setelah menghabiskan masa beberapa minit di kedai saya beliau pergi melawat ke kedai-kedai lain untuk bertanya khabar. Paling mengejutkan keprihatinan Menteri Besar yang berjiwa rakyat ini tidak kedekut apabila sanggup belanja rakyat-rakyat yang makan di kedai saya dan kedai-kedai yang lain termasuklah kedai yang menjadi 'sarang' pembangkang. Setelah meluangkan masa hampir sejam di kawasan kedai mak saya beliau beredar bersama dengan yang lain. Kedai yang menjadi 'sarang' pembangkang tadi kembali riuh rendah dan Sidang Parlimen kedai kopi kembali bersidang.

Masih saya ingat tentang cerita seorang Anggota Polis yang ditugaskan untuk mengiring YAB DSIJ ke suatu majlis. Anggota Polis menceritakan yang YAB DSIJ tidak mahu diiringi kerana beliau lebih gemar jika tidak diiringi kerana beliau mahukan beliau sama taraf dengan rakyat-rakyat yang lain. Anggota polis itu juga berkata "YAB DSIJ juga tidak mahu melalui jalan yang dikawal oleh Polis Trafik khas untuknya kerana tidak mahu menyusahkan rakyat.

Begitulah cebisan kisah Menteri Besar yang berjiwa rakyat yang sering menjadi mangsa 'fitnah' PAS dan pembangkang mungkin juga disebabkan beliau adalah orang yang bertanggungjawab men'umno'kan ahli-ahli PAS sehingga membawa kepada kemenangan besar Barisan Nasional di Terengganu menumpaskan rejim PAS Terengganu.