Berbohong adalah taktik biasa PAS dalam meraih undi simpati dari kalangan rakyat jelata. Memang mereka suka berbohong, jika kita amati selepas berlakunya rusuhan di Terengganu baru-baru ini kita akan dapati banyak kain-kain rentang yang tertulis "Babi mu dok tembok, Orang mu tembok" yang bermaksud BN tidak tembak babi tetapi tembak orang semasa rusuhan baru-baru ini. Ini adalah satu pembohongan besar kerana BN sudah mahu tembak Babi tersebut, mereka tidak boleh menyembunyikan fakta yang sahabat-sahabat seperjuangan mereka iaitu keadilan dan DAP yang menghalang daripada kerajaan BN menembak babi. Perlu diingatkan PAS sendiri pernah membayangkan akan membenarkan ternakan babi di Terengganu jika mereka diberi peluang memerintah lagi. Ini jelas membuktikan PAS memang berbohong. Mengenai polis yang menggunakan peluru hidup yang dijadikan isu oleh PAS sebenarnya ia berlaku secara tidak sengaja kerana polis tersebut ingin melepaskan tembakan ke udara tetapi kerana sedang dipukul oleh ahli rusuhan secara tidak semena-mena peluru tersebut tersasar terkena ahli rusuhan tersebut.
PAS juga menyebarkan risalah yang kononya UMNO yang merancang rusuhan tersebut, dengan hanya menyiarkan gambar seorang ahli rusuhan yang memakai riben yang di dakwa polis special branch. Menurut sumber pandangan kita, memang orang itu anggota polis tetapi mereka datang ke sana setelah mendapat maklumat awal yang rusuhan akan berlaku di sana setelah ada anggota polis dapat menghidu perbuatan Ahli Pas itu melalui percakapan ahli-ahli PAS sebelum rusuhan itu berlaku.
Pandangan Kita juga diberitahu oleh seorang ahli PAS yang tidak mahu dikenali bahawa sememangnya PAS adalah perancang rusuhan tersebut. Apa yang menarik menurut sumber tersebut, tindakan membuat rusuhan itu tidak direstui oleh PAS pusat ia hanyalah tindakan nekad Mustafa Ali untuk menonjolkan keberanianya tetapi akhirnya menimbulkan masalah dengan ini Mustafa Ali cuba memperbetulkan keadaan dengan menyebar berita kononya UMNO dalang di sebalik rusuhan tersebut bagi menutup kelemahan beliau.
Apa yang memeranjatkan lagi ahli PAS yang memberikan maklumat kepada Pandangan Kita menyatakan hasrat untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Apabila ditanya mengapa beliau ingin meninggalkan PAS, seraya dia menjawab "Saya sudah bosan dengan perangai PAS ini, tambahan pula tindakan PAS sejak akhir-akhir ini bercorak radikal dan perlu ditegaskan saya tidak suka tindakan yang radikal" katanya. "Saya juga berikrar akan menggunakan pengaruh saya untuk menarik ahli-ahli PAS yang seangkatan dengan saya untuk menyertai UMNO dan berjuang di bawah panji Barisan Nasional, apa yang nak ucapkan ialah "Selamat Tinggal PAS, aku sudah membencimu"
No comments:
Post a Comment