Google
 

Saturday, September 8, 2007

Bajet 2008: Bajet Penyanyang

Pada pukul 4 Petang tadi penulis sempat menonton siaran langsung Perbentangan Bajet di Parlimen. Perbentangan itu disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi. Banyak juga khabar-khabar gembira yang mampu membuat rakyat tersenyum. Pada bajet kali ini PM tidak menyebut pasal kenaikan harga rokok dan ini mungkin dapat mengembirakan perokok-perokok tanah air.

Rakyat-rakyat yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah atau menengah juga mampu tersenyum lebar apabila PM Mengumumkan yuran tahunan persekolahan dimansuhkan. Selain itu, pemberian Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) juga diperluaskan kepada semua. Di samping itu, rakyat yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga mampu menarik nafas lega apabila yuran peperiksaan itu dimansuhkan semasa perbentangan Bajet 2008 petang tadi. Pelajar yang datangnya dari keluarga yang berpendapatan rendah juga akan diberi uniform Badan Beruniform secara percuma. Pengumuman ini membawa kepada Persekolahan Menengah dan Rendah adalah 100% Percuma.

Guru-guru pendidikan khas juga bakal menerima inisiatif yang lebih tinggi hasil daripada perbentangan Bajet 2008. Bajet 2008 juga diterima baik oleh pihak Pembangkang semasa ditemuramah oleh tv3 petang tadi. Sementara itu, Elaun Khas Golongan miskin dinaikkan dari RM200 Kepada RM300 sebulan. Kenaikkan ini mampu mengembirakan golongan-golongan miskin yang telah dan bakal menerima bantuan ini.

Sedikit kelainan untuk Bajet 2008 ialah Bonus Kakitangan Awam tidak dibentangkan pada pembentangan Bajet kali ini. Namun Kakitangan Kerajaan tak perlu bimbang. Bonus Kakitangan awam tidak semestinya diumumkan di dalam Bajet 2008 diharap bersabar menerima pengumuman yang seterusnya pada masa akan datang. Perkara ini dijamin sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ditemuramah oleh tv3. Semoga Bajet 2008 bakal membantu Malaysia menjadi negara yang Cermelang, Gemilang dan Terbilang selepas 50 tahun negara kita merdeka.

No comments: