Google
 

Saturday, September 1, 2007

Benarkah PAS tidak zalim?

Beberapa ketika dahulu kita selalu mendengar teriakan daripada pemimpin-pemimpin PAS di pentas-pentas ceramahnya yang mengatakan Kerajaan Malaysia zalim, Tun Dr. Mahathir Mahazalim dan berbagai-bagai lagi tohmahan yang dilemparkan kepada Kerajaa Malaysia yang ditunjangi oleh Barisan Nasional dan yang diketuai oleh Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu (UMNO). PAS memang pandai berceramah tetapi apa yang saya nak timbulkan di sini ialah PAS juga pernah melakukan kezaliman semasa memerintah Terengganu selepas mereka memenangi Pilihanraya umum pada tahun 1999. Antara kezaliman yang dilakukan oleh PAS disenaraikan di bawah dan diulas untuk pembaca lebih mudah untuk memahaminya.

MENGHALAU PELAJAR TBK KEMAS

Kanak-kanak kecil yang merupakan pelajar TBK KEMAS dihalau oleh PAS kerana katanya tak mahu kanak-kanak ini berpolitik, tetapi apa yang sebenarnya ialah kerana dendam membara mereka sanggup membuat apa sahaja sampai sanggup menghalau kanak-kanak kecil ini yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa ini sebaliknya mereka menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman rejim PAS. Mereka sanggup membiarkan kanak-kanak kecil ini mengusung kerusi mencari tempat belajar baru disebabkan KEZALIMAN PAS yang melampau. Kezaliman ini akan diingati oleh kanak-kanak dan rakyat Terengganu sampai bila-bila.

MERAMPAS TANAH RAKYAT

Di masa sekarang di Dewan Undangan Negeri mereka sibuk memperkatakan Kerajaan Negeri Terengganu zalim kerana merampas tanah rakyat sehingga dengan senang hati melabelkan Kerajaan Negeri Terengganu YAHUDI dan ia hanya disambut dengan ucapan Alhamdulillah oleh Yang Amat Berhomat Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Hj. Idris Jusoh. Di samping itu juga anjing-anjing suruhan PAS mengedarkan video klip Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang menyiarkan perbalahan ADUN BN dengan ADUN PAS. Sebenarnya perbalahan itu berpunca daripada ADUN PAS yang menuduh KERAJAAN BN TERENGGANU Yahudi. Cuba anda fikir sejenak jika anda dipanggil YAHUDI adakah anda hanya berdiam diri?

Berbalik kepada cerita PAS merampas tanah rakyat. Banyak juga tanah-tanah rakyat yang dirampas zaman pemerintahan rejim PAS. Kalau mereka kata Kerajaan Negeri Terengganu Yahudi kerana merampas tanah rakyat apa pula kita perlu panggil mereka kerana merampas tanah rakyat? Fikir lah sehabis baik. Sebagai makluman Kerajaan Negeri Terengganu merampas tanah yang diberi secara membabi-buta oleh PAS semasa memerintah Terengganu dahulu kerana pemberian tanah tersebut tidak mengikut peraturan. Perlu diingatkan tanah tersebut bukan milik rasmi rakyat tetapi yang tidak mempunyai geran tanah apa yang ada cuma Lesen Menduduki Sementara yang diberikan oleh rejim PAS dahulu tetapi hasil penipuan ini telah disalahertikan sebagai geran tanah kekal oleh rakyat. Jadi jelas siapa yang patut dipertangunggjawab dalam isu rampasan tanah ini tidak lain, tidak bukan REJIM PAS.

QADI DAERAH DITUKAR DAN DIKURUNG DALAM BILIK

Seorang Qadi Daerah juga telah menjadi mangsa kezaliman PAS. Semasa itu Qadi Tersebut tidak membuat apa-apa kesalahan yang berkaitan integriti, tetapi semuanya adalah gara-gara qadi tersebut tidak meluluskan permohonan seorang ADUN PAS menjadi jurunikah kerana bacaan ADUN tersebut tidak betul. Selepas itu Qadi tersebut menerima notis pertukaran 24 Jam dan tidak dibenarkan membuat kerja sebaliknya hanya dibenarkan duduk dalam bilik tanpa membuat apa-apa kerja selain membaca akhbar dan beliau tidak mempunyai kuasa untuk bertindak. Menyedari yang beliau hanya makan gaji buta beliau meletakkan jawatan dan beberapa selepas itu menjadi Calon menentang ADUN PAS yang telah menzaliminya dan akhirnya dia berjaya memenangi pilihanraya tersebut dan dilantik menjadi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.

ZAMAN REJIM PAS ANAK EXCO DAPAT ZAKAT

Pada zaman pemerintahan rejim PAS juga ada penyalahgunaan kuasa dalam pembahagian wang zakat. Anak-anak EXCO antara orang yang mendapat zakat dalam asnaf fisabilillah. Ya memang betul, belajar itu jihad fisabilillah tetapi jika mereka sudah berkemampuan apa guna mereka mendapatkan zakat sedangkan zakat itu boleh diberikan kepada rakyat-rakyat yang lebih memerlukan. Jelas menunjukkan yang REJIM PAS Zalim dan menzalimi rakyat-rakyat Terengganu adakah kita mahu benarkan REJIM PAS kembali memerintah Terengganu? Fikir-fikirkanlah.

Sekali PAS kata BARISAN NASIONAL ZALIM
Sembilan kali PAS ZALIM
Sekali PAS kata UMNO ZALIM
Sembilan kali PAS ZALIM

No comments: