Google
 

Tuesday, September 4, 2007

10 Dalil Mengapa BN Perlu Kekal Memerintah Terengganu

Pilihanraya umum mungkin akan diadakan tidak beberapa lama lagi. Pada masa ini heboh diperkatakan rejim PAS ada peluang 50-50 untuk memenangi pilihanraya umum dan merampas dan menjajah kembali Terengganu daripada Barisan Nasional. Penulis akan senaraikan beberapa dalil kenapa Kerajaan BN Terengganu harus dikekalkan.

Dalil Pertama: Pembangunan di Terengganu akan terbantut.

Penulis membayangkan pembangunan di Terengganu yang sedang rancak berjalan sekarang akan terbantut memandangkan kerajaan negeri rejim PAS tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan. Sebagai contoh jika rejim PAS diberi mandat untuk berkuasa semula di Terengganu dikhuatiri mereka tidak akan memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan terutamanya berkaitan dengan tanah sepertimana yang telah berlaku semasa pemerintahan rejim PAS dahulu. Di mana Kerajaan Persekutuan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tanah untuk membina Sekolah kerana kerajaan negeri pada masa itu mengenakan premium yang terlalu tinggi sedangkan sekolah tersebut untuk kemudahan rakyat.

Dalil Kedua: Rejim PAS akan kembali menzalimi rakyat Terengganu.

Pembaca yang pernah membaca isu berkaitan rejim PAS halau pelajar tadika sudah tentu tidak akan membenarkan pemerintahan autokratik rejim PAS dikembalikan di Terengganu. Penulis sayu apabila pelajar-pelajar tadika yang tidak tahu apa-apa itu terpaksa mengusung kerusi kerana dihalau oleh rejim PAS yang kononya ingin berlaku adil itu. Dendam politik anak-anak kita jadi mangsa. Penyalahgunaan kuasa oleh wakil-wakil rakyat atau ADUN rejim PAS juga dikhuatiri akan berlaku lagi sebagaimana berlaku dulu apabila anak exco pun dapat wang zakat juga dan kakitangan yang mereka benci kerana dendam politik mereka tukar sesuka hati mereka seperti yang pernah berlaku suatu pemerintahan rejim PAS dahulu.

Dalil Ketiga: Program Bakti Remaja dan Dana Khasa mungkin akan dihentikan.

Program Bakti Remaja yang diberi kepada remaja-remaja Terengganu pada masa ini mungkin akan dihentikan. Dana sebanyak RM200 seorang itu mungkin akan dihentikan sekiranya rejim PAS kembali memerintah Terengganu. Dana Khas untuk warga emas dan Keluarga mungkin juga akan dihentikan kerana sukar mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri sepertimana hilangnya 532 juta yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu semasa rejim PAS memerintah Terengganu pada suatu masa dulu yang memaksa Kerajaan Persekutuan menghentikan pemberian royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada masa itu kocek rakyat kosong tetapi kocek pemimpin rejim PAS penuh berisi.

Dalil Keempat: Masjid akan dijadikan pentas-pentas menyampai ideologi politik Rejim PAS.

Rakyat Terengganu tentu masih ingat apabila rejim PAS menggunakan masjid sebagai tempat untuk mereka menyebarkan dakyah-dakyah nista dan memecahkan masyarakat. Masjid telah disalahgunakan oleh pemimpin PAS suatu mereka diberi peluang untuk memerintah Terengganu dulu. Pada masa itu juga berlaku perebutan tongkat khutbah dan imam-imam yang berlainan ideologi ditukar dengan sesuka hati oleh rejim PAS.

Dalil Kelima: Cukai Bakul akan diperkenalkan semula

Pada zaman pemerintahan rejim PAS pada suatu masa dulu cukai bakul telah diperkenalkan walaupun tol di Jambatan Sultan Mahmud dan cukai pintu dihapuskan. Beberapa jenis cukai juga diperkenalkan semasa pemerintahan rejim PAS bagi kononya menampung kantung kewangan kerajaan negeri yang berkurangan ekoran pembehentian pemberian royalti oleh Kerajaan Persekutuan. Mereka hanya mengurangkan dua jenis tetapi memperkenalakan banyak lagi jenis cukai.

Dalil Keenam: Wakil Rakyat / ADUN yang tidur akan berkuasa semula

Peristiwa banjir besar pada tahun 2000 pasti tidak dapat dilupakan oleh rakyat Terengganu terumanya yang berada di hulu Besut Terengganu. Mereka terkilan kerana di saat mereka memerlukan bantuan tetapi ADUN yang dicari tiada malahan MB Terengganu pada masa itu juga tidak nampak 'batang hidung' mungkin juga dia malas nak selak jubah nak mengharungi banjir. Mujurlah Perdana Menteri Kita Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi membuat lawatan mengejut ke Hulu Besut bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Hulu Besut. Beberapa hari selepas itu banjir yang semakin surut barulah nampak kelibat pemimpin-pemimpin rejim PAS dan MB Terengganu (Abdul Hadi Awang) pada masa itu.

Dalil ketujuh: Penyalahgunaan Kereta Kerajaan akan berlaku lagi

Pada masa rejim PAS ada diantara pemimpin-pemimpin rejim PAS menyalahgunakan kereta rasmi kerajaan negeri seperti menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri untuk 'meragut rumput' seperti yang berlaku di Besut, Terengganu. Kereta rasmi yang sepatunya digunakan untuk urusan-urusan rasmi kerajaan digunakan untuk urusan peribadi. Sekiranya rejim PAS diberi peluang sekali lagi nescaya perkara ini akan berulang.

Dalil Kelapan: Poket rakyat kosong poket Pemimpin Rejim PAS Penuh

Kalau rakyat Terengganu masih ingat pada suatu masa dahulu poket rakyat Terengganu kosong tetapi poket pemimpin-pemimpin rejim PAS penuh apabila rejim PAS menaikkan gaji ADUN dan EXCONYA tidak mustahil perkara ini akan berlaku lagi sekiranya PAS sekali lagi diberi kuasa untuk memerintah Terengganu.

Dalil Kesembilan: Penyalahgunaan harta kerajaan

Rejim PAS yang pendapatan utamanya ialah daripada ceramah-ceramah politik yang dianjurkan pada zaman pemerintahan mereka dahulu telah menyalahgunakan harta-harta kerajaan demi kepentingan politik seperti stadium dan mini stadium. Pemberian tanah secara berleluasa oleh Jawatankuasa Syura Rakyat yang lebih berkuasa daripada Pegawai Daerah pada masa itu mungkin akan berlaku lagi. Jawatankuasa Syura Rakyat ini yang lebih popular dengan panggilan "Jong Supik Rok Rak". Mereka memberi tanah sesuka hati mereka padahal tanah itu hanyalah berstatus LMS bukanya tanah hak milik mutlak.

Dalil Kesepuluh: Syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri akan dijual lagi.

Sebagaimana yang berlaku pada zaman pemerintahan rejim PAS yang dahulu berkemungkinan banyak lagi syarikat-syarikat kerajaan negeri yang menjadi kebanggaan akan dijual oleh rejim PAS yang hanya tahu nak jual sahaja dan tidak tahu mengurus. Aset-aset kerajaan negeri Terengganu akan berkurangan sekaligus kantung kewangan kerajaan negeri akan terhad dan tidak dapat digunakan untuk membantu rakyat.

Sebagai penutup, rakyat Terengganu seharusnya bijak dengan tidak memilih untuk memangkah bulan yang tidak menyinari hidup anda. Sebaliknya pangkah lah dacing untuk masa depan anak cucu anda.

1 comment:

Anonymous said...

Just WTF?Go fuck urself la bitch. Nonsense