Google
 

Sunday, January 20, 2008

Analis Politik Semasa Di Malaysia

Bahang pilihanraya umum ke 12 semakin terasa, walaupun Perdana Menteri tidak memberikan tarikh sebenar pembubaran Parlimen. Namun, bahang suasana pilihanraya sudah jelas terasa di kalangan rakyat Malaysia. Parti politik yang masuk bertanding sudah giat membuat persediaan dan ada yang sudah membuat kempen untuk pilihanraya akan datang, di samping itu PAS, keadilan dan DAP nampaknya sudah sibuk membahagikan kerusi masing-masing. UMNO pula sudah menguatkuasakan larangan supaya ahli UMNO tidak pergi ke luar negara dalam masa terdekat ini. Pada kali ini blog Gerbang Tempur Politik Malaysia ingin membuat analisis politik mengikut negeri.

Negeri Kelantan Darul Naim

UMNO / Barisan Nasional Kelantan:
Sudah mula yakin bahawa mereka mampu menduduki tampuk pemerintahan kerajaan negeri dan akan memenangi hati rakyat kelantan bagi membolehkan mereka memerintah Kerajaan Negeri Kelantan. Memang di akui sudah banyak projek-projek mega yang telah dibawa ke kelantan antaranya penubuhan Universiti Malaysia Kelantan, pembinaan Jambatan Sultan Muhammad ke 2 dan yang paling penting ialah Projek Koridor Pantai Timur yang memberi nafas baru kepada Kelantan. Pada pandangan penulis, walaupun BN Kelantan komited di dalam usaha membangunkan Kelantan, masalah dalaman yang perlu di atasi ialah wujudnya budaya cantas mencantas di dalam BN Kelantan. Politik "Cah Keting" ini telah membuatkan BN Kelantan amnya dan UMNO Kelantan khasnya lemah namun penulis percaya BN Kelantan atau UMNO Kelantan ada cara tersendiri menangani permasalahan ini.

Isu lain yang bakal menggugatkan peluang UMNO atau Barisan Nasional untuk menawan Kelantan iaitu isu kenaikan Harga Petrol dan juga Kenaikkan Harga Barang Keperluan. Memang tidak dinafikan PAS dan Keadilan sering menggunakan senjata ini untuk mereka berhadapan dengan UMNO dan ada juga beberapa ahli PAS mendakwa Kerajaan telah menaikkan harga minyak tanpa pengetahuan rakyat menerusi ceramah-ceramah yang mereka anjurkan. Bagi menangani isu kenaikkan minyak BN Kelantan amnya dan BN Malaysia khasnya perlu mencari pendekatan terbaru supaya harga minyak tidak naik lagi pada masa akan datang. Pemberian subsidi minyak kepada sesiapa yang layak sahaja boleh dipertimbangkan kerana ia akan mengurangkan bebanan subsidi kerajaan. Penulis melihat sekiranya BN berjaya menangani isu ini tidak mustahil BN mampu menewaskan PAS di kelantan.

PAS KELANTAN:

Banyak isu yang melibatkan pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan, seperti penerokaan hutan dara di Lojing, Penyelewengan Syarikat Air Kelantan, Penyelewengan tanah dan bermacam isu lagi mengugat kedudukan PAS di Kelantan. Namun begitu, PAS tetap yakin mereka masih mampu memerintah Kelantan selepas pilihanraya umum yang akan datang. Mereka giat berkempen jika sayangkan Bandaraya Islam undilah mereka. Isu kenaikkan harga minyak dan barangan keperluan juga memberi kelebihan kepada PAS untuk terus memerintah Kelantan. Isu ini telah dicanangkan merata-merata tempat dan membuat rakyat Kelantan kurang yakin untuk memilih BN pada pilihanraya umum akan datang. Isu lain juga digunakan oleh PAS Kelantan untuk memenangi hati rakyat Kelantan yang kelihatan sudah kehabisan modal untuk membuat isu ialah isu ADUN UMNO Paloh dan ADUN PAS bertumbuk di sidang dewan undangan negeri. Berkemungkinan besar isu ini mampu mempengaruhi pengundi di Kelantan, namun secara tidak sedar ia juga bakal membuat masalah besar kepada kerajaan PAS Kelantan kerana mungkin ada perkara akan didedahkan di sebalik penyebaran klip video pergaduhan itu. Jawapan siapa yang bakal memerintah kelanta akan terjawab pada pilihanraya akan datang.

KEADILAN KELANTAN:

Keadilan Pusat telah membuat pendirian mereka tidak akan bertanding di Kelantan. Keputusan Keadilan itu membuatkan berlaku sedikit pertelingkahan di antara keadilan dengan PAS. Namun sejauh mana benar atau tidak keputusan keadilan pusat ini kita boleh tunggu sehingga pilihanraya umum akan datang.

NEGERI TERENGGANU:

BN / UMNO TERENGGANU:
Kepimpinan BN Negeri yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Idris Jusoh melihatkan banyak kejayaan yang dicapai oleh Terengganu, projek pembangunan hinggalah perisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air. Pendek kata, pemerintahan YAB DSIJ yang sepenggal menampakkan kejayaan gemilang walaupun hanya satu penggal YAB DSIJ memimpin Terengganu. Namun begitu, rusuhan di Batu Buruk sedikit sebanyak menjejaskan reputasi BN Terengganu. Kebijaksanaan BN Terengganu menyelesaikan isu itu telah membawa kepada BN Terengganu semakin kuat. Isu lain pula ditimbulkan oleh pembangkang ialah tahap kemiskinan rakyat Terengganu dan juga isu kenaikkan harga minyak dan barang keperluan. Stastitik jenayah di Terengganu juga telah disalahgunakan dan dijadikan modal ceramah oleh pas dan keadilan. Namun kutipan Zakat Terengganu yang merupakan negeri keempat tertinggi kutipan zakat juga menafikan rakyat Terengganu Miskin. Kenaikkan harga minyak dan barang keperluan juga perlu dititikberatkan, mekanisme baru perlu dicari untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan BN kekal memerintah Terengganu. Penyebaran gambar rumah besar Ahli Dewan Undangan Negeri dibandingkan pula dengan rumah rakyat yang daif dan uzur sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti BN Terengganu. Pada pandangan penulis, penyebaran gambar ini sepatutnya tidak berlaku kerana bukan semestinya rumah mereka besar datang daripada duit Kerajaan, mungkin mereka ada perniagaan lain atau apa sahaja yang kita tak ketahui. Lagipun kita tidak boleh berprasangka buruk kepada seseorang.

PAS Terengganu:

PAS semakin agresif berkempen untuk pilihan raya akan datang. Bermula dengan episod rusuhan di Batu Buruk, dan siri-siri ceramah yang diaturkan di seluruh negeri Terengganu. Tidak cukup dengan itu Kuliah Maghrib dan Khutbah Solat Sunat Aidiladha dijadikan medan berkempen oleh PAS. Isu statistik jenayah juga menjadi agenda kempen PAS. Selain itu faktor kemiskinan rakyat Terengganu juga turut dieksploitasi oleh PAS. Seperti PAS di negeri-negeri lain ia turut menggunakan isu kenaikkan harga minyak petrol dan juga barangan keperluan di dalam kempen mereka. Selain itu, PAS juga menghangatkan isu bayaran tambahan pelajar-pelajar sekolah dalam usaha menawan Terengganu. PAS pada masa sekarang yakin untuk menawan Terengganu. Keghairahan PAS berkempen sejak awal lagi telah menampakkan satu kelemahan PAS iaitu seolah-olah tergila-gilakan kuasa dan terlampau mahukan memerintah Terengganu seperti ada udang di sebalik batu Namun, kemelut dalaman yang berlaku di dalam PAS sedikit sebanyak membantutkan peluang PAS untuk memerintah Terengganu. Penghijrahan Ahli Pas kepada Ahli UMNO pada awal Muharram baru-baru ini telah mengurangkan penyokong PAS.

Pada pandangan penulis PAS ada potensi untuk memenangi dan menawan Terengganu pada pilihanraya akan datang. Namun perlu diingat bahawa rakyat Terengganu masih mengingati kesalahan yang dilakukan oleh PAS sewaktu memerintah Terengganu dulu antaranya:

  • Menghalau Kanak-kanak Tadika Kemas
  • Exco Menyalahgunakan Wang Zakat
  • Penyelewengan Tanah
  • Merampas tanah rakyat
  • Menaikkan gaji ADUN dan MB
  • Menyalahgunakan Wang Ehsan Kerajaan Persekutuan RM532 juta tak tahu ke mana
  • Mengamalkan politik balas dendam

Kesalahan tersenarai di atas mungkin tidak dapat dilupakan oleh rakyat Terengganu. PAS jangan jadi sibuk untuk memperbetulkan orang sedangkan dia sendiri tidak betul. Tindakan PAS umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Kelemahan ini perlu diperbaiki oleh PAS agar kepercayaan rakyat Terengganu kembali kepada PAS.

Penulis memohon maaf kerana tidak dapat menganilis politik di negeri lain memandangkan maklumat masih belum cukup, Insya-Allah pada masa akan datang penulis akan menganalisis politik di negeri lain.

Sekian.

Monday, January 7, 2008

Cadangan Kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Blog GTPMM ingin mengemukan beberapa cadangan kepada Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan Barisan Nasional kekal memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. GTPMM berharap Kerajaan Negeri Terengganu dapat mempertimbangkan cadangan ini.

Cadangan Pertama:

Menaikkan Elaun Program Bakti Remaja dari RM 200 kepada RM400. Boleh dikatakan kemenangan Barisan Nasional pada PRU yang lalu adalah disebabkan majoriti golongan muda mengundi Barisan Nasional. Kenaikkan Elaun ini mampu mengembirakan mereka dan kemungkinan besar mereka akan mengundi BN sekali lagi pada PRU akan datang.

Cadangan Kedua:

Menaikkan Bantuan Hari Raya kepada Warga Emas dan Keluarga Miskin daripada RM 300 kepada RM 600. Kenaikkan ini memang patu memandangkan kos sara hidup masa kini sudah meningkat dengan kenaikkan ini ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka.

Cadangan Ketiga:

Kerajaan Negeri Membayar Sedikit Subsidi Minyak Petrol kepada rakyat Terengganu sekiranya Rakyat Terengganu mengisi Minyak di Sekitar Terengganu. Subsidi diberikan kepada Rakyat Terengganu yang boleh dikategorikan sebagai Rakyat Termiskin. Kaedah yang boleh digunakan ialah untuk membayar subsidi Minyak ini ialah kaedah Claim dan Rakyat Terengganu yang berkelayakkan hendaklah membuat permohonan dengan Kerajaan Negeri Terengganu terlebih dahulu.

Cadangan Keempat:

Unit Komunikasi Negeri hendaklah sentiasa bekerja keras untuk menyampaikan aspirasi Kerajaan Negeri kepada Rakyat serta menjawab isu-isu yang ditimbulkan oleh Pihak Pembangkang dengan seberapa segera.

Cadangan Kelima:

Menaikkan Kadar Pemberian Pinjaman Pendidikan Yayasan Terengganu daripada RM 9,000 setahun kepada RM 15,000 setahun. Kenaikkan ini adalah bersesuaian kerana kos Pendidikan Tinggi sekarang ini semakin meningkat, lebih-lebih lagi di IPTS.

Cadangan Keenam:

Sekiranya pada masa hadapan Kerajaan Negeri bercadang mengenakan Tol di Lebuh Raya Pantai Timur, Tol tersebut hendaklah menggunakan kaedah sumbangan Ikhlas atau setakat yang termampu.

Cadangan Ketujuh:

Menurunkan Cukai-cukai yang dikenakan sekarang.

Sunday, January 6, 2008

Memperkukuh Kedudukan BN di Terengganu

Barisan Nasional sebuah parti politik di mana tunjangnya ialah UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Terengganu sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak di Pantai Timur memang tidak rugi jika rakyat terus memilih BN pada pilihanraya akan datang.

Saa ingin mencadangkan beberapa perkara yang perlu BN menambahbaikkan BN Terengganu. Saya menyeru supaya pemimpin-pemimpin lebih kerap turun padang jangan nanti terdengar suara sumbang mengatakan YB BN ni masa nak pilihanraya je turun padang.

Sebagai Wakil Kepada Rakyat mereka sepatunya turun padang bertanyakan masalah rakyat. Dengan ini tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkan dapat di atasi.

BN Terengganu sekarang penulis kurang membuat ceramah-ceramah politik untuk menjawab isu-isu terkini yang hangat diperkatakan kalau nak dibandingkan dengan PAS boleh dikatakan di Besut hampir setiap hari PAS membuat ceramah, bermakna mereka sudah gempur kawasan-kawasan BN.

Bagi mengelakkan penjajahan PAS berulang di Terengganu pihak BN Terengganu sepatunya tidak memandang remeh berhubung perkara ini kerana tersilap langkah PAS akan kembali menjajah Terengganu dan terjadilah pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku dahulu.