http://www.suaragenerasimuda.com
Image via WikipediaPetikan daripada posting seorang forumer MYKMU.NET:
Nampaknya bahang Pemilihan Agung UMNO semakin panas apabila ditengah-tengah kehangatan isu berkenaan tambahan pula semua UMNO Bahagian akan mula bersidang Jumaat ini timbul pula isu begini sungguh menghairankan bukan? Adakah ini cubaan untuk mengagalkan percubaan Ku Li untuk bertanding di dalam jawatan Presiden UMNO pada pemilihan yang akan datang?
SMS pun tersebar meluas yang mengatakan Ku Li bakal 'lompat' ke Pakatan Rakyat. Seingat penulis sudah lebih dari tiga kali 'khabar angin Ku Li akan 'lompat' parti disebarkan tetapi sampai sekarang beliau masih di dalam UMNO dan tidak menyertai Pakatan Rakyat.
Hebat sekali SMS layang yang masuk bertalu-talu ke telefon bimbit penulis. Pertandingan di dalam Pemilihan UMNO yang akan datang penulis boleh ramalkan sebagai pertandingan panas dan kontroversi.
STAIL POLITIK KU LI
Penulis cukup arif dengan stail dan corak politik yang digunakan Ku Li dan mengikut perkiraan penulis Ku Li tidak akan meninggalkan UMNO seperti mana SMS yang tersebar secara meluas beberapa hari ini.
Pertamanya, Ku Li tidak akan meninggalkan UMNO kerana beberapa ucapanya sebelum ini ternyata dia berani bercakap tentang Melayu (selalunya dianggap perkauman oleh bangsa lain) dan masih sayangkan UMNO.
Keduanya, kita singkap kembali sejarah silam politik Ku Li. Memang benar Ku Li memang pernah meninggalkan UMNO, tetapi tidak menyertai PAS tetapi menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) (maknanya Melayu tetap menjadi agenda perjuanganya).
Ketiganya, walaupun orang kuat PKR iaitu DS Anwar Ibrahim baik denganya, namun corak perjuangan PKR tidak sehaluan dengan agenda perjuanganya. Tidak mesti kalau kita AP Kerajaan tidak boleh berbaik dengan AP Pembangkang.
Keempatnya, hendakkah Anwar Ibrahim melepaskan jawatanyang dipegangnya kepada Ku Li sedangkan jawatan itu sudah lama diidamkanya semenjak dari dia mengalahkan Tun Ghafar Baba lagi dia bercita-cita nak jadi Perdana Menteri sama seperti Khairy Jamaluddin sekarang.
Kelimanya, hendakkahKu Li membazirkan masanya untuk membantu orang lain menjadi Perdana Menteri sedangkan jawatan itu patut disandang oleh beliau tidak berapa lama dulu lebih-lebih lagi orang itu telah bergelar "pengkhianat bangsa".
MANIPULASI MEDIA KENYATAANKU LI
Pada pandangan penulis, kenyataanKu Li itu hasil manipulasi Media Arus Perdana yang tidak mahu melihat kemaraan Ku Li dan kejayaan Ku Li menjadi Presiden UMNO yang baru untuk sekadar satu penggal.
Semua orang tahu pasal Hindu Godyang suka spin macam-macam di dalam media mereka tambahan pula Hindu God ini adalah pembela sejati Presiden AAB. Kenyataan Ku Li tersebut hanya adalah sekadar cadangan salahkah memberi cadangan? Jangan diputarbelitkan cerita untuk keuntungan sesuatu pihak sahaja kelak ia akan memakan diri sendiri.
Cukuplah memutarbelitkan dan menambah kerumitan keadaanyang telah sedia rumit. Ku Li tidak akan tinggalkan UMNO dan tidak juga akan jadi 'musuh dalam selimut' ataupun jadi pengkhianat UMNO percayalah........Ianya hanya cubaan untuk menjatuhkan Ku Li sahja.
Ku Li syor BN bentuk kerajaan perpaduan libatkan Pakatan
PETALING JAYA: Selepas lebih enam bulan pilihan raya umum 2008, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen kanan dari Gua Musang, mengesyorkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menerokai idea kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan untuk keluar daripada ketidaktentuan politik.
Ketua UMNO Gua Musang itu telah mengetengahkan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Menurut Tengku Razaleigh, usaha ke arah itu boleh mengguna pakai formula yang pernah diamalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada 1974 apabila membentuk BN, menggantikan Perikatan.
Dalam pertemuan tersebut, kata bekas Naib Presiden UMNO itu yang dipetik The Star berkata, beliau telah menyentuh kemungkinan merangka satu asas minimum bagi membentuk barisan kebangsaan yang baru - sebuah kerajaan hasil kejujuran dan keikhlasan demi perpaduan negara.
Kata beliau, langkah membawa parti-parti utama bersama BN akan membolehkan negara berhadapan dengan ujian dan cabaran ekoran perkembangan baru landskap politik selain situasi ekonomi global.
Sebagaimana disaksikan pada pilihan raya umum 1969, BN mengalami kekalahan di lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
Kelmarin, Tengku Razaleigh yang menawarkan diri merebut kerusi Presiden UMNO, mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga ada menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Difahamkan Tengku Razaleigh dan Anwar telah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini.
Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu."
Ketika mengulas khabar angin bahawa sudah menyertai Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh berkata, beliau telah menemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas permintaan mereka mahu menemuinya untuk membincangkan masa depan negara.
"Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan," katanya. Malah desas-desus sedemikian pernah muncul tiga bulan lalu, yang beliau telah menemui pemimpin PAS di Parlimen dan ditawarkan memimpin pembangkang sebagai Perdana Menteri.
Tengku Razaleigh juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara khususnya ia penting dalam suasana seperti sekarang.
"Khususnya dalam suasana sekarang kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi," katanya.
Tengku Razaleigh menambah, beliau mempunyai rancangan sendiri untuk membantu negara bebas daripada persekitaran politik dan ekonomi semasa.{http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22054#568670}
Nampaknya bahang Pemilihan Agung UMNO semakin panas apabila ditengah-tengah kehangatan isu berkenaan tambahan pula semua UMNO Bahagian akan mula bersidang Jumaat ini timbul pula isu begini sungguh menghairankan bukan? Adakah ini cubaan untuk mengagalkan percubaan Ku Li untuk bertanding di dalam jawatan Presiden UMNO pada pemilihan yang akan datang?
SMS pun tersebar meluas yang mengatakan Ku Li bakal 'lompat' ke Pakatan Rakyat. Seingat penulis sudah lebih dari tiga kali 'khabar angin Ku Li akan 'lompat' parti disebarkan tetapi sampai sekarang beliau masih di dalam UMNO dan tidak menyertai Pakatan Rakyat.
Hebat sekali SMS layang yang masuk bertalu-talu ke telefon bimbit penulis. Pertandingan di dalam Pemilihan UMNO yang akan datang penulis boleh ramalkan sebagai pertandingan panas dan kontroversi.
STAIL POLITIK KU LI
Penulis cukup arif dengan stail dan corak politik yang digunakan Ku Li dan mengikut perkiraan penulis Ku Li tidak akan meninggalkan UMNO seperti mana SMS yang tersebar secara meluas beberapa hari ini.
Pertamanya, Ku Li tidak akan meninggalkan UMNO kerana beberapa ucapanya sebelum ini ternyata dia berani bercakap tentang Melayu (selalunya dianggap perkauman oleh bangsa lain) dan masih sayangkan UMNO.
Keduanya, kita singkap kembali sejarah silam politik Ku Li. Memang benar Ku Li memang pernah meninggalkan UMNO, tetapi tidak menyertai PAS tetapi menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) (maknanya Melayu tetap menjadi agenda perjuanganya).
Ketiganya, walaupun orang kuat PKR iaitu DS Anwar Ibrahim baik denganya, namun corak perjuangan PKR tidak sehaluan dengan agenda perjuanganya. Tidak mesti kalau kita AP Kerajaan tidak boleh berbaik dengan AP Pembangkang.
Keempatnya, hendakkah Anwar Ibrahim melepaskan jawatan
Kelimanya, hendakkah
MANIPULASI MEDIA KENYATAAN
Pada pandangan penulis, kenyataan
Semua orang tahu pasal Hindu God
Cukuplah memutarbelitkan dan menambah kerumitan keadaan
No comments:
Post a Comment