Google
 
Showing posts with label Malay titles. Show all posts
Showing posts with label Malay titles. Show all posts

Wednesday, June 3, 2009

Hanya 16% Tidak Suka Najib Sebagai PM...

Zakri and Najib 2Image by CeeKay's Pix via Flickr


Sudah lama Blog Gerbang Tempur Politik Maya Malaysia tidak kemaskini kerana penulis berehat untuk beberapa ketika. isnyaAllah selepas ini penulis akan cuba mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin untuk membolehkan pembaca-baca setia GTPM mendapatkan berita-berita terkini arena politik daripada Media Alternatif ini.

Pada penulisan penulis pada kali ini, penulis ingin menceritakan mengenai "Survey" yang dijalankan kepada rakyat Malaysia dengan soalan adakah anda suka DS Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sila rujuk gambar disertakan untuk gambaran yang lebih sahih.

Sepertimana yang rakyat Malaysia maklum bahawa Perdana Menteri kita sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja mengambil alih kuasa Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kini bergelar Tun (Perdana Menteri Malaysia Ke 5).

Satu kaji selidik yang telah dibuat menunjukkan bahawa hanya 16% daripada responden yang tidak menyukai Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia. 45% daripada responden yang menyukai dan gembira Najib menjadi Perdana Menteri manakala 39% responden yang tidak memberikan sebarang respons.

Sementara itu bilangan 53% responden berbangsa Melayu menyukai dan gembira Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia. 34% responden berbangsa Melayu yang tidak memberi sebarang respons terhadap kaji selidik yang dibuat dan hanya 13% responden berbangsa Melayu yang tidak menyukai Najib menjadi Perdana Menteri.

Di samping itu 24% responden berbangsa cina yang menyukai Najib menjadi Perdana Menteri, 34% responden berbangsa cina yang tidak memberi sebarang respons terhadap kajian yang dibuat dan 13% responden berbangsa Cina yang tidak menyukai Najib menjadi Perdana Menteri.

Selain daripada itu 64% responden berbangsa India yang menyukai Najib menjadi Perdana Menteri, 21% responden berbangsa India yang tidak memberi sebarang respons terhadap kaji selidik yang dibuat dan hanya 15% responden berbangsa India yang tidak menyukai Najib menjadi Perdana Menteri.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah nampaknya kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah diterima ramai dan malah semua kaum-kaum majoriti di Malaysia memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, ini satu perkembangan yang baik buat Barisan Nasional.


Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, May 19, 2009

BN KONSISTEN TIDAK TANDING PENANTI !

Najib Tun RazakImage by KamalSell via Flickr

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang akan diadakan tidak lama lagi. Barisan Nasional sebelum mengandaikan mereka tidak mahu bertanding di "Penanti", semalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional memutuskan "BN Tidak Akan Bertanding di PRK DUN Penanti".

Selepas beberapa pihak di dalam BN yang memberikan pandangan berhubung cadangan supaya BN tidak bertanding di PRK DUN Penanti, akhirnya pendirian BN tetap konsisten dengan tidak bertanding di Penanti.

Sebelum ini Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menentang cadangan tidak bertanding di Penanti kerana katanya nanti pihak pembangkang akan mengatakan BN "Penakut", "Dayus" dan bermacam-macam lagi. Namun pandangan Tun Dr. Mahathir itu sedikitpun tidak dipedulikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan tetap dengan pendirian beliau tidak bertanding di Penanti.

Selain itu, UMNO Pulau Pinang sebelum ini turut menentang cadangan tidak bertanding di PRK DUN Penanti, namun ianya juga tidak diendahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau masih konsisten dengan keputusanya untuk tidak bertanding di Penanti.

Bagi Penulis keputusan BN tidak bertanding di PRK DUN Penanti ini adalah satu tindakan bijak kerana pada masa ini masa tidak sesuai untuk BN menyertai sebarang pilihan raya kerana pada masa ini ialah masa untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada di dalam BN untuk melakukan penambahbaikan demi kesinambungan kepimpinan BN di Malaysia.
Reblog this post [with Zemanta]

Saturday, October 4, 2008

Menanti "Kejutan" Lepas Raya

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia
http://www.suaragenerasimuda.com

Setelah beberapa hari penulis tidak menulis sebarang artikel di blog ini, hari ini penulis berkesempatan sedikit untuk membicarakan isu-isu semasa di negara kita. Tajuk artikel penulis pada kali ini berbunyi " Menanti Kejutan Lepas Raya!".

Artikel penulis kali ini berkisarkan perkara-perkara yang mungkin terjadi selepas raya nanti terutamanya di dalam arena politik tanah air. Beberapa Forumer MYKMU.NET mengatakan 'ada kejutan selepas raya nanti tetapi tidak dipastikan kejutan yang bagaimana.

Namun penulis mengandaikan 'kejutan' tersebut mungkin melibatkan kedudukan Presiden AAB sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Boleh jadi juga ia berkisarkan penolakkan kepada keputusan Majlis Tertinggi UMNO berhubung Pemilihan Agung UMNO yang ditunda sehingga Mac 2009 kelak. Ada juga kemungkinan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menunggu waktu "Peralihan Kuasa" yang dijanjikan oleh Presiden Flip-Flop AAB.

Tidak lupa juga mungkin 'kejutan' tersebut adalah kemungkinan orang yang sudah lama berkempen untuk jawatan Presiden UMNO sejak dari mula akan berjaya mencapai matlamatnya dan sekaligus menjadi Presiden UMNO yang baru dan juga bakal mengenepikan orang yang selalu dikaitkan dengan "Peralihan Kuasa" iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun individu yang ingin bertanding jawatan Presiden UMNO tersebut adalah seorang yang boleh dikatakan 'lone ranger' namun kita boleh memandang lekeh padanya kerana beliau begitu berpengalaman bukan sahaja di dalam bidang politik tetapi juga ekonomi. Individu yang dimaksudkan ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali sebagai Ku Li dikalangan rakyat jelata dan juga merupakan Kerabat Diraja Kelantan.

Satu lagi 'kejutan' yang berkemungkinan akan berlaku ataupun tidak berlaku langsung ialah penubuhan Kerajaan Katak apabila usul tidak percaya kepada Perdana Menteri diusulkan di Parlimen oleh Ketua Pembangkang yang baru iaitu Anwar Ibrahim. Selepas kegagalan 16 September beliau terus mencanangkan tunggu sehingga Parlimen bersidang, jadi lepas raya ini kebetulan pula Parlimen mula bersidang kembali. Apakah kesudahan dan apakah kejutanya sama-samalah kita nantikanya dengan penuh sabar.
Reblog this post [with Zemanta]