“Pagi yang gelab kini sudah terang” itulah sedutan bait-bait lagu sebuah kumpulan indie yang meningkat naik sekarang dengan lagu pagi yang gelab. Penulis pada malam ini langsung tidak mahu bercerita tentang muzik atau kisah gosip liar artis. Tujuan penulis utarakan bait-bait lagu yang indah ini adalah bertujuan untuk kita menghayati maksud lagu ini dan kita selarikan dengan isu-semasa yang hangat dibicarakan di dada-dada akhbar arus perdana, mahupun media alternatif yang kononya ‘tidak berat sebelah’, itu penulis tak nak komen lebih-lebih kerana mungkin mereka mempunyai agenda tersendiri.
Apa yang dimaksudkan dengan “pagi yang gelab kini sudah terang” yang boleh juga dikaitkan dengan krisis perlantinkan Menteri Besar Terengganu yang berlarutan beberapa minggu yang lalu ialah apabila krisis itu semakin hampir diselesaikan setelah Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan untuk menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kijal sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Datuk Seri Haji Idris Bin Jusoh. Keputusan yang dibuat oleh MT UMNO merupakan tindakan yang bijak di dalam menjaga hubungan baik Kerajaan Barisan Nasional dengan Institusi Istana.
Penulis juga seorang rakyat Terengganu yang berasal daripada Besut, Terengganu juga aku memberi sokongan kepada Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, tetapi bukan bermakna penulis tidak menyokong Datuk Seri Idris Jusoh Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga digelar Arkitek Pembangunan Terengganu di samping orang sedaerah dengan penulis. Penulis juga tetap setia dengan kepimpinan Datuk Seri Idris Jusoh di peringkat daerah walaupun merasa sedikit terkilan dengan penyingkiran Datuk Seri Idris Jusoh.
Walaupun sedikit pahit, penulis menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Kepada Datuk Ahmad Said sekiranya pada Pilihan Raya Umum akan datang Barisan Nasional mengalami kekalahan mengekalkan tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Terengganu, kami akan salahkan Ahmad Said 100% dan juga penulis ingin memberi amaran kepada Ahmad Said jangan hanya membangunkan kemaman sepertimana yang berlaku pada pemerintahan Wan Mokhtar dulu. Secara jelas, kemaman mempunyai rekod yang buruk di dalam Memerintah Terengganu. Cuba jadikan kali ini ini pemerintahan lebih adil antara daerah-daerah lain.
Sekali lagi diingatkan yang penulis mengharapkan agar Datuk Ahmad Said berhati-hati di dalam memerintah Terengganu kalau tidak mahu Gelombang 1999 Melanda Terengganu di mana pada ketika itu, Gerakan menjatuhkan Takhta Wan Mokhtar Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu bermula daripada daerah Besut akan melanda lagi. Jadi sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru penulis memohon agar Ahmad Said dapat menguruskan negeri Terengganu sebaik Datuk Seri Idris Jusoh.
Kepada Parti Lawan penulis Nasihatkan agar tidak membuat isu ini menjadi parah kerana Mengikut rekod Kerajaan Pas Kelantan pun pernah derhaka kepada Sultan. Jangan diikut kehendak ’syaitan’ kerana ia akan menonjolkan anda adalah ‘Iblis’. Berilah ruang dan peluang kepada kerajaan negeri untuk memperbetulkan keadaan. Pas juga dinasihatkan jangan terlalu mengikut ‘arahan’ Ayah Pin Moden yang cuba memecahkan belahkan keharmornian kaum di Malaysia demi kerana tergila-gilakan jawatan Perdana Menteri yang sudah lama diidamkan untuk membolehkanya menambah kekayaan kembali.
No comments:
Post a Comment