Google
 

Wednesday, June 18, 2008

Blog Besut Lo Nih Dilancarkan !!!

Blog Besut Lonih telah dilancarkan beberapa kelmarin. Blog ini bukan sahaja memaparkan kisah-kisah yang berlaku di Besut, tetapi kisah-kisah nasional juga akan dipaparkan oleh blog ini. Blog ini juga akan menjadi medium pengantara oleh Rakyat Besut tentang ketidakpuasan hati atau perkara-perkara yang melibatkan rakyat Besut, Terengganu.

Blog ini juga akan menjadi sumber rujukan oleh rakyat Besut khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Isu-isu semasa juga diperbincangkan disini dan mengambil kira pandangan semua pembaca atau pelawat. Pembaca atau Pelawat boleh juga mengirimkan artikel mereka kepada blog Besut Lonih untuk mengutarakan kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk kawasan berhampiran mereka tanpa mengira fahaman politik.

Pelawat atau pembaca bebas mengemukakan artikel selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan semuanya akan disiarkan sekiranya tiada unsur-unsur fitnah.

Besut Lonih juga mempelawa orang ramai diluar sana untuk menjadi penulis atau panelis bagi Blog Besut Lonih, orang-ramai yang berminat bolehlah menghantar email kepada besutlonih@gmail.com .

Blog Besut Lonih boleh dilayari di http://www.besutlonih.com

Thursday, June 12, 2008

ريڠڬيت مليسيا ڤرلو دتمبت كمبالي

ريڠڬيت مليسيا يڠ سبلوم اين دتمبت دڠن هرڬ رم 3.80 باڬي ساتو دوللر اميريك سماس ايرا كڤيمڤينن تون دوكتور محضير محمد سلڤس برلاكوڽ كڬاوطن ايكونومي نڬارا ڤد تاهون 1998 دان كمودينيا دأڤوڠكن سمولا سما ايرا كڤيمڤينن داتوق سري عبدالله احمد بادوي.

ڤڠڤاوڠان ماتواڠ ريڠڬيت مليسيا سوده تنتوڽ ممڤوڽاءي ريسيكو يڠ امت تيڠڬي لبيه-لبيه لاڬي سماس ڤريستاسي ماتواڠ ريڠڬيت مليسيا بربنديڠ دوللر اميريك يڠ سماكين منيڠكت سكارڠ اين. ڤڠڤاوڠان اين دبيمباڠي اكن اد ساتو لاڬي سڤيكولاسي اوليه ڤڽاڠاق ماتواڠ بارت سڤرتي مان يڠ تله دلاكوكن اوليه ڬيورڬي سوروس دهولو.

بسر كموڠكينن ڤڽاڠاق مات واڠ بارت سكارڠ اين سوده برسديا اونتوق ملاكوكن سسواتو اڬر ماتواڠ ريڠڬيت مليسيا ترججس تروق دان سچارا تيدق لڠسوڠ اكن ممبري كسن كڤد ايكونومي مليسيا ماله بوليه مڠونداڠ كڬاوطن ايكونومي يڠ اكن ملاهيركن لبيه راماي اورڠ يڠ بڠكراڤ تراوتماڽ ملايو.

سبنرڽ كسن نيڬاتيف ڤڠڤاوڠان ماتواڠ ريڠڬيت مليسيا سوده مولا دراسا اوليه رعيت مليسيا. ڤرتامڽ اياله كنايقكن هرڬ ميڽق دالم ماس يڠ سام ڤنداڤتن رعيت اداله سام سبلوم كنايقكن هرڬ ميڽق يڠ بوليه دصيفتكن سباڬاي ترتيڠڬي د دالم سجاره هرڬ ميڽق نڬارا.

كنايقكن بارڠ كڤرلوان لاين جوڬ مروڤاكن كسن نيڬاتيف درڤد ڤڠڤاوڠان ماتواڠ ريڠڬيت مليسيا يڠ جوڬ ممبري ببنن يڠ تيڠڬي كڤد رعيت. سبلومڽ دوا كسن نيڬاتيف اين هاڽله بوڠا يڠ بارو برڤوتيق دان تيدق بربواه لاڬي. نامون، سڤرتي كات ڤڤته ملايو "سدياكن ڤايوڠ سبلوم هوجن" دان جوڬ "منچڬه لبيه باءيق درڤد مڠوباتي" جادي كراجأن مليسيا ڤيمڤينن داتوق سري عبدالله احمد بادوي هندقله سڬرا برتيندق دڠن منمبت ماتواڠ ريڠڬيت مليسيا دڠن سبراڤ سڬرا باڬي مليندوڠي كڤنتيڠن رعيت.

تمبتن نيلاي ريڠڬيت ڤد ماس اين سميمڠڽ امت دڤرلوكن كران اد كموڠكينن ڤڽاڠاق ماتواڠ اكن مڽرڠ ماتواڠ ريڠڬيت مليسيا سكالي لاڬي، كران عموم مڠتاهوي بارت سوده تنتوڽ تيدق ڤرنه ڤواس مڠناكن اورڠ اسلام. جادي باڬي مڠلقكن "ڤيسڠ بربواه دوا كالي" كراجأن هندقله برتيندق سڬرا ممبوات تمبتن نيلاي ريڠڬيت، جاڠن ننتي "سوده ترهنتوق بارو نق ترڬاده"
دڤتيق دري
http://suaragenerasimuda.blogspot.com

Ringgit Malaysia Perlu Ditambat Kembali

Ringgit Malaysia yang sebelum ini ditambat dengan harga RM 3.80 Bagi Satu Dollar Amerika semasa Era Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad selepas berlakunya kegawatan ekonomi negara pada tahun 1998 dan kemudianya diapungkan semula sema era Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pengapungan matawang Ringgit Malaysia sudah tentunya mempunyai risiko yang amat tinggi lebih-lebih lagi semasa prestasi matawang Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika yang semakin meningkat sekarang ini. Pengapungan ini dibimbangi akan ada satu lagi spekulasi oleh penyangak matawang barat seperti mana yang telah dilakukan oleh George Soros dahulu.

Besar kemungkinan Penyangak Mata Wang Barat sekarang ini sudah bersedia untuk melakukan sesuatu agar matawang Ringgit Malaysia terjejas teruk dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia malah boleh mengundang kegawatan ekonomi yang akan melahirkan lebih ramai orang yang bankrap terutamanya Melayu.

Sebenarnya kesan negatif pengapungan matawang Ringgit Malaysia sudah mula dirasai oleh rakyat Malaysia. Pertamanya ialah Kenaikkan Harga Minyak dalam masa yang sama pendapatan rakyat adalah sama sebelum kenaikkan harga minyak yang boleh disifatkan sebagai tertinggi di dalam sejarah Harga Minyak Negara.

Kenaikkan barang keperluan lain juga merupakan kesan negatif daripada pengapungan matawang Ringgit Malaysia yang juga memberi bebanan yang tinggi kepada rakyat. Sebelumnya dua kesan negatif ini hanyalah bunga yang baru berputik dan tidak berbuah lagi. Namun, seperti kata pepatah Melayu "Sediakan Payung Sebelum Hujan" dan juga "Mencegah lebih baik daripada mengubati" jadi Kerajaan Malaysia Pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hendaklah segera bertindak dengan menambat matawang Ringgit Malaysia dengan seberapa segera bagi melindungi kepentingan rakyat.

Tambatan Nilai Ringgit pada masa ini sememangnya amat diperlukan kerana ada kemungkinan penyangak matawang akan menyerang matawang Ringgit Malaysia sekali lagi, kerana umum mengetahui barat sudah tentunya tidak pernah puas mengenakan orang Islam. Jadi bagi mengelakkan "Pisang berbuah dua kali" kerajaan hendaklah bertindak segera membuat tambatan nilai ringgit, jangan nanti "sudah terhantuk baru nak tergadah"

dipetik dari http://suaragenerasimuda.blogspot.com

Thursday, June 5, 2008

Pak Lah Tidak Sesuai Menjadi Pemimpin Mengikut Teori Tipologi Holland

Pada masa ini Perdana Menteri Malaysia ialah Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang juga lebih dikenali dengan nama Pak Lah. Sebenarnya kalau kita kaji mengikut Teori Tipologi Holland Pak Lah langsung tidak layak menjadi pemimpin memandangkan daripada pemerhatian Penulis mendapati Pak Lah lebih bersifat kepada manusia yang dikategorikan sebagai Social mengikut Teori Tipologi Holland.

Mengikut maklumat yang penulis petik daripada Wikipedia "Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964,"

Berdasarkan maklumat tersebut telah membuktikan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukanlah seorang yang boleh dikategorikan sebagai Enterprising mengikut Teori Tipologi Holand tetapi seorang yang dikelaskan sebagai Social mengikut Teori Tipologi Holland, di mana Enterprising adalah kategori yang paling sesuai untuk dilantik sebagai pemimpin.

Penulis juga ingin memetik setikit kata-kata Plato "Tiada dua manusia dilahirkan serupa tetapi setiap satu nya berbeza antara satu sama baring terutama dari segi pembawaan semulajadi (personaliti, minat, nilai, pencapaian, motivasi, sikap), seorang sesuai untuk sesuatu pekerjaan sementara seorang lagi sesuai untuk pekerjaan baring". Berdasarkan kata-kata Plato ini jelas menunjukkan Pak Lah sememangnya tidak sesuai dengan kerjaya sebagai Perdana Menteri.

Penulis juga ingin memetik pandangan Klien & Wiener yang berbunyi "Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri peribadi dengan keperluan keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinaan seseorang itu untuk berjaya" di mana penulis melihat di zaman kepimpinan Pak Lah keselarasan pekerja tiada tambahan pula keperluan rakyat juga bekerja sudah jauh berbeza ini mungkin akal menganggalkan negara untuk mencapai Wawasan 2020.

Menurut pemerhatian Penulis Orang yang boleh dikategorikan sebagai Enterprising adalah Tengku Razaleigh Hamzah memandangkan kepakaran ekonomi yang ada padanya dan ciri-ciri beliau menepati ciri-ciri Enterprising dan sememangnya beliau sangat layak dijadikan pengganti Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Wednesday, June 4, 2008

Kerana Pak Lah Rakyat Terpaksa Berkorban

Kerana Perdana Menteri Malaysia "Saya Masih di sini", "Saya Perdana Menteri", "Kerajaan Saya Kerajaan Kuat cuma Kurang 8 Kerusi sahaja 2/3" tidak lain tidak bukan itulah insan bernama Abdullah Haji Ahmad Badawi rakyat terpaksa berkorban lagi.

Mulai esok rakyat Malaysia terpaksa berkorban wang ringgit apabila kenaikkan harga minyak paling tinggi dalam sejarah lima Perdana Menteri yang memimpin Malaysia secara tidak langsung kenaikkan ini adalah kenaikan Terlampau, di mana sebelum ini Kenaikkan Harga Minyak merupakan kenaikkan Terlampau jadi satu lagi rekod baru yang dicipta oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri dan menjadikan beliau adalah satu-satunya Perdana Menteri Terlampau.

Apa yang menarik spekulasi minyak naik pada bulan Ini menjadi kenyataan bak kata orang "impian sudah menjadi realiti" itulah realitinya minyak tetap naik pada bulan ini, namun ada untungnya juga minyak naik pada waktu ini berbanding naik pada Bulan Ogos memandangkan beberapa hari lagi akan ada Mesyuarat Cawangan UMNO yang akan memulakan Persidangan, penulis mintalah di dalam keadaan kenaikkan minyak yang terlampau di bawah pentadbiran Perdana Menteri Terlampau ini supaya ahli-ahli UMNO mencalonkan Pengganti Perdana Menteri yang terlampau ini.

Sebenarnya penulis begitu yakin akan ada kenaikkan minyak di dalam masa terdekat ini kerana Kerajaan Malaysia sudah kehilangan 3 negeri seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang menyumbang 75% Keluaran Dalam Negara Kasar ke tangan pembangkang ini menjadikan pendapatan negara terhad sepertiman yang telah diramalkan oleh calon Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah beberapa hari lalu walaupun Ku Li tidak meramalkan kenaikkan harga minyak tetapi simboliknya kekurangan sumber ekonomi negara telah memaksa kerajaan di bawah pentadbiran Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menaikkan harga minyak. Jelas ramalan ekonomi Ku Li tepat sekali apabila berlaku kenaikkan ini.

Sebenarnya sudah banyak kali berkorban untuk Pak Lah, tetapi Pak Lah tidak pernah sekalipun berkorban untuk rakyat. Cuba kita lihat walaupun kenaikkan harga minyak beberapa tahun sebelum pilihan raya boleh disifatkan terlampau namun rakyat masih memberi kepercayaan kepada Pak Lah untuk menjadi Perdana Menteri Majoriti Mudah walaupun rakyat sudah mula tidak percaya pada Pak Lah termasuklah akar umbi UMNO sendiri, di dalam keadaan ini sekiranya ahli UMNO masih lagi mengekalkan Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden tak tahulah apa nak kata mungkin Pak Lah ni ada pakai ilmu kebal kot, sekiranya Pak Lah terus diberi kepercayaan mungkin ada rekod terlampau baru beliau akan terus dicipta. Jadi Pilihlah Ku Li sebagai Presiden UMNO yang baru.

Tuesday, June 3, 2008

Al-Kisah Kerana Nak Berjimat

Hari ini ada satu petua baru untuk menjimatkan bil elektrik yang baru sahaja kita dengarkan. Idea ini boleh dikatakan idea yang paling hebat di dalam sejarah tiada siapapun yang boleh lawan idea yang bernas lagi hebat kononya ini. Mulai hari ini, sesiapa yang nak menjimatkan bil Elektrik bolehlah membuka langsir pintu-pintu tingkap rumah anda bagi mengurangkan penggunaan elektrik.

Sesiapa sahaja yang ingin menjimatkan bil elektrik hendaklah berbuat demikian, lagi satu anda juga dinasihatkan supaya tidak memasang penghawa dingin di waktu siang hari bagi mengurangkan lagi penggunaan elektrik dan dapatlah kita menjimatkan bil elektrik.

Tahukah anda idea ini datangnya daripada siapa? Pengerusi JKKK ke? Ahli Politik Kedai Kopi Ke? itulah mungkin yang bermain di fikiran anda, tetapi tanggapan anda itu sememangnya silap, idea itu sebenarnya keluar daripada seorang pemimpin yang mempunyai kelab peminat yang menggunakan 'tag line' "Kami Sayang Pak Lah" dan juga "We Love Pak Lah". Itulah idea yang dikatakan hebat lagi bernas ini walaupun ianya hanyalah pemikiran Ahli Politik Kopi sahaja, namun siapa sangka otak seorang Perdana Menteri sama dengan otak ahli politik kedai kopi yang hanya tahu berbahas dari pagi sampai petang berbekalkan secawan air sahaja tanpa mengira kesanya kepada anak-anaknya kat rumah.

Seperti biasalah apa yang Pak Lah buat mesti mendapat pujian para pengampu yang sudah ditambat tali oleh Pak Lah, maka menyalaklah mereka sepuas-puasnya selagi si kena salak itu tidak lari daripada depan rumah tuanya walaupun idea yang dicadangkan beliau adalah idea yang paling bodoh dan tidak pernah disebut oleh seorang pemimpin berjawatan Perdana Menteri sebelum ini.

Itulah hebatnya Pak Lah, buat apa sahaja sekalipun, gelar apa sahaja sekalipun dia tetap ada anjing untuk menyalak bagi pihak dia, tidak kiralah anjing itu baru ditemui ataupun sudah lama dipertemui. Lagipun anjing barunya tahu undang-undang melebihi orang lain dan menyalak sekiranya orang ingin mengkritik tuanya dengan mengatakan orang itu jumud walaupun anjing itu sendiri sukakan botol arak.

Mengikut Kenyataan Perdana Menteri yang disayangi oleh para Menteri Kabinet baru itu, penulis dapat menyimpulkan yang PM ini mengajak rakyat supaya berkorban sedikit dengan membuat penjimatan ala-Pak Lah itu. Masalahnya kenapa rakyat terlebih dahulu perlu berkorban? Kenapa Pak Lah dan Menteri-menteri kesayangan beliau tidak terlebih dahulu berkorban? Sudah terlalu banyak rakyat berkorban bila pula PM dan Barisan Menteri pembelanya hendak berkorban?

Apa yang penulis maksudkan dengan kenapa Perdana Menteri dan menteri-menteri kesayangan beliau tidak berkorban dengan meminta Perdana Menteri mengurangkan gajinya dan kediaman PM di Sri Perdana itu bila hendak digelabkan? Bila nak kurangkan elaun-elaun minyak untuk Perdana Menteri sendiri dan juga menteri-menteri kesayangan beliau? Adakah Pak Lah bimbang di beri gelaran "Bapa Segala Suruhanjaya lagi?" jangan bimbang nak buat semua ni tak payah buat Suruhanjaya janji para Menteri sanggup berkorban barulah rakyat akan turut berkorban kerana ketam sudah tentu tidak dapat mengajar anaknya berjalan lurus.

Akhir kalam, semoga di masa-masa yang akan datang tiada lagi insan yang berjawatan Perdana Menteri yang mengeluarkan idea-idea yang langsung tidak bertamadun ini, yang peliknya juga idea yang tidak bertamadun ini lahir di era untuk melahirkan tamadun baru seolah-olah tamadun baru yang hendak dilahirkan adalah tamadun yang terkebelakang atau dengan kata lain tamadun yang jumud. Apa ni di dalam cabaran untuk merealisasikan Wawasan 2020 ada lagi orang yang ingin berjalan ke belakang sedangkan di dalam mengharungi cabaran ini kita hendaklah berjalan ke hadapan seperi kata iklan"Berjalan biarlah ke depan bukan ke belakang" nasiblah kita mendapat pemimpin yang meminta kita berjalan ke belakang.