Google
 

Tuesday, June 3, 2008

Al-Kisah Kerana Nak Berjimat

Hari ini ada satu petua baru untuk menjimatkan bil elektrik yang baru sahaja kita dengarkan. Idea ini boleh dikatakan idea yang paling hebat di dalam sejarah tiada siapapun yang boleh lawan idea yang bernas lagi hebat kononya ini. Mulai hari ini, sesiapa yang nak menjimatkan bil Elektrik bolehlah membuka langsir pintu-pintu tingkap rumah anda bagi mengurangkan penggunaan elektrik.

Sesiapa sahaja yang ingin menjimatkan bil elektrik hendaklah berbuat demikian, lagi satu anda juga dinasihatkan supaya tidak memasang penghawa dingin di waktu siang hari bagi mengurangkan lagi penggunaan elektrik dan dapatlah kita menjimatkan bil elektrik.

Tahukah anda idea ini datangnya daripada siapa? Pengerusi JKKK ke? Ahli Politik Kedai Kopi Ke? itulah mungkin yang bermain di fikiran anda, tetapi tanggapan anda itu sememangnya silap, idea itu sebenarnya keluar daripada seorang pemimpin yang mempunyai kelab peminat yang menggunakan 'tag line' "Kami Sayang Pak Lah" dan juga "We Love Pak Lah". Itulah idea yang dikatakan hebat lagi bernas ini walaupun ianya hanyalah pemikiran Ahli Politik Kopi sahaja, namun siapa sangka otak seorang Perdana Menteri sama dengan otak ahli politik kedai kopi yang hanya tahu berbahas dari pagi sampai petang berbekalkan secawan air sahaja tanpa mengira kesanya kepada anak-anaknya kat rumah.

Seperti biasalah apa yang Pak Lah buat mesti mendapat pujian para pengampu yang sudah ditambat tali oleh Pak Lah, maka menyalaklah mereka sepuas-puasnya selagi si kena salak itu tidak lari daripada depan rumah tuanya walaupun idea yang dicadangkan beliau adalah idea yang paling bodoh dan tidak pernah disebut oleh seorang pemimpin berjawatan Perdana Menteri sebelum ini.

Itulah hebatnya Pak Lah, buat apa sahaja sekalipun, gelar apa sahaja sekalipun dia tetap ada anjing untuk menyalak bagi pihak dia, tidak kiralah anjing itu baru ditemui ataupun sudah lama dipertemui. Lagipun anjing barunya tahu undang-undang melebihi orang lain dan menyalak sekiranya orang ingin mengkritik tuanya dengan mengatakan orang itu jumud walaupun anjing itu sendiri sukakan botol arak.

Mengikut Kenyataan Perdana Menteri yang disayangi oleh para Menteri Kabinet baru itu, penulis dapat menyimpulkan yang PM ini mengajak rakyat supaya berkorban sedikit dengan membuat penjimatan ala-Pak Lah itu. Masalahnya kenapa rakyat terlebih dahulu perlu berkorban? Kenapa Pak Lah dan Menteri-menteri kesayangan beliau tidak terlebih dahulu berkorban? Sudah terlalu banyak rakyat berkorban bila pula PM dan Barisan Menteri pembelanya hendak berkorban?

Apa yang penulis maksudkan dengan kenapa Perdana Menteri dan menteri-menteri kesayangan beliau tidak berkorban dengan meminta Perdana Menteri mengurangkan gajinya dan kediaman PM di Sri Perdana itu bila hendak digelabkan? Bila nak kurangkan elaun-elaun minyak untuk Perdana Menteri sendiri dan juga menteri-menteri kesayangan beliau? Adakah Pak Lah bimbang di beri gelaran "Bapa Segala Suruhanjaya lagi?" jangan bimbang nak buat semua ni tak payah buat Suruhanjaya janji para Menteri sanggup berkorban barulah rakyat akan turut berkorban kerana ketam sudah tentu tidak dapat mengajar anaknya berjalan lurus.

Akhir kalam, semoga di masa-masa yang akan datang tiada lagi insan yang berjawatan Perdana Menteri yang mengeluarkan idea-idea yang langsung tidak bertamadun ini, yang peliknya juga idea yang tidak bertamadun ini lahir di era untuk melahirkan tamadun baru seolah-olah tamadun baru yang hendak dilahirkan adalah tamadun yang terkebelakang atau dengan kata lain tamadun yang jumud. Apa ni di dalam cabaran untuk merealisasikan Wawasan 2020 ada lagi orang yang ingin berjalan ke belakang sedangkan di dalam mengharungi cabaran ini kita hendaklah berjalan ke hadapan seperi kata iklan"Berjalan biarlah ke depan bukan ke belakang" nasiblah kita mendapat pemimpin yang meminta kita berjalan ke belakang.

No comments: