Malam tadi Penulis ada menonton Buletin Utama yang disiarkan sebuah stesen tv swasta yang bernama TV3 yang dimiliki oleh Media Prima. Penulis tertarik dengan penafian Tengku Razaleigh Hamzah mengenai desas-desus yang timbul mengenai beliau akan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO. Alhamdulillah desas-desus tersebut hanya tinggal desas-desus umpama pasir ditiup angin yang tidak memberikan apa-apa kesan padanya.
Penafian itu juga turut disiarkan oleh Sinar Harian hari ini Sabtu 31 Mei 2008.
Penulis tidak berminat untuk mencari siapa dan mengapa seseorang yang sanggup mengeluarkan desas-desus tersebut, kerana di dalam pertandingan mesti ada orang yang tak puas hati tambahan mula pertandingan jawatan tersebut melibatkan Melayu yang mempunyai PHD yang tinggi. PHD di sini bermaksud Perasaan Hasad Dengki yang tinggi. Jadi tak gunalah kita bercerita tentang siapa dan mengapa mereka membuat desas-desus tersebut.
Keberanian Tengku Razaleigh Hamzah
Penulis melihat tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO telah membuktikan beliau seorang Melayu yang beradi sesuai dengan kata pepatah Melayu yang berbunyi "Berpantang Ajal Sebelum Maut" yang membawa maksud "Pantang Melayu berundur sebelum berperang" dan menjadikan beliau sebagai seorang yang berani dan layak dijadikan pemimpin.
Pemimpin yang sering bercakap "Saya akan kaji" dan kemudianya pula akan bercakap "Saya tidak terlibat" dan juga "Keputusan itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan" tanpa memberi fakta bukanlah pemimpin yang patut kita cari kerana pemimpin jenis ini adalah pemimpin yang dayus dan mengharapkan orang lain untuk bekerja untuknya. Pemimpin jenis ini jika diberikan jawatan di dalam sesebuah organisasi nescaya hancurlah organisasi tersebut.
Tengku Razaleigh Tidak Takut Dilambung Ombak
Ada satu pepatah Melayu yang berbunyi "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai" yang bermaksud kalau takut sesuatu janganlah membuat sesuatu yang menakutkan anda. Apa yang penulis nampak dengan ketokohan Tengku Razaleigh ialah beliau seorang yang tidak takut dilambung ombak kerana dia terus membuat rumah di tepi pantai. Sebenarnya inilah salah satu lagi sifat yang perlu ada pada pemimpin bagi memimpin bukan sahaja sesebuah organisasi malahan sesebuah negara.
Akhir Kalam semoga ahli UMNO membuat pilihan yang bijak dengan memilih Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi kerana UMNO memang perlukan seorang pemimpin yang berani dan tahu perlembagaan.
dipetik dari:
http://penyokong-kuli.blogspot.com

No comments:
Post a Comment