Google
 

Saturday, May 17, 2008

Si Baju Petak-Petak Merah bakal dinobatkan sebagai pengganti MB Kelantan?

Kelantan kini sebenarnya berada di ambang peralihan kuasa! itulah cakap-cakap yang timbul semenjak kebelakangan ini, isu ini turut diketengahkan oleh penulis blog Merah Tinta MSO iaitu Mohd Sayuti Omar pada artikel terbarunya yang bertajuk "Mencari siapa bakal MB Kelantan di Mekah".

Pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke Makkah pada 26 Mei ini mungkin bakal mengungkap jawapan siapa yang layak mengantikan beliau untuk mentadbir Kelantan yang sudah hampir 19 tahun itu. Memang orang ramai ternanti-nanti siapakah orang yang bakal menerajui Kelantan khusunya rakyat Kelantan sendiri. Mungkin juga Tuan Guru Nik Aziz tidak mensia-siakan peluang berada di Makkah untuk menggantikan beliau sebagai Umara' Kelantan dan juga Ulama' Kelantan.

Dalam pada itu MSO di dalam artikel di blog beliau 'meramalkan' si baju petak-petak merah bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Si baju petak-petak merah yang sebelum ini penuh kontroversi mungkin akan dinaikkan menjadi Menteri Besar yang baru.

Walaupun ia baru sekadar ramalan tetapi ramalan ini diperkuatkan lagi dengan pemberian cenderamata yang mahal harganya oleh si baju petak-petah merah, mungkin ini adalah usaha untuk melobi jawatan Menteri Besar tetapi mungkin Tuan Guru Nik Aziz ingat ini hanya pemberian ikhlas sebab itu beliau menerima jadi Tuan Guru Nik Aziz yang terkenal dengan sifatnya yang bersih, cekap dan amanah tidak wajar dipersalahkan. Namun, persoalan yang timbul adakah pemberian si baju petak-petak merah itu benar-benar ikhlas ataupun ada udang di sebalik mi? Itu penulis tak dapat bagi jawapan kerana rambut manusia sama hitam, hati manusia Allah seru sekian alam sahaja yang tahu.

Apapun sesiapa sahaja yang bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru hendaklah memastikan imej bersih, cekap dan amanah yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dikekalkan, jangan ada yang jadi Menteri Besar jadi kaki komisyen kerana itu bakal menumbangkan Kerajaan Negeri yang sudah sekian lama menjadi 'jajahan takluk' PAS yang terkenal dengan keislamanya yang lebih daripada orang lain.

Ingat wang ringgit mungkin boleh merosakkan keimanan sekiranya kita tidak menguruskan dengan betul, kelabu mata pada wang ringgit mungkin membuatkan kita terpesong dari jalan yang benar menuju ke jalan kemungkaran kerana Allah tuhan seru sekian alam sentiasa menguji umatnya dengan kesusahan dan kesenangan.

Akhir kalam, semoga orang yang benar-benar layak menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru bukanya kaki projek, kaki komisyen, kaki rasuah, buat kerja kerana wang bukan kerana Allah tuhan seru sekian alam. Sesiapa sahaja yang menerajui Kelantan semoga dapat membimbing rakyat ke arah kebenaran.

No comments: