Google
 

Sunday, May 18, 2008

Kes Lingam: Tun Dr. Mahathir Sedia Didakwa

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohammad berkata beliau sedia di dakwa di Mahkamah dan mengalu-alukan siasatan ke atasnya berhubung isu video Lingam yang telah diputuskan oleh Suruhanjaya Diraja, ini membuktikan bahawa Tun Dr. Mahathir berani kerana benar. Kalau orang yang salah sudah tentu dia kecut perut dan sudah lama meninggalkan Malaysia.

Mungkin dengan siasatan ini akan mempopularkan kembali Bapa Kepada Segala Suruhanjaya dan Juga Bapa Mertua Khairy Jamaluddin ini yang pada masa kini sudah ditolak oleh ahli marhaen UMNO. Mungkin pembangkang sudah mula memuji tindakan Pak Lah yang menjadi liabiliti pada UMNO pada masa ini, ini diperkuatkan lagi apabila Mohd Sayuti Omar di dalam Blognya Merah Tinta MSO juga turut memuji Pak Lah. Mungkin pada masa ini Presiden 'Flip-Flop' ini sudah mula kembang hidung, mana taknya orang dah mula puji berbakul-bakul sehingga terlupa apa yang sudah dilakukan oleh Pak Lah sebelum ini.

Penulis teringat kata-kata pensyarah penulis sewaktu belajar dahulu, "If you want to keep the water in the bottle which has a lot a hole that was you make it, you can't patch other people hole only because its still can't keep the water in the bottle" yang bermaksud "Jika anda mahu kekalkan air di dalam botol yang penuh lubang yang anda buat, anda tidak boleh tampal lubang yang dibuat oleh orang lain sahaja kerana ia tetap tidak akan membantu mengekalkan air di dalam botol' . Pada pandangan penulis tindakan Pak Lah pada masa ini ialah cubaan menutup lubang yang dibuang orang lain, tetapi lubang yang dibuat oleh diri sendiri tidak pula beliau tutup. Jadi Fikir-Fikirkanlah.

Sebenarnya Pak Lah sekarang berada di dalam keadaan terdesak untuk mengembalikan sokongan ke atas akar umbi yang semakin hilang selepas peristiwa bersejarah 8 Mac 2008 baru-baru ini yang menyaksikan Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga yang lazimnya dimenangi olehnya. Pak lah sedang berusaha mengambus lubang-lubang yang digali oleh orang lain bagi memastikan lubang-lubang yang digalinya sendiri terus dilupakan. Pada masa ini akar-umbi UMNO melihat Pak Lah sekarang umpama Posmen yang mempunyai 'Office' yang besar kepada Pembangkang. Bapa segala suruhanjaya ini juga mungkin akan rasa orang yang memuji tindakan beliau akan melupakan 'lubang' yang digalinya olehnya dan meletakkanya di dalam kedudukan yang selamat dan fikir ahli Marhaen akan terus setia bersamanya, tetapi jangkaan Pak Lah sungguh tidak tepat memandangkan ahli marhaen tetap tidak mahukanya kerana perasan lubang yang digali oleh Pak Lah sungguh besar jadi sesiapun perasan.

No comments: