Google
 

Friday, May 23, 2008

Ayah Pin dan Pak Lah Tiada Bezanya

Artikel penulis kali ini bertajuk "Ayah Pin dan Pak Lah tiada bezanya" penulis ingin membuat perbandingan Presiden Abdullah Haji Ahmad atau Pak Lah tetapi penulis lebih gemar menggunakan nama timang-timangan Ayah Lah pada Pak Lah ini.

Ayah Pin merupakan pemimpin ajaran sesat di Besut, Terengganu dan sampai kini tidak dapat dikesan ke mana hilangnya Ayah Pin. Cuma yang ada mendapat 'habuan' daripada tindakan pemimpin yang mereka setia adalah pengikutnya sebaliknya ia membiarkan pengikut-pengikutnya menerima akibat daripada perbuatan Ayah Pin namun beliau tidak sengsara sebaliknya pengikut-pengikutnya sengsara.

Penulis lebih suka bercakap tentang persamaan Ayah Lah dengan Ayah Pin, kalau Ayah Pin popular dengan Kerajaan Langitnya dengan duit daripada langitnya, Ayah lah pula popular dengan Kerajaan Tiga Beranaknya daripada duit dari dalam lautnya. Jika pada waktu Ayah Pin tengah hebat dia memang kaya. Samalah juga dengan Ayah Lah yang kaya masa tengah top sampai mampu beli jet peribadi.

Ayah Pin yang menjadi pemimpin semua agama dan berjaya menyesatkan semua agama semasa kegiatan beliau tidak dihidu oleh pihak berkuasa, Ayah Lah pula memperkenalkan Islam Hadhari yang juga menyesatkan semua agama dan tidak dihidu oleh pihak berkuasa kerana Ayah Lah memang berkuasa. Kadang-kadang tu terfikir juga kenapa Prof Dr. Abdullah Mat Zain tidak dipertanggungjawabkan lagi menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal agama? Adakah beliau menentang Islam Hadhari? Itu tak tahulah nak kata tetapi ada kemungkinan lah jugak.

Ayah Pin hari-hari keluar di dalam berita tv walaupun di Bali tetapi ia tetap keluar berita di TV, Ayah Lah pula hari-hari Keluar di TV publisiti mengalahkan artis. Jadi tiada bezanya Ayah Pin dan Ayah Lah.

Ayah Pin ada Ilmu untuk menundukkan pengikut-pengikutnya supaya terus setia berdiri teguh dibelakangnya, Ayah Lah juga Ada ilmu untuk menundukkan pengikutnya sehinggakan pengikutnya sudah jadi macam anjing kelaparan mempertahankan dia.

Kalau Ayah Pin ada ilmu untuk berkahwin ramai, Ayah Lah pun ada ilmu untuk berkahwin dengan Jin. Kalau Ayah Pin ada bela jin, Ayah Lah pun ada bela jin. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat Ayah Pin dan Ayah Lah sama sahaja. Cuma satu sahaja perbezaan Ayah Pin dan Ayah Lah ini iaitu Ayah Pin kita tahu dia menyesatkan orang. Ayah Lah pula menyesatkan orang dalam keadaan separa sedar.

No comments: