Google
 

Tuesday, May 13, 2008

BN Terengganu Dijangka Tersungkur Pada Pilihan Raya Umum akan datang?

Barisan Nasional Terengganu diramal tewas pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana pada masa ini BN Terengganu terpisah kepada dua blok utama iaitu BN Blok Terengganu Selatan dan juga Blok Terengganu Utara. BN blok Terengganu Selatan diwakili oleh Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu. Manakala BN blok Terengganu utara diwakili oleh Besut dan Setiu. Perkara ini berlaku selepas Ahmad Said Mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru mengantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Pada mulanya perkara ini sudah reda, namun selepas Perlantikan Tengku Putera sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baru telah menyebabkan BN Blok Terengganu Utara merasa ada sesuatu yang tidak kena mengenainya memandangkan Tengku Putera merupakan salah seorang yang tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum 12 baru-baru ini sehingga timbul 'cakap-cakap' bahawa Tengku Putera adalah orangnya yang melaga-lagakan Sultan dengan Datuk Seri Idris Jusoh.

Perkara ini telah membuatkan darah ahli-ahli BN dari blok Terengganu Utara mula menggelegak kembali dan ada diantaranya sudah memulakan usaha untuk berkempen kepada PAS bagi memberi mesej kepada Tengku Putera supaya jangan sesekali menjatuhkan orang kerana kecewa kerana orang yang kecewa juga akan mengecewakan orang yang kecewa.

Ahmad Said sendiri pula masih tidak berani untuk hadir melawat di daerah Besut kerana bimbang keselematanya dan juga Tengku Putera pun masih tidak berani untuk datang ke Besut, namun ia hanyalah persepsi Tengku Putera dan Ahmad Said sahaja sebenarnya orang Besut tidaklah sejahat itu tetapi orang Besut juga terkenal dengan sifat-sifat yang diwarisi oleh orang Kelantan iaitu 'Menentang dalam diam' atau lebih tepat lagi kita katakan Virus Senyap sudah melanda Blok Terengganu Utara seperti mana Virus senyap yang melanda di Kelantan dan mesejnya telah diberikan dengan jelas pada Pilihan Raya Umum yang lepas. Jadi tidak mustahil, sejarah 'membenamkan' Menteri Besar melalui Pilihan Raya seperti yang berlaku pada 1999 berlaku lagi pada Pilihan Raya Umum Akan Datang.

Ada juga maklumat mengatakan Majlis Perasmian Tilawah Al-quran peringkat Negeri Terengganu yang akan dirasmikan oleh Ahmad Said akan di boikot oleh pemimpin-pemimpin BN blok Terengganu Utara, namun mereka akan hadir semasa Perasmian Penutup yang akan disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu bagi membuktikan mereka tidak menderhaka kepada raja dan sebenarnya mereka menderhaka kepada Imam Besar Mazhab Babi iaitu Ahmad Said dan juga Imam Besar Mazhab Kecewa Gila Babi iaitu Tengku Putera.

Sandiwara Ahmad Said

Kelmarin di dalam kenyataan akhbarnya kepada Sinar Harian Edisi Terengganu Ahmad Said tidak takut hilang jawatan MB sebenarnya sandiwara Ahmad Said bagi memujuk BN dari Blok Terengganu Utara agar terus memberi sokongan kepadanya tetapi sandiwara Ahmad Said itu tidak diterima oleh Blok Terengganu utara sebaliknya menambah lagi kemarahan Blok Terengganu utara memandangkan BN Blok Terengganu Utara menggagap kenyataan Ahmad Said itu sebagai usaha untuk menghina mantan Menteri Besar Terengganu yang kini hanya bergelar ADUN biasa.

Dendam Blok Terengganu Utara

Blok Terengganu Utara terutamanya di daerah Besut mempunyai banyak 'sejarah hitam' yang telah dilakukan oleh Terengganu Blok Selatan ke atasnya iaitu Keenganan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad 'turun takhta' Menteri Besar seperti mana yang dijanjikanya untuk menyerahkan jawatan itu kepada Tan Sri Dr. Yusof Noor yang kini merupakan Pengerusi Felda yang sekarang ini sudah tidak aktif berpolitik. Sebenarnya 'dendam ini' masih tersemat di dalam jiwa rakyat daerah Besut namun dendam ini terubat seketika selepasa Datuk Seri Idris Jusoh dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu, namun panas tidak selalunya ke petang, hujan di tengahari menyebabkan 'luka lama berdarah kembali' .

Oleh sebab ini penulis meramalkan satu Tsunami Politik yang paling dahsyat di dalam sejarah Politik Terengganu akan berlaku pada Pilihan Raya Umum akan datang dan Barisan Nasional Terengganu kini umpama telur di hujung tanduk kerana Kerakusan Tengku Putera dan Juga Ahmad Said.

No comments: