Penulis ingin mendedahkan bahawa kemasukkan Ezam Mohd Noor adalah bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, di mana mengikut Fasal 20:
20.10 | Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya. |
Mengikut rekod bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu telah bertanding pada pilihan raya umum 1999 dan sekaligus membuktikan beliau tidak layak untuk menyertai UMNO kerana ianya telah melanggar perlembagaan UMNO yang dibuat pada tahun 2002 itu. Khas untuk ahli UMNO baru sahaja.
Mungkin ramai akan bertanya kenapa pula Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang pengikutnya boleh sertai UMNO kembali selepas membubarkan Parti Melayu Semangat 46? Sebenarnya Tengku Razaleigh tidak pernah lagi menganggotai atau menjadi ahli UMNO baru kerana perlembagaan tersebut digubal khas untuk ahli UMNO baru berbeza dengan Ezam yang merupakan bekas ahli UMNO baru jadi mengikut perlembagaan UMNO Fasal 20.10 kemasukkan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO adalah wajar ditolak.
Download Dokumen Penuh Perlembagaan UMNO
Penulis mendedahkan perkara ini supaya ahli-ahli UMNO yang lain bertindak mempertahankan Perlembagaan UMNO ini kerana sekiranya Perlembagaan UMNO sendiri kita tidak hormat apatah lagi Perlembagaan Malaysia jadi fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment