Google
 

Sunday, May 18, 2008

UMNO milik Ahli Bukan Milik Presiden

Ramai orang yang juga ahli UMNO selalu beranggapan bahawa UMNO ini milik presiden, sebenarnya UMNO bukanya milik Presiden. UMNO milik ahli, kerana ahli adalah Presiden tanpa ahli tiadalah Presiden. Cakap Presiden tidak semestinya betul, cakap ahli tidak semestinya tidak betul. Presiden hanyalah bertindak sebagai pemudah cara di dalam organisasi terbesar yang mewakili suara orang Melayu ini. Sekiranya Presiden gagal menjadi pemudah cara di dalam organisasi ini maknanya beliau telah gagal menguruskan organisasi ini. Setakat ini apa yang penulis lihat Presiden UMNO yang ada pada hari ini gagal menjadi pemudah cara kepada UMNO tetapi sebaliknya sudah menjadi pemayah cara kepada UMNO.

Presiden yang menjadi Aset VS Presiden yang menjadi Liabiliti

Presiden yang menjadi aset ialah Presiden yang mampu mengekalkan kemenangan majoriti 2/3 dan juga memahami masalah ahli UMNO khasnya dan rakyat amnya. Presiden yang menjadi aset kepada UMNO ialah Presiden yang mampu memberi khidmat terbaik tanpa korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Presiden yang bebas daripada pengaruh 'luar dan dalam' seperti menantu, anak dan besan di dalam membuat keputusan adalah salah satu contoh Presiden yang menjadi aset kepada UMNO. Presiden yang menjadi aset kepada UMNO ialah presiden yang tidak membeli jet peribadi dengan menggunakan wang rakyat dan juga Presiden yang tidak membuat keputusan yang berubah-rubah atau 'Flip-Flop'. Inilah antara contoh-contoh di mana Presiden yang boleh dikategorikan sebagai Presiden yang menjadi aset berharga kepada UMNO.
Presiden yang menjadi liabiliti kepada UMNO ialah Presiden yang ikut cakap menantu, Presiden yang membeli jet peribadi, Presiden yang mewujudkan fahaman baru, presiden yang pro kepada Singapura, Presiden yang mengkayakan menantu, besan dan anaknya. Presiden yang menyalahgunakan kuasa, Presiden yang menyalahgunakan wang rakyat Terengganu, Presiden yang suka membuat suruhanjaya, Presiden yang suka memecahkan kementerian kemudian menggabungkanya balik, Presiden yang suka membuat keputusan berubah-berubah atau Flip-Flop, Presiden yang Pro kepada Singapura ini adalah contoh-contoh Presiden yang menjadi Liabiliti UMNO dan boleh membawa 'bencana besar' kepada UMNO. Oleh itu Presiden yang menjadi liabiliti kepada UMNO hendaklah disingkirkan bagi menyelamatkan UMNO.

Siapa yang berkuasa di dalam UMNO?

Ramai orang berpendapat orang yang berkuasa di dalam UMNO ialah Presiden, tanggapan ini adalah karut dan boleh dikatakan mengarut. Sebenarnya orang yang paling berkuasa di dalam UMNO ialah ahlinya sendiri kerana jika ahli tidak memberi sokongan sudah tentu tidak ada Presiden, namun mungkin sokongan ahli pada masa ini sudah 'di sekat' supaya mengekalkan penyandang Presiden UMNO yang ada sekarang, Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru ahli-ahli UMNO seluruh negara keluarlah dari tempayan, keluarlah dari bawah tempurung marilah kita bersatu menentang kezaliman Presiden UMNO yang ada pada hari ini. Berikan sokongan anda kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerajui UMNO dan bersama-samalah kita dapat memulihkan parti kita.

Jangan takut pada Presiden kita cuma takut pada Allah seru sekian alam, memang pada masa ini Presiden ada kuasa tetapi perlu ingat kuasa yang ada padanya hari ini kita juga yang berikan jadi kita juga berhak menarik balik kuasa yang ada padanya. Jangan jadi bacul, jangan terpengaruh dengan janji wang ringgit kerana siksa kubur dan azab neraka amatlah pedih, pilihlah jalan kebenaran yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Ayuh ahli UMNO dan bangsaku Melayu mari kita pastikan Pak Lah disingkirkan.

1 comment:

infogue said...

Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/umno_milik_ahli_bukan_milik_presiden