Google
 

Friday, May 9, 2008

Abdul Hamid Derani Menjilat Ludah Sendiri?

Baru-baru ini penulis ada membaca Isu Semasa Keluaran Khas Harakah dan penulis menjumpai satu artikel yang mengenai komen seorang Penceramah PAS yang juga Bekas Penceramah UMNO iaitu Abdul Hamid Derani yang mendakwa punca kekalahan BN di Kelantan adalah kerana sikap pemimpin BN negeri yang sentiasa 'menghentam' dan mengherdik Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang terkenal dengan sifat-sifatnya yang hampir maksum di kalangan rakyat Kelantan.

Memang penulis tidak nafikan memang ada pemimpin BN Negeri Kelantan yang bertindak sedemikian kerana tujuan penulis mengetengahkan isu ini bukanlah kerana ingin menafikan kenyataan ini tetapi penulis merasa bertanggungjawab untuk mendedahkan siapa sebenarnya Abdul Hamid Derani ini.

Abdul Hamid Derani ini sebenarnya dulu Penceramah UMNO dan semasa beliau menjadi Penceramah UMNO dahulu beliaulah antara penceramah yang paling kuat mengutuk, mengherdik, menghina dan bermacam-macam tuduhan buruk yang dilemparkan oleh beliau kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Penulis sendiri banyak kali juga berpeluang mengikuti ceramah beliau sewaktu beliau menjadi penceramah UMNO, antara 'label' yang diberikan oleh beliau kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah 'kaki temberang', kaki bohong, Tok Guru Bodoh, Tok Guru Binatang Apa (Tok Guru Nate Apo) dan bermacam-macam lagi.

Itulah apa yang penulis ingin dedahkan tentang siapa dia Abdul Hamid Derani ini yang akhir-akhir ini sering menyuarakan pendapat mengapa BN tewas di Kelantan dengan menyatakan kesalahan BN ialah tindakan mengkritik Tuan Guru Nik Aziz yang dihormati sebagai Ulama' di Kelantan sedangkan pada masa dulu beliau lah paling kuat dan paling hebat mengkritik dan mengutuk pemegang tampuk kepimpinan tertinggi PAS itu. Jelas sekali Abdul Hamid Derani telah menjilat ludahnya sendiri.

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mencabar Abdul Hamid Derani bersumpah Demi Allah tuhan seru sekian alam yang beliau tidak pernah membuat perkara ini sekiranya beliau ingin menafikanya, sebab setakat nafikan sesiapa sahaja boleh nafikanya.

Akhir Kalam penulis ingin mengatakan bahawa apa yang baik datang dari Allah tuhan seru sekian alam dan apa yang buruk datangnya daripada saya hamba Allah yang lemah dan sering melakukan kesalahan walaupun sekecil zarah ini.

No comments: