Pada 18 Mei baru-baru ini Menteri Luar Negeri Dr. Rais Yatim menegaskan "Kuasa Kepenghuluan sekat suara akar umbi UMNO sewaktu beliau bercakap di khalayak semasa merasmikan Program Perjuangan dan cabaran Pasca Pilihan Raya Umum Ke 12 di Dewan Budaya Jelebu. Tambahnya lagi Perhimpunan Agung UMNO sudah menjadi medan untuk berpantun dan ketawa sahaja pada masa ini bukanya untuk mewakilkan suara sebenar akar umbi UMNO yang telah diamanahkan kepada perwakilan yang sepatutnya mewakili akar umbi.
Terlebih dahulu penulis ingin memberikan 'tabik hormat' kepada Dr. Rais Yatim yang lantang bersuara mengenai hak ahli akar umbi. Sememangnya penulis bersetuju dengan pandangan Dr. Rais Yatim tetapi ada sedikit perkara lagi yang penulis ingin tambah, sebenarnya budaya 'kepenghuluan' ini bukan sahaja ada Menteri Besar atau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang besar 'kuasanya' untuk menyekat suara akar umbi tetapi Presiden UMNO sekarang pun mempunyai dasar 'kepenghuluan' yang agak tinggi, kalau tidak masakkan Sang Kelembai yang cuba menyampaikan isi hati akar umbi melalui blognya dipecat daripada UMNO? Sebenarnya penulis merasakan 'dasar kepenghuluan' yang di amalkan oleh pemimpin UMNO negeri sebenarnya diasaskan oleh Presiden UMNO yang ada masa kini iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana kata orang "Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari" dan juga "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi".
Sepatunya Perhimpunan Agung UMNO dijadikan medan untuk menyampaikan suara-suara akar umbi tentang apa yang mereka mahukan, apa yang mereka tidak puas hati, apa pandangan mereka tentang isu-isu semasa. "Kuasa Veto' yang diamalkan Presiden juga boleh menyekat suara akar umbi. Sebenarnya "Orang duduk di atas pokok yang tegak tinggi berdiri, tidak dapat melihat orang yang berada sayup di bawah dengan jelas' Oleh itu 'Platform' Perhimpunan Agung UMNO hendaklah dijadikan medan untuk menyampaikan apa yang dikatakan oleh orang yang berada sayup di bawah pokok.
Presiden UMNO kini juga perlu ingat bahawa perjuangan UMNO berasaskan tiga tiang atau teras utama iaitu Alif yang mewakili Agama yakni Islam yang syumul, Ba mewakili bangsa yakni Melayu yang menjadi penduduk majoriti di Malaysia yang pada asalnya bernama Tanah Melayu ini. Ta pula mewakili tanah air yakni Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Tetapi hari ini perjuangan UMNO jauh terpesong, perjuangan UMNO hari ini lebih kepada Demi Presiden, Untukmu Presiden, Keranamu Presiden. Presiden pada hari ini sudah tidak lagi mendengar suara akar umbi sebaliknya bertindak 'membabi buta' untuk menghukum sesiapa sahaja yang 'engkar' Perintah Presiden dan juga siapa sahaja yang cuba nak lawan Presiden.
Pilihan Raya Umum ke 12 telah dijadikan oleh akar umbi UMNO sebagai medan mereka menyampaikan suara mereka yang selama ini disekat oleh Penghulu Besar UMNO iaitu Presiden UMNO sendiri, kritikan-kritikan sebelum ini dianggap sebagai pembangkang, akhirnya akar umbi sendiri mengundi pembangkang. Penulis tetap berpegang teguh kepada prinsip "Membangkang, Mengkritik bukan bererti tidak menyokong tetapi bererti sayangkan Parti" "Kebenaran adalah tetap kebenaran kerana kita tidak akan dapat menyembunyikan kebenaran itu". Sebagaimana orang yang membuang najis di tengah jalan, sudah tentu ada orang yang tahu siapa yang membuang najis itu kerana jalan adalah kawasan terbuka'
Penulis berpendirian "Penghulu Besar UMNO' pada masa ini hendaklah disingkirkan segera bagi menyelamatkan maruah parti, kerelevenan parti. dan juga tiga tiang teras perjuang UMNO yang didokong oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebelum ini yang lebih suka mengisi poket akar umbi daripada mengisi poket diri sendiri seperti yang diamalkan Presiden UMNO yang ada pada hari ini.
Akhirkalam, Bersatulah ahli UMNO dan bersama-samalah kita menggugurkan kepimpinan'Penghulu Besar Abdullah" demi Agama, Bangsa, dan Negara.

No comments:
Post a Comment