Google
 

Friday, May 16, 2008

'Panic Button' Pertama Barisan Nasional berakhir dengan tiada yang lompat parti

'Panic Button' pertama yang ditekan oleh Barisan Nasional nampaknya berakhir dengan selamat tanpa apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi termasuklah acara 'lompat pagar' Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional kepada pagar Pakatan Rakyat. Namun bukanlah menjadi 'tiket' untuk kepimpinan Barisan Nasional untuk duduk diam dan mengatakan kedudukan ini selamat kerana September 2008 mungkin bakal sejarah baru akan dipahat di sejarah politik tanah air apabila seorang insan yang menggelarkan dirinya sebagai hero rakyat walaupun tidak diketahui sejauh mana benar gelaran itu akan ditabalkan menjadi Perdana Menteri Jalan Belakang pertama di dalam Sejarah. Sekaligus membentuk kerajaan tidak 'gentlement' kerajaan yang lemah, kerajaan yang boleh bertukar bila-bila masa tanpa pilihan raya umum seluruh negara.

'Panic Button' yang ditekan oleh Barisan Nasional baru-baru ini benar-benar mencemaskan ahli-ahli Barisan Nasional sehinggakan sudah ada yang sanggup membuat solat hajat setiap malam untuk memohon pemerintahan Barisan Nasional di Malaysia dikekalkan. Penulis juga mendapat maklumat bahawa ada sebahagian besar penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang bukan datang dari Parti Keadilan Rakyat tidak berapa senang dengan cubaan menang dengan strategi ini, ada di antara mereka 'mengunggut' untuk keluar parti sekiranya Pakatan Rakyat menang dengan cara ini.

Namun, 'Panic Button' ini adalah yang pertama bukan boleh dijadikan ukuran untuk menindakkan kata-kata Anwar Ibrahim atau Nuar Berehim ini kerana beliau sudah tentu mempunyai 'taktik licik' untuk menenggelamkan musuhnya sebagaimana beliau membenamkan Allahyarham Tun Ghafar Baba sewaktu beliau berada di dalam UMNO suatu ketika dulu jadi tak mustahil lah 'taktik licik' Anwar Ibrahim yang terkenal dengan kelicikkanya di dalam menipu rakyat akan mencapai kejayaan.

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menerajui Malaysia penulis ucapkan tahniah semoga anda terus kekal dengan kepimpinan itu, tetapi ingat sebarang apa yang terjadi sewaktu pemerintahan Pakatan Rakyat adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat dan rakyat yang memilih pakatan rakyat, sekiranya pada waktu itu bencana alam yang paling dasyat dalam sejarah Malaysia itu adalah pilihan rakyat, sekiranya berlaku perperangan yang mengorbankan nyawa orang-orang yang tak berdosa itu adalah pilihan rakyat kerana mereka mahukan an war.
Penulis sekadar memberi pandangan setakat yang termampun sesungguhnya penulis bukanlah 'tukang tilik' yang mampu melihat apa yang berlaku pada hari esok tetapi kata orang 'beringat sebelum kena' adalah penting kerana 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.

Akhir kalam, semoga anda semua mencapai kejayaan apa yang baik datang daripada Allah tuhan seru sekian alam dan bukanya daripada Anwar Ibrahim dan apa yang buruk datang daripada saya dan mungkin juga Anwar Ibrahim.

No comments: