Google
 

Thursday, May 1, 2008

Ku Li: Arahan Pak Lah Langgar Perlembagaan UMNO

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan arahan Presiden UMNO iaitu DS Abdullah Ahmad supaya Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) tidak dijalankan oleh semua Bahagian adalah bertentangan dengan Perlembagaan UMNO kerana ianya cuba menyekat kebebasan bersuara golongan akar umbi.

Katanya lagi, tindakan itu secara tidak langsung mengambarkan Presiden UMNO itu di dalam ketakutan untuk berhadapan dengan realiti politik pada hari ini di mana beliau semakin tidak mendapat sambutan dan sokongan di kalangan ahli UMNO.


“Kenapa hendak sekat ahli bersuara. AGM adalah dibenarkan oleh perlembagaan parti, kita patut biarkan ahli membuat pilihan mereka.
"Kalau kita melarang dan cuba menyekat ahli, bermakna tindakan itu melanggar perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan hari jadi isteri Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali, Rohaya Idrus di rumahnya di Taman Melawati, sekejap tadi.

Menurt Ku Li, sepatutnya Abdullah tidak menyekat ahli peringkat akar umbi menyuarakan pendapat dan pandangan mereka dan mereka sepatutnya diberikan kebebasan seluas-luasnya demi kebaikan parti.
Ditanya apakah larangan itu dipatuhi dan menyebabkan beberapa bahagian yang bercadang untuk mengadakan AGM akan akur dengan larangan itu, Ku Li menjelaskan mereka tidak perlu menghentikan cadangan mereka kerana tindakan itu tidak menyalahi perlembagaan parti.
Katanya apa yang perlu dipatuhi ialah peraturan yang ditetapkan oleh perlembagaan parti bukannya oleh mana-mana individu dalam parti termasuk presiden atau sesiapa.

“Di dalam perlembagana Umno jelas mengatakan, ahli boleh memanggil mesyuarat agung khas sekiranya ada keperluan mendesak dan boleh dibuat bila-bila masa sekiranya atas kehendak ahli,” katanya.
Abdullah semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuaat MT kelamrin meminta bahagian Umno agar tidak mengadakan mesyuarat agung khas sebaliknya menumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.
Sementara itu dalam hubungan itu menurut bekas Menteri Kewangan itu tindakan Abdullah itu akan menyebabkan akan banyak lagi ahli dan bahagian Umno marah kepadanya (Abdullah) dan kesal atas larangan itu.
“Tunggulah selepas ini tentu makin ramai ahli Umno yang akan marah dengan tindakannya itu,” kata Ku Li.

Nota:
Islam Tidak menggalakkan umatnya memutuskan Silaturrahim
Ibrahim Ali adalah Ahli Parlimen Bebas bukan Ahli Parlimen PAS

No comments: