Google
 

Thursday, May 1, 2008

UMNO Sekarang Umpama Mangga Buruk!

Penulis dapat merasakan tentu orang yang terbaca tajuk ini akan melabelkan penulis sebagai anti UMNO kerana lazimnya manusia ini menilai sesuatu dari sudut luaran dia tak menilai dari sudut dalaman bagi mereka kalau buah mangga yang kulit kuning keemasan tiada cacat cela maka tentunya isinya pun bagus, inilah mentaliti yang kita tidak boleh ubah, ingat belum tentu kulit yang elok isinya elok, kadang-kadang kulit di luar tu nampak sahaja elok tetapi sekiranya dikupas MasyaAllah tuhan seru sekalian alam saja yang tahu betapa busuk dan buruknya mangga itu.

Sebenarnya penulis bukanlah anti-UMNO tetapi penulis merasa bertanggungjawab untuk mendedahkan perkara ini demi menyelamatkan UMNO. Apa yang dimaksdukan dengan UMNO umpama Mangga Buruk di sini ialah UMNO sebenarnya boleh diperbaiki lagi dan diperbaharui sama seperti Mangga Buruk yang tak semua isinya buruk jadi sekiranya kita nak makan mangga itu kerana kalau nak dibuang membazir kita kena buanglah bahagian-bahagian yang buruk mangga itu. Apabila kita adaptasikan buah mangga buruk tadi dengan UMNO ialah konsepnya sama juga kita buang semua yang buruk barulah kekuatan UMNO dapat diperbaharui.

Kalau Mangga buruk kita menggunakan pisau untuk membuang bahagian-bahagian yang buruk, bagaimana pula dengan UMNO? Apakah Pula Peralatan yang diperlukan untuk membuang bahagian-bahagian yang buruk di dalam UMNO? Peralatan yang diperlukan untuk membuang bahagian-bahagian yang buruk di dalam UMNO ialah Perhimpunan Agung Umno. Bagaimana hendak menggunakan Perhimpunan Agung UMNO sebagai 'alat' untuk membuang yang buruk di dalam UMNO? Jawapanya mudah sekali buanglah mana-mana orang yang menjadi punca kepada berlakunya bahagian UMNO menjadi buruk. Apa lagi diperlukan untuk memperbetulkan keadaan? Jawatan Tertinggi di dalam UMNO hendaklah juga diganti kerana di jawatan tersebut ada 'ulat besar' yang menjadikan UMNO menjadi buruk. Penulis mencadangkan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah menggantikan jawatan tertinggi tersebut, ahli-ahli peringkat Marhaen UMNO patut memberi sokongan kepada beliau kerana beliau adalah orang yang paling layak dan merupakan pemimpin yang berstatus Negarawan di samping beliau adalah Legasi Tun Abdul Razak yang masih ada dan juga beliau tiada anak secara automatiknya beliau tiada menantu, beliau hanya mahu berkhidmat.

Percayalah ahli-ahli UMNO seluruh negara, sekiranya kita berjaya membuang yang buruk di dalam UMNO maka penulis yakin kita akan gagah kembali, samalah seperti kita membuang bahagian yang buruk di dalam sebiji mangga, kita akan dapat makan mangga itu akhirnya, marilah bersatu hati ahli-ahli UMNO seluruh negara untuk membuat satu gerakan supaya proses pembuangan yang buruk di dalam UMNO demi menyelamatkan warisan perjuangan nenek moyang kita yang berjuang menuntut kemerdekaan. Jangan lagi menjadi Pak Turut dan layu kerana wang ringgit yang ditawarkan untuk menyokong orang tertentu, jangan biarkan UMNO dikuburkan tanpa nisan demi Alif, Ba, Ta (Agama, Bangsa dan Tanah Air) marilah membuat sesuatu agar bendera UMNO terus berkibar megah di angkasa Malaysia.

No comments: