Google
 

Wednesday, October 5, 2011

Bajet Olok-Olok Pakatan Rakyat

Bajet Olok-Olok Pakatan Rakyat
Oleh: yieMEGA

LAGAKNYA macam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membetangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat. Beginilah kalau orang dah terlalu mengidam nak jadi Perdana Menteri apa sahaja dia sanggup buat walaupun perbuatan dia itu seolah-olah melambangkan beliau seorang yang berfikiran yang tidak waras apabila sanggup buat perbuatan sedemikian rupa.

Banyak juga bahan-bahan pemanis untuk rakyat yang dimuatkan dan dibentangkan oleh Anwar dalam pembentangan Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Anwar perlu ingat apabila banyak bahan pemanis digunakan ianya akan membahayakan kesihatan dan boleh mendatangkan penyakit seperti Diabetes Melitus. 

Begitu juga dengan pembentangan bajet yang dibuat bermodalkan air liur oleh Anwar, rakyat mesti ingat bahawa setiap yang manis itu mampu menjadi racun dan setiap yang pahit itu mampu menjadi ubat. Terlalu banyak janji-janji manis tidak ada gunanya sekiranya ia hanyalah sekadar belanjawan angan-angan mat jenin. 

Mungkin ini, salah satu lagi strategi Pakatan Rakyat untuk memancing undi di dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal mendatang. Mendengar janji-janji Anwar di dalam Bajet Alternatif tersebut mungkin ramai akan bertepuk tangan kerana terpengaruh dengan janji manisnya. 

Mengapa ianya perlu dibuat di saat di mana ada ura-ura mengatakan Pilihan Raya Umum Ke 13 semakin hampir sudah tentu ia ada kaitan dengan pilihan raya tersebut. Tambahan pula Anwar ada menyebut Pakatan Rakyat adalah kerajaan dalam penantian. Sebut kata dalam penantiani teringat pula kepada bait lagu yang berbunyi "Disana menanti, Di sini Menunggu". 

Ya lah dah kata Pakatan Rakyat Rakyat merupakan kerajaan dalam penantian, maknanya rakyat di sini menunggu saat itu sepertimana rakyat menunggu misi 16 september yang sampai sekarang tidak lagi berjaya misi 16 September, Entah sudah berapa kali 16 September telah berlalu tetapi misi itu masih tidak berjaya. 

Sama-samalah kita nantikan bilakah Kerajaan Dalam Penantian itu akan menjajah Malaysia. Dapatkah Penjajah Pakatan Rakyat menjajah Malaysia dan merampas Putrajaya jawapan itu kita hanya akan dapat ketahui di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

GTPMM Crew: Biarkan mat jenin terus berangan.....

Tuesday, October 4, 2011

PAS nak buat Hudud?

PAS nak buat Hudud?
Oleh: GTPMM Crew
PAS nak buat hudud? Menarik juga bunyinya apabila PAS walaupun sebelum ini PAS kelihatan seperti ingin menyembunyikan perjuangan mereka menegakkan hudud sebelum ini, nampaknya PAS bersuara lantang kembali dengan penuh berani mereka mahu menegakkan undang-undang hudud di Malaysia.

Sebelum ini mereka kelihatan mereka takut dengan DAP untuk menegaskan perjuangan mereka selama ini untuk mendirikan Negara Islam yang mempunyai undang-undang Hudud, hasilnya ia mendatangkan perang mulut antara PAS dengan DAP.

Selepas perang mulut antara DAP VS PAS semakin memuncak keluarlah kenyataan daripada pihak Pakatan Rakyat agar tidak memberi sebarang komen kepada media berkenaan isu Hudud tersebut selagi ianya tidak diputuskan oleh perbincangan bersama Pakatan Rakyat berhubung isu tersebut. Nampaknya kebebasan bersuara yang mereka laung-laungkan sebelum ini juga tiada di dalam Pakatan Rakyat. Ia juga menandakan demokrasi sudah mati di dalam Pakatan Rakyat.

Berbalik kita kepada isu PAS nak buat hudud, persoalanya di sini kenapa sebelum ini PAS kelihatan seperti menyepi di dalam usaha-usaha nak menegakkan undang-undang hudud tiba-tiba sahaja mereka melaung-laungkan mereka ingin melaksanakan hudud, adakah sebelum ini mereka takut akan DAP ataupun laungan itu hanyalah retorik semata-mata untuk mengabui mata-mata pengundi terutamanya kaum Melayu yang sebelum ini menyokong mereka sudah beralih arah dalam kebanyakkan pilihan raya kecil yang terdahulu.

Jika benar laungan mereka hanyalah retorik semata-mata, ini bermakna PAS sudah memperalatkan Islam untuk kepentingan atau kuasa politik. Golongan seperti inilah amat berbahaya kepada Islam kerana ianya akan boleh mengugat kesucian agama Islam. Jika tidak baguslah.

GTPMM Crew: Hudud itu bagus, apa yang tak bagusnya kalau ianya hanya keuntungan politik semata-mata.