Google
 
Showing posts with label pertubuhan pribumi perkasa. Show all posts
Showing posts with label pertubuhan pribumi perkasa. Show all posts

Monday, September 27, 2010

Perhimpunan Melayu PERKASA D'Pasir Mas








Perhimpunan Melayu PERKASA D'Pasir Mas
Oleh: GTPMM

PASIR MAS - 25 September 2010 berlansung satu perhimpuran yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa atau ringkasnya PERKASA. Perhimpunan ini boleh dikatakan berjaya kerana menjaya menggamit puluhan ribu orang untuk menghadiri perhimpunan ini. Turut memeriahkan perhimpunan ini apabila mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad bersama isteri turut hadir untuk bersama menjayakan program anjuran PERKASA biarpun beliau sendiri bukanlah ahli PERKASA.

Perhimpunan ini merupakan satu manifestasi sokongan rakyat terhadap PERKASA dan usaha-usaha yang dijalankan oleh NGO tersebut untuk memastikan kepentingan umat Melayu di Malaysia terbela.

Namun apa yang dikesalkan ialah perhimpunan itu telah diperlekehkan oleh beberapa portal berita berita internet yang pro kepada pembangkang. Kebanyakan daripada portal berita tersebut telah memberi maklumat yang salah berhubung bilangan kehadiran orang ramai ke perhimpunan yang penuh bermakna itu. Rata-rata portal berita internet pro pembangkang mengistiharkan bahawa hanya 5,000 orang yang hadir ke perhimpunan itu.

Perhimpunan yang diadakan di kawasan berhampiran Stesen KTM Pasir Mas itu turut dipersoalkan kenapa lokasi itu dipilih, dan ada juga yang melabel sebagai simbolik Mahathir dan Ibrahim Ali sedang menunggu keretapi untuk menamatkan karier politiknya.

Walaubagaimanapun apa yang kita perlu tahu sebenarnya 'simbolik' yang boleh kita lihat daripada lokasi penganjuran perhimpunan ialah, Keretapi Tanah Melayu merupakan satu-satunya yang tinggal untuk Melayu. Itulah yang menjadi simbolik sebenarnya bukan seperti mana laporan bias portal berita internet pro pembangkang.

Apabila mereka memperlekehkan Perhimpunan yang dianjurkan oleh PERKASA ini, makanya sudah tentu begitu takut dengan sokongan yang diberikan kepada PERKASA. Dengan memperlekehkan perhimpunan ini mungkin secara tidak langsung mereka akan dapat menganggu-gugat PERKASA.

Komen GTPMM: Pepatah Melayu sudah berkata "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" Fikir-fikirkanlah.

Monday, September 13, 2010

Apabila PERKASA diPERKASAmkan UMNO


Apabila PERKASA diPERKASAmkan UMNO
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini dilaporkan bahawa UMNO menerusi Setiausaha Agung UMNO membuat kenyataan bahawa UMNO menjauhkan diri dari PERKASA kerana ianya sebuah pertubuhan yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman. Ternyata dengan kenyataan itu UMNO yang kononya memperjuangkan hak-hak orang Melayu kini telah memperkasamkan sebuah pertubuhan yang juga merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Penulis tidak nampak sebab dan musabab mengapa perlu PERKASA dijauhi UMNO, adakah benar PERKASA sering mengeluarkan kenyataan yang ekstrem melibatkan isu-isu perkauman. Itu penulis kurang pasti, tapi apa yang pasti penulis mendengar PERKASA sebenarnya hanya ingin mempertahankan hak-hak yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi adakah kerana mempertahankan hak-hak orang Melayu yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan sudah dikira sebagai mengeluarkan kenyataan ekstrem.

Sedangkan kalau tak silap penulis, sudah banyak lagi pemimpin-pemimpin parti komponen di dalam BN sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang lebih ekstrem dari PERKASA tapi tidak pula dijauhi UMNO. Kenapa? Mengapa? Apa Sebabnya?

Penulis juga sependapat dengan pandangan Tun Dr. Mahathir yang menyatakan bahawa UMNO tidak mampu berbalah dengan PERKASA. kerana katanya kita tidak boleh tolak sebarang orang, kalau tolak 100-200 orang sahajapun kita mungkin kalah. Jadi usahlah berbalah dengan sesiapa.

Walaubagaimanapun penulis belum mendengar apa-apa komen yang dikeluarkan oleh Presiden dan juga Timbalan Presiden UMNO berkenaan isu PERKASA ini. Timbul kemusykillan di sini adakah Setiausaha Agung UMNO membuat kenyataan dengan membelakangi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Penulis menyeru agar Presiden dan Timbalan Presiden UMNO segera mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini kerana kita tidak mahu pergelutan UMNO-PERKASA berpanjangan kerana matlamat mereka adalah sama.
Enhanced by Zemanta