Google
 

Sunday, April 21, 2013

JOM TOLAK CALON PAS DUN KOTA PUTRA

JOM TOLAK CALON PAS DUN KOTA PUTRA
Oleh: yieMEGA

JOM tolak calon PAS untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera iaitu Adam Mohd Said atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Adam. Menurut maklumat sebelum ini Ustaz Adam merupakan penceramah di beberapa masjid sekitar DUN Kota Putra.

Difahamkan pengaruh beliau disebarkan melalui ceramah-ceramah yang disampaikan di masjid-masjid sekitar dun Kota Putra. Mungkin juga tujuan beliau menjadi penceramah di masjid-masjid sekitar dun Kota Putra adalah kerana bertujuan memastikan pengaruhnya begitu meluas demi mencapai cita-cita politik beliau bukanya menyampaikan dakwah sebagaimana yang didakwanya dalam kata lain beliau cuba mempergunakan masjid untuk mencapai cita-cita peribadi beliau dengan mengejar jawatan sebagai wakil rakyat. 

Beliau sanggup mengandaikan apa yang dikatakan kekayaan untuk akhirat demi untuk mendapatkan kekayaan dunia. Sanggup beliau berbuat demikian hanya kerana untuk mengejar gelaran yang berhormat, cuba bayangkan apabila beliau bergelar yang berhormat selepas ini susahlah ahli-ahli jemaah masjid di sekitar dun ini ingin menimba ilmu agama denganya kerana beliau akan sibuk dengan tugas-tugas duniawi seperti mengejar kedudukan dan pangkat. 

Masyarakat sekitar dun Kota Putra hendaklah memastikan bahawa orang yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik diri sendiri tidak mendapat tempat di kerusi dun Kota Putra ini, orang seperti ini tidak layak menjadi pemimpin, mahukah anda pemimpin yang hipokrit seperti ini?

Mahu kita tengok dun kita menjadi sepertimana ketika Ustaz Aziz menjadi wakil rakyat dahulu, kita tak mahu pemimpin yang seperti ini, kerana akhirnya ia akan menyusahkan kita. Mengapa perlu kita menyusahkan diri kita dengan mengundi ustaz Adam.

Tahukah anda yang kuasa akan mengubah sikap seseorang? Sekiranya Ustaz Adam dipilih menjadi wakil untuk dun Kota Putra sudah tentu pun akan berubah, fikir-fikirkanlah...pilihan di tangan anda.....UNDILAH PAS tapi PANGKAHLAH DACING.

GTPMM Crew: Jom Kita Tolak Calon PAS di DUN Kota Putra. Jangan biarkan igauan lama berulang....

Wednesday, October 5, 2011

Bajet Olok-Olok Pakatan Rakyat

Bajet Olok-Olok Pakatan Rakyat
Oleh: yieMEGA

LAGAKNYA macam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membetangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat. Beginilah kalau orang dah terlalu mengidam nak jadi Perdana Menteri apa sahaja dia sanggup buat walaupun perbuatan dia itu seolah-olah melambangkan beliau seorang yang berfikiran yang tidak waras apabila sanggup buat perbuatan sedemikian rupa.

Banyak juga bahan-bahan pemanis untuk rakyat yang dimuatkan dan dibentangkan oleh Anwar dalam pembentangan Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Anwar perlu ingat apabila banyak bahan pemanis digunakan ianya akan membahayakan kesihatan dan boleh mendatangkan penyakit seperti Diabetes Melitus. 

Begitu juga dengan pembentangan bajet yang dibuat bermodalkan air liur oleh Anwar, rakyat mesti ingat bahawa setiap yang manis itu mampu menjadi racun dan setiap yang pahit itu mampu menjadi ubat. Terlalu banyak janji-janji manis tidak ada gunanya sekiranya ia hanyalah sekadar belanjawan angan-angan mat jenin. 

Mungkin ini, salah satu lagi strategi Pakatan Rakyat untuk memancing undi di dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bakal mendatang. Mendengar janji-janji Anwar di dalam Bajet Alternatif tersebut mungkin ramai akan bertepuk tangan kerana terpengaruh dengan janji manisnya. 

Mengapa ianya perlu dibuat di saat di mana ada ura-ura mengatakan Pilihan Raya Umum Ke 13 semakin hampir sudah tentu ia ada kaitan dengan pilihan raya tersebut. Tambahan pula Anwar ada menyebut Pakatan Rakyat adalah kerajaan dalam penantian. Sebut kata dalam penantiani teringat pula kepada bait lagu yang berbunyi "Disana menanti, Di sini Menunggu". 

Ya lah dah kata Pakatan Rakyat Rakyat merupakan kerajaan dalam penantian, maknanya rakyat di sini menunggu saat itu sepertimana rakyat menunggu misi 16 september yang sampai sekarang tidak lagi berjaya misi 16 September, Entah sudah berapa kali 16 September telah berlalu tetapi misi itu masih tidak berjaya. 

Sama-samalah kita nantikan bilakah Kerajaan Dalam Penantian itu akan menjajah Malaysia. Dapatkah Penjajah Pakatan Rakyat menjajah Malaysia dan merampas Putrajaya jawapan itu kita hanya akan dapat ketahui di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

GTPMM Crew: Biarkan mat jenin terus berangan.....

Tuesday, October 4, 2011

PAS nak buat Hudud?

PAS nak buat Hudud?
Oleh: GTPMM Crew
PAS nak buat hudud? Menarik juga bunyinya apabila PAS walaupun sebelum ini PAS kelihatan seperti ingin menyembunyikan perjuangan mereka menegakkan hudud sebelum ini, nampaknya PAS bersuara lantang kembali dengan penuh berani mereka mahu menegakkan undang-undang hudud di Malaysia.

Sebelum ini mereka kelihatan mereka takut dengan DAP untuk menegaskan perjuangan mereka selama ini untuk mendirikan Negara Islam yang mempunyai undang-undang Hudud, hasilnya ia mendatangkan perang mulut antara PAS dengan DAP.

Selepas perang mulut antara DAP VS PAS semakin memuncak keluarlah kenyataan daripada pihak Pakatan Rakyat agar tidak memberi sebarang komen kepada media berkenaan isu Hudud tersebut selagi ianya tidak diputuskan oleh perbincangan bersama Pakatan Rakyat berhubung isu tersebut. Nampaknya kebebasan bersuara yang mereka laung-laungkan sebelum ini juga tiada di dalam Pakatan Rakyat. Ia juga menandakan demokrasi sudah mati di dalam Pakatan Rakyat.

Berbalik kita kepada isu PAS nak buat hudud, persoalanya di sini kenapa sebelum ini PAS kelihatan seperti menyepi di dalam usaha-usaha nak menegakkan undang-undang hudud tiba-tiba sahaja mereka melaung-laungkan mereka ingin melaksanakan hudud, adakah sebelum ini mereka takut akan DAP ataupun laungan itu hanyalah retorik semata-mata untuk mengabui mata-mata pengundi terutamanya kaum Melayu yang sebelum ini menyokong mereka sudah beralih arah dalam kebanyakkan pilihan raya kecil yang terdahulu.

Jika benar laungan mereka hanyalah retorik semata-mata, ini bermakna PAS sudah memperalatkan Islam untuk kepentingan atau kuasa politik. Golongan seperti inilah amat berbahaya kepada Islam kerana ianya akan boleh mengugat kesucian agama Islam. Jika tidak baguslah.

GTPMM Crew: Hudud itu bagus, apa yang tak bagusnya kalau ianya hanya keuntungan politik semata-mata.

Friday, September 2, 2011

BUBUR LAMBUK UNTUK UNDI...

BUBUR LAMBUK UNTUK UNDI...
Oleh: GTPMM Crew

BUBUR lambuk untuk undi mungkin itulah tajuk paling sesuai untuk artikel GTPMM pada kali ini. GTPMM baru sahaja membaca sebuah blog dan artikel blog itu bertajuk "Rasuah Bubur Lambuk" Ekoran daripada artikel yang dibaca oleh GTPMM tersebut menyebabkan GTPMM merasa terpanggil untuk mengulas mengenainya.

Nampaknya di sini, PAS sanggup menggunakan apa jua cara untuk mereka menang dalam pilihan raya. Mungkin bagi mereka apa yang penting adalah menang pilihan raya. Perjuangan mereka bukanlah berteraskan rakyat tetapi lebih kepada perjuangan untuk memuaskan hawa nafsu pilihan raya.

Tak sangka juga GTPMM bahawa mereka sanggup menyamakan maruah rakyat dengan semangkuk bubur lambuk yang mana kalau kita beli kat bazaar Ramadhan ianya berharga RM2. Sampai hati mereka buat rakyat begitu rupa.

Mungkin mereka ingat dengan bubur lambuk percuma itu mereka akan mudah untuk memujuk rakyat supaya mengundi mereka sebaik sahaja pilihan raya muncul tak berapa lama lagi. Dalam tak sedar mereka akan mengundangkan kemarahan rakyat.

Rakyat perlu faham dengan pemberian mereka ini agar mereka tidak terus diperbodohkan lagi sepertimana mereka telah memperbodohkan kita dahulu. Ingat peristiwa di Terengganu tidak kita lupa.

Bagi mereka yang tidak tahu apa peristiwa yang telah berlaku bolehlah menonton video di bawah ini:


GTPMM: Jangan biarkan diri kita terus diperbodohkan mereka.

Monday, March 7, 2011

Misi Anak-Anak Ahmad Berjaya


Misi Anak-Anak Ahmad Berjaya
Oleh: GTPMM Crew

PILIHAN RAYA KECIL Dun Kerdau dan Merlimau telah melabuhkan tirainya semalam. Di dalam PRK tersebut nampaknya ia terus memihak kepada Barisan Nasional apabila Barisan Nasional berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut.

GTPMM menyifatkan kejayaan Barisan Nasional mempertahankan kedua-dua kerusi DUN ini adalah sama dengan kejayaan misi anak-anak Ahmad, ini adalah kerana secara kebetulan kedua-dua calon BN untuk kedua-dua PRK ini adalah anak kepada Ahmad jadi itulah sebabnya penulis sifatkan kejayaan BN di dalam PRK kali ini adalah kejayaan misi anak-anak Ahmad.

Di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat 5,060 undi menewaskan calon PAS Hasanuddin Salim yang hanya memperolehi 2,336 undi ini menjadikan Syed Ibrahim menang dengan majoriti 2,724 undi.

Manakala di Merlimau, Calon BN Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizad Abdullah hanya mendapat 2,319 undi. Ini menjadikan Roslan Ahmad menang dengan majoriti 3,643 undi.

Ini bermakna kedua-dua kerusi tersebut masih menjadi milik BN dan tidak ada satu kerusi pun yang jatuh ke tangan PAS. Walaubagaimanapun BN tidak boleh merasa selesa dengan kemenangan ini kerana kemenangan di dalam PRK tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal mendatang.

GTPMM Crew: Prestasi BN di beberapa siri PRK sebelum ini amat membanggakan, Bagaimana pula dengan prestasi BN di dalam PRU13 yang bakal mendatang? sama-samalah kita nantikanya.

Monday, February 28, 2011

Pilihan Raya Umum Ke 13

BERCAKAP mengenai Pilihan Raya memang GTPMM crew percaya yang ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk berbicara mengenainya. Maklum sahajalah bercakap mengenai politik pasti ramai yang akan meminatinya.

Walaupun sampai sekarang kita masih belum mengetahui bilakah PRU 13 akan diadakan tetapi tiada salahnya kita membincangkan hal berkenaan dengan PRU13 sekarang.

Kebetulan pula kita masih berada di kehangatan dua Pilihan Raya Kecil iaitu PRK DUN KERDAU DAN DUN MERLIMAU. Jadi sesuai sangatlah kalau kita membincangkanya sekarang.

Apa pandangan atau ramalan pembaca sekalian berhubung keputusan PRU13 kelak adakah ia akan memihak kepada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Sila komen di ruangan komen.

Saturday, February 26, 2011

Peluang BN di Kerdau dan Merlimau

Peluang BN di Kerdau dan Merlimau
oleh:GTPMM CREW

SEPERTIMANA yang kita ketahui hari berlangsunglah penamaan calon untuk kedua-dua pilihan raya kecil iaitu Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau dan Merlimau.

Yang menjadi persoalan di sini adakah BN akan meneruskan kesinambungan kejayaanya di dalam beberapa siri PRK yang lalu atau sebaliknya.

Daripada apa yang GTPMM lihat PRK kali ini berkemungkinan besar PAS akan memberi cabaran yang lebih besar buat BN ini adalah berlandaskan penukaran strategi yang digunakan oleh PAS.

Dalam erti kata lain BN tidak boleh memandang enteng kemampuan PAS pada PRK kali ini, BN tidak boleh berada dalam keadaan selesa dan petugas-petugas BN perlu bekerja lebih keras lagi.

GTPMM Crew: petugas BN perlu bekerja dengan lebih keras lagi untuk PRK kali ini.