dipetik dari:
http://www.suaragenerasimuda.comSepertimana yang kita tahu, kenyataan Ketua
UMNO Bukit Bendera iaitu Datuk Ahmad Ismail yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan beliau difitnah sebagai
'Racist' oleh bangsa lain yang membawa kepada tindakan penggantungan beliau selama tiga tahun ialah merupakan satu kezaliman yang telah dibuat terhadap Ketua UMNO Bukit Bendera itu.
Para pembaca yang budiman, sekiranya anda semua masih ingat
'tiang-tiang perjuangan' asal
UMNO yang dikemukakan oleh YBM
Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Mesyuarat Agung Khas
UMNO Gua Musang beberapa bulan yang lalu. Terdapat tiga tiang perjuangan
UMNO apabila ia diringkaskan menjadi 'Alif, Ba, Ta'.
Tidak perlu penulis jelaskan mengenai Alif dan Ta kerana penulis telah jelaskan dalam beberapa artikel penulis sebelum ini, kali ini penulis lebih berminat untuk bercerita mengenai tiang perjuangan
UMNO yang dinamakan 'Ba' atau dengan lebih tepat lagi Bangsa Melayu.
Mempertahankan hak bangsa Melayu merupakan salah satu tujuan
UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 di Istana Johor. Sebagai salah sebuah parti yang mewakili suara-suara orang Melayu memang sepatutnya ia mempertahankan orang Melayu.
Namun, sepertimana kata Iklan sebuah akhbar di televisyen
"Zaman sudah berubah, dunia sudah maju" tiang BA yang menjadi salah satu tiang perjuangan
UMNO sudah patah. Ini berikutan dengan tindakan penggantungan Ketua
UMNO Bukit Bendera yang sememangnya bangsa Melayu selalu tiga tahun kerana pucuk pimpinan
UMNO ketika ini sudah menjadi
'boneka' bangsa lain.
Dengan tindakan itu, jelas sekali
UMNO tidak lagi mempertahankan nasib bangsa Melayu tetapi mengutamakan bangsa lain. Penulis berpendapat perkara ini terjadi kerana 'kelemahan pucuk pimpinan
UMNO' dan pada masa yang sama penulis merasakan bagi mengelakkan permasalahan ini menjadi semakin runcing. Penulis juga menggesa agar Pemilihan Agung
UMNO dipercepatkan.
KEGAGALAN MKT UMNO MEMBINCANGKAN KEMASUKKAN SEMULA TUN DR. MAHATHIRSepertimana yang kita maklum mantan Perdana Menteri yang juga mantan
Presiden UMNO telah menyatakan kesediaanya untuk bersama dengan
UMNO, namun perkara itu tidak dibincangkan oleh MKT
UMNO kerana sepertimana yang saya kata
UMNO sekarang lebih mementingkan bangsa lain.
Pernah anda ingat, bagaimana bekas Ketua Pemuda
PKR yang ingin menyertai semula
UMNO beberapa bulan yang lalu, kemasukkan beliau boleh diibaratkan umpama dihamparkan
'karpet merah' oleh Presiden AAB. Satu Mesyuarat MKT Khas diadakan untuk membincangkan kemasukkan beliau yang pernah bergelar '
Pengkhianat UMNO' tetapi apabila orang yang banyak jasanya kepada
UMNO mahu kembali kepangkuan
UMNO ia seolah-olah diberi layanan yang
'dingin' oleh Presiden AAB boleh dikatakan
'seperti Pak Lah melepaskan batuk ditangga sahaja'Orang yang pernah memaki hamun
UMNO diberi layanan seperti bidadari di syurga, tetapi orang yang pernah berjasa kepada
UMNO diberi layanan seperti 'pengemis jalanan', jelas sekali pada masa ini Presiden AAB lebih mementingkan kedudukan berbanding 'perjuangan'
UMNO.
Pemimpin seperti inilah perlu dibuang segera kerana ia bakal membuatkan
UMNO rebah di pintu neraka. Ahli-ahli
UMNO hendaklah membuat pertimbangan yang sewajarnya bagi menjamin
UMNO terus relevan. Beranilah Berubah (meminjam cogankata Datuk Mukhriz) dan Fikir-Fikirkanlah.