http://www.suaragenerasimuda.com
Petikan dari blog AM Ubaidah/Akramshah:
Petikan dari Blog Rokckybru's / Ahiruddin Atan {http://rockybru.blogspot.com/}Tun Dr M Akan Menyertai Semula UMNO Untuk Menyokong Usaha KuLi Merebut Jawatan Presiden UMNO
Ingin saya memberi pengesahan di sini bahawa khabar angin yang kini tersebar melalui sms yang Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai kembali UMNO tidak lama lagi untuk menyokong usaha KuLi merebut jawatan Presiden UMNO Disember ini adalah berita yang sahih.
Untuk memastikan kesahihan berita ini, silalah sujuk kepada dua orang bekas Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabaruddin Chik. Niat kembalinya semula Tun Dr M ke UMNO ikhlas, untuk menyelamatkan negara dari ancaman kelembapan berterusan kepimpinan Pak Lah.
Soalnya sekarang, adakah kepimpinanUMNO akan dengan ikhlas menerima kembalinya Tun Dr M? Atau adakah pelbagai halangan dan 'spin' baru yang akan menjelma? Walau dalam bulan Ramadhan Mubarak? Kita saksikanlah nanti...
Kemaskini 1...
Desas-desus menyatakan yang Tan Sri Muhyiddin Yassin terlibat dalam usaha mengembalikan Tun Dr M ke pangkuanUMNO . Sekiranya benar, sudah tentu ia akan memperkuatkan kedudukan TS Muhyiddin untuk merebut apa-apa jawatan sekalipun dalam pemilihanUMNO kelak.
Menarik juga maklum-balas sms yang menyatakan pertandingan PresidenUMNO pada Disember ini mungkin sekali antara KuLi dan Najib. Bicara kegentinganUMNO selesai PRK Permatang Pauh tempohari, disusuli tindakan kepimpinan Bahagian-BahagianUMNO Pulau Pinang mempertahankan kedudukan Dato' Ahmad Ismail dengan sinis membisik penolakan kepimpinan Pak Lah.
Persoalan kedua, mampukah 'hujan kain pelekat' yang pasti akan datang menyelamatkan Pak Lah sekarang?
Kemaskini 2...
Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim merebut kuasa menjelang 16 September adalah antara pemangkinkan usaha mengembalikan Tun Dr M keUMNO . Ternyata Tun Dr M lebih berupaya menangkis dakyah Anwar dari kepimpinan sekarang. Antara sorotan yang membimbangkan masyarakat Melayu, baikUMNO , PAS mahupun berkecuali adalah kemungkinan kerajaan Anwar bermajoriti bukan Melayu dan bukan Islam!{http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/09/tun-dr-m-akan-menyertai-semula-umno.html}
Dr M to return to Umno, Ku Li for President
It's confirmed, Dr Mahathir is backing Tengku Razaleigh Hamzah to become the next President ofUmno in December (read here). It is also true that Dr Mahathir will re-joinUmno for this purpose. The man credited for persuading the former PM to return to the party is Muhyiddin Yasin (read here).
On Saturday, Mukhriz confirmed that he will stand in the way of Khairy Jamaluddin's dream to be theUmno Youth chief (read here). Two enter the fray.
{http://rockybru.blogspot.com/2008/09/dr-m-to-return-to-umno-ku-li-for.html}
Nampaknya daripada perkembangan-perkembangan yang ditunjukkan oleh blog-blog sepertimana di atas memungkinkan mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden UMNO akan balik ke pangkuan UMNO untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Calon Presiden UMNO untuk menentang Rejim Abdullah Haji Ahmad pada Pemilihan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.
Pada pandangan penulis, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan nama Ku Li kini mempunyai peluang yang makin cerah untuk membuat perubahan di dalam pucuk pimpinan sebuah parti keramat bagi orang Melayu iaituUMNO .
Penulis sebelum ini pernah juga mencadangkan penyokong Ku Li dengan penyokong Ayahnda Tun Dr. Mahathir bergabung bagi merealisasikan impian untuk memberi kepimpinan baru menerajuiUMNO dan bukan lagi Abdullah Haji Ahmad.
Alhamdullilah akhirnya cadangan penulis menjadi kenyataan apabila perkara ini direalisasikan oleh kedua-kedua pemimpin yang sudah bergelar negarawan ini. Terima kasih dan tahniah juga penulis ucapkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin yang berjaya membuat penggabungan ini. Mungkin ahliUMNO tidak perlu fikir dua kali untuk melantik beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru.
'Banjir Kain Pelikat' Abdullah semakin menjadi-jadi, namun tidak mustahil satu masa nanti orang akan muak dan jelak dengan 'kain pelikat Abdullah', mungkin pada kali ini kain pelikat tidak akan dapat lagi menyelematkan Abdullah bahkan ia bakal menjadi 'pembunuh' Abdullah.
Penulis sememangnya ternantikan-nantikan apakah perubahan yang bakal dibuat oleh Tengku Razaleigh sekiranya beliau berjaya menaiki takhta PresidenUMNO . Penulis berharap Tengku Razaleigh tidak akan mensia-siakan 'kemenangan beliau'.
Izinkan penulis melabelkanTengku Razaleigh sebagai 'The New Era Leader From The Past' sesuai dengan statusnya sekarang yang sudah bergelar negarawan. Penulis juga amatlah berharap agar hasil gabungan dua kumpulan yang boleh dikatakan 'kumpulan gergasi' di dalam UMNO dapat menumbangkan kerajaan 'Pakatan Keluarga Abdullah' bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap terhadap UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya.
Pada pandangan penulis, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan nama Ku Li kini mempunyai peluang yang makin cerah untuk membuat perubahan di dalam pucuk pimpinan sebuah parti keramat bagi orang Melayu iaitu
Penulis sebelum ini pernah juga mencadangkan penyokong Ku Li dengan penyokong Ayahnda Tun Dr. Mahathir bergabung bagi merealisasikan impian untuk memberi kepimpinan baru menerajui
Alhamdullilah akhirnya cadangan penulis menjadi kenyataan apabila perkara ini direalisasikan oleh kedua-kedua pemimpin yang sudah bergelar negarawan ini. Terima kasih dan tahniah juga penulis ucapkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin yang berjaya membuat penggabungan ini. Mungkin ahli
'Banjir Kain Pelikat' Abdullah semakin menjadi-jadi, namun tidak mustahil satu masa nanti orang akan muak dan jelak dengan 'kain pelikat Abdullah', mungkin pada kali ini kain pelikat tidak akan dapat lagi menyelematkan Abdullah bahkan ia bakal menjadi 'pembunuh' Abdullah.
Penulis sememangnya ternantikan-nantikan apakah perubahan yang bakal dibuat oleh Tengku Razaleigh sekiranya beliau berjaya menaiki takhta Presiden
Izinkan penulis melabelkan
No comments:
Post a Comment