Google
 

Thursday, August 30, 2007

Raja Petra Penulis Upahan Pembangkang?

Raja Petra merupakan penulis blog Malaysia Today yang memaparkan isu-isu kontroversi yang hampir membuat beliau meringkuk dalam penjara. Raja Petra boleh dikatakan 'penjual ubat' yang mendapat upah daripada pihak pembangkang untuk mensensasikan isu-isu semasa memandangkan dia memang tidak ada kerja lain selain menulis. Ada juga sumber-sumber mengatakan Raja Petra ialah Paderi Melayu yang sering berulang-alik ke gereja tetapi kononya telah diislamkan dengan cara PAS walaupun sampai sekarang beliau masih berulang alik ke gereja.

Raja Petra begitu bangga dengan tulisanya yang kononya berkualiti walaupun ia hanyalah kenyataan syok sendiri. Setelah polis mengambil keterangan mengenai tulisan-tulisan beliau yang menjadi isu kontroversi, beliau dengan serta merta membuat kenyataan di sebuah TV internet yang propembangkang. Semasa ditemuramah memang hebat betul Raja Petra ni 'menjual ubat' ya lah itulah yang pembangkang tahu 'jual ubat' aja kalau disuruh jadi pemerintah Malaysia silap-silap negara ni dia jual.

PAS yang kononya memperjuangkan Islam menyokong bulat-bulat Raja Petra ini maklumlah Raja Petra ni kan suka kritik kerajaan dan mungkin juga PAS mengupah beliau untuk menulis walaupun kadang-kadang tulisan beliau ada yang menghina Islam. Benarkah Raja Petra adalah orang Islam. Kita tidak tahu sejauh mana kebenaranya tetapi ada sumber-sumber mengatakan yang Raja Petra ini adalah paderi kristian. Sila rujuk agenda daily untuk maklumat lanjut.

Wednesday, August 29, 2007

PAS Pejuang Kemerdekaan?

Pada jam 9.00 pagi tadi penulis pergi ke Bachok, Kelantan untuk bersiar-siar memandangkan penulis tiada kerja hari ini. Setibanya penulis di sana penulis mendapati ada satu kain rentang yang memaparkan "PAS Pejuang Kemerdekaan Sebenar" dan selepas penulis pulang ke Kota Bharu penulis mendapati satu lagi kain rentang yang berbunyi "Wacana Kemerdekaan, ulama pejuang kemerdekaan sebenar" ia adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengabui mata rakyat maklumlah pemimpin-pemimpin PAS ni suka 'jual ubat' kerana mereka memang tak ada kerja lain selain 'menjual ubat'.

Semasa penulis melihat kain rentang yang pertama, penulis berfikir sejenak dan cuba mengingati sejarah semula dan setelah beberapa lama berfikir akhirnya penulis mendapati bahawa PAS bukan pejuang kemerdekaan sebenar, memang sudah terbukti dalam buku sejarah Malaysia/Tanah Melayu/Malaya. United Malay National Organisations (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) adalah pejuang utama ke arah memerdekakan Malaysia. Sebaliknya PAS adalah serpihan daripada UMNO dan tidak keterlaluan jika saya katakan PAS ditubuhkan atas dasar kecewa bukan atas dasar untuk memperjuangkan Islam. Pihak pentadbiran British telah membenarkan PAS ditubuhkan pada masa itu mungkin juga kerana salah satu strategi British untuk memecah belahkan umat Melayu. Perlu ditegaskan disini bahawa melayu mengikut perlembagaan Malaysia ialaha "mereka yang beragama ISLAM, mengamalkan sifat dan cara hidup Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu". Ini bermakna British membenarkan PAS ditubuhkan bagi melihat umat Islam berpecah belah dan tidak keterlaluan jika saya katakan PAS adalah tali barut penjajah.

Satu lagi kekeliruaan timbul PAS yang kononya memperjuangkan Islam tetapi singkatanya tidak melambangkan Islam. Bagi memudahkan pembaca memahaminya seperti Parti Islam SeMalaysia sepatutnya disingkatkan menjadi PIS tetapi sebaliknya disingkatkan menjadi PAS kalau macam tu dah tak jadi Parti Islam SeMalaysia sebaliknya jadi Parti Agama SeMalaysia. Agama kan ada banyak, tetapi kadang ada juga orang melabelkanya Parti Ajaran Syaitan mungkin juga peragai ahli-ahlinya macam syaitan kot menghasut rakyat membenci orang BN amnya dan UMNO khasnya.

Mengenai sepanduk yang kedua yang mengatakan bahawa "Ulamak pejuang kemerdekaan sebenar" ya memang penulis tidak nafikan yang ulamak antara pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita, tetapi jika yang dimaksudkan ulama' itu ialah ulama' PAS penulis ingin membantah kerana ulama' yang memperjuangkan kemerdekaan Malaysia pada masa itu adalah ahli-ahli UMNO bukan Ulama' cap ayam PAS.

Kalau kita tengok hari ini PAS lebih banyak menyerang UMNO berbanding parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain. Ternyata PAS memang nak buat orang Melayu berpecah belah, tetapi apabila DAP bersuara untuk memberhentikan Azan Subuh kerana mengangu orang nak tidur tetapi PAS berdiam diri sebaliknya UMNO juga yang terpaksa mempertahankanya. PAS yang sibuk dengan ceramah yang mengatakan Melayu ramai murtad berdiam diri apabila DAP mengeluarkan kenyataan yang menghina ISLAM. Sudah terang lagi bersuluh yang PAS sebenarnya hanya kedudukan dan pangkat dan bukan ingin memperjuangkan Islam.


MPKB-BRI Menaikkan Kadar Bayaran Parking Secara Senyap

Pagi tadi penulis singgah di kedai surat khabar dan tertarik dengan isu yang didedahkan oleh Sinar Harian Edisi Kelantan berhubung tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta secara senyap-senyap dan tidak diketahui sekiranya kita tidak menyelidiknya.

Dalam akhbar tersebut juga memaparkan gambar notis kadar bayaran tempat letak kereta yang menyatakan bahawa 10 sen untuk 7.5 minit. Bagi pengguna yang tidak menyelidiki mungkin tidak sedar dengan kenaikan ini, penulis cuba juga pergi mencuba dengan memasukkan duit 10 sen ke dalam meter parking di Jalan Kebun Sultan, alangkah terkejutnya penulis apabila mendapati bahawa kadar bayaran sebenar ialah 10 sen untuk 6 minit sahaja, Ini bermakna ada berlaku kenaikan senyap dan rakyat tertipu denganya.

Mungkin kalau dulu masa Kerajaan Persekutuan menaikkan harga minyak, tentera-tentera mereka mencanangkan hampir ke seluruh pelusuk kampung. Perlu diingatkan di sini bahawa Kerajaan persekutuan tidak menaikkan harga minyak secara senyap sebaliknya membuat pengumuman khas mengenai sebaliknya Kerajaan Negeri Kelantan melalui MPKB-BRI menaikan kadar bayaran parking secara senyap mungkin juga pihak kerajaan negeri tidak mahu menghebohkan perkara ini kerana bimbang ia jadi isu politik. Betulah apa kata orang yang kalau satu menunjuk ke arah orang lain, sembilan jari akan menunjuk kepada kita. Maksudnya orang yang suka mencari kesalahan orang lain, Allah s.w.t akan mendedahkan kesalahan yang lebih besar orang yang dimaksudkan tersebut.

Penulis merasa sungguh kecewa dengan Kerajaan Kelantan yang kononya Islamik memperdaya rakyat kelantan sebegitu rupa, Islam melarang umatnya menipu umatnya sendiri tetapi ia dibuat oleh kerajaan yang diterajui oleh parti yang kononya memperjuangkan Islam. Berapa lama lagi PAS nak menipu rakyat Kelantan? Kalau perkara ini berterusan penulis menasihatkan rakyat Kelantan menukar kerajaan pada Pilihanraya umum yang akan datang.

Padah Apabila Meludah ke Langit

Meludah ke langit akhirnya air liur ludahan itu terpercik ke muka sendiri. Itulah yang boleh digambarkan dengan Kerajaan PAS kelantan sekarang. Beberapa hari yang lalu Badan Pencegah Rasuah (BPR) dilaporkan menyiasat Air Kelantan Sdn. bhd. (AKSB) kerana berkemungkinan ada penyelewengan yang berlaku dalam beberapa projek-projek AKSB. Kalau ini berlaku kepada Barisan Nasional mahupun UMNO habis seluruh negara dia canangkan di pentas-pentas ragut duit rakyat dengan hanya mendengar ceramah-ceramah daripada Penceramah-Penceramah tersohor PAS. Pada ceramah itu mereka canangkan bermacam-macam tuduhan liar dan tidak berasas salah satunya ialah mengatakan pemimpin-pemimpin UMNO mengamalkan rasuah, kini apa yang mereka ludah ke langit telah kembali ke muka mereka apabila BPR menyiasat mereka. Memang betul baru siasat tetapi kata orang "kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang".

Sudah tentu pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sudah mulai resah gelisah terutamanya PAS kelantan. Beberapa ceramah-ceramah politik yang dianjurkan semakin merosot bilangan pengunjungnya berbanding beberapa tahun yang lalu. Mungkin juga rakyat kelantan sudah mulai bosan dan jijik dengan PAS. Dalam masa yang sama PAS memasang strategi dengan membuat isu pengundi hantu dan menggunakan akhbar-akhbar yang pro kepadanya untuk menyebarkan dakyah-dakyah parti itu sepertimana yang disiarkan dalam akhbar Siasah yang memaparkan gambar pendatang burma di Jabatan Pendaftaran Negara dan akhbar tersebut juga menggunakan tajuk Apa Warga Burma buat di JPN seolah-olah mengambarkan Warga Burma itu akan menjadi pengundi hantu pada pilihanraya umum akan datang. Pada pandangan penulis mereka datang urusan lain ataupun dibawa oleh PAS sendiri untuk bergambar dan membuat isu pengundi hantu, bagi penulis tidak mustahil itu berlaku kerana politik ni banyak taktik rakyat yang mudah terpedaya dengan dakyah PAS akan terima bulat-bulat tanpa berfikir panjang dan terus menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO. Inilah yang dikatakan 'tak tahu menari disalahkan tanah tu tinggi dan rendah'.

Penulis masih ingat semasa penulis ingin mengadakan program bersama anak yatim, penulis melalui sahabat penulis yang juga ahli jawatankuasa program ini telah memohon derma daripada salah sebuah agensi Kerajaan negeri Kelantan, pada mulanya permohonan kami ditolak. Hasil perbincangan dengan pegawai agensi tersebut, pegawai tersebut meminta kami belanja makan dan memberi sedikit wang saguhati kepadanya. Pada mulanya kami menolak kerana penulis tidak mahu unsur-unsur rasuah dalam program seperti ini tetapi apabila dimaklumkan yang duit untuk menganjurkan program itu masih banyak yang tidak cukup tetapi program itu akan berjalankan 2 hari lagi maka nak tak nak terpaksalah kami menerima tawaran tersebut. Begitulah kisah nak dapat derma untuk anak yatim kena rasuah Islam apa ni? Sah ini bukan Islam ini Is selam.

Ok berjumpa lagi dalam episod akan datang.

Tuesday, August 28, 2007

Sebuah Kelahiran

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada yang bukan Islam,

Alhamdullilah setelah sekian lama laman blog Gerbang Tempur Politik Maya Malaysia. Idea untuk membuat blog ini terhasil apabila blog Agenda Daily,Malaysian Today, dan Cuit Sikit bertelingkah selain untuk menyampaikan suara perjuangan melayu.

Kami akan mengupas isu-isu semasa yang ditimbulkan dan akan dibincangkan di blog ini. Kepada semua yang melayari blog ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberi sokongan kepada blog ini.

Di kesempatan ini saya selaku pengendali blog ini mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Malaysiaku gemilang. Saya juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis jemputan blog Gerbang Tempur Politik Malaysia dengan menghantar email kepada yiemega@gmail.com .

Saya akan berusaha untuk mengetengahkan dan mengulas isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia untuk tatapan semua pengunjung blog ini.