Google
 

Wednesday, August 29, 2007

PAS Pejuang Kemerdekaan?

Pada jam 9.00 pagi tadi penulis pergi ke Bachok, Kelantan untuk bersiar-siar memandangkan penulis tiada kerja hari ini. Setibanya penulis di sana penulis mendapati ada satu kain rentang yang memaparkan "PAS Pejuang Kemerdekaan Sebenar" dan selepas penulis pulang ke Kota Bharu penulis mendapati satu lagi kain rentang yang berbunyi "Wacana Kemerdekaan, ulama pejuang kemerdekaan sebenar" ia adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengabui mata rakyat maklumlah pemimpin-pemimpin PAS ni suka 'jual ubat' kerana mereka memang tak ada kerja lain selain 'menjual ubat'.

Semasa penulis melihat kain rentang yang pertama, penulis berfikir sejenak dan cuba mengingati sejarah semula dan setelah beberapa lama berfikir akhirnya penulis mendapati bahawa PAS bukan pejuang kemerdekaan sebenar, memang sudah terbukti dalam buku sejarah Malaysia/Tanah Melayu/Malaya. United Malay National Organisations (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) adalah pejuang utama ke arah memerdekakan Malaysia. Sebaliknya PAS adalah serpihan daripada UMNO dan tidak keterlaluan jika saya katakan PAS ditubuhkan atas dasar kecewa bukan atas dasar untuk memperjuangkan Islam. Pihak pentadbiran British telah membenarkan PAS ditubuhkan pada masa itu mungkin juga kerana salah satu strategi British untuk memecah belahkan umat Melayu. Perlu ditegaskan disini bahawa melayu mengikut perlembagaan Malaysia ialaha "mereka yang beragama ISLAM, mengamalkan sifat dan cara hidup Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu". Ini bermakna British membenarkan PAS ditubuhkan bagi melihat umat Islam berpecah belah dan tidak keterlaluan jika saya katakan PAS adalah tali barut penjajah.

Satu lagi kekeliruaan timbul PAS yang kononya memperjuangkan Islam tetapi singkatanya tidak melambangkan Islam. Bagi memudahkan pembaca memahaminya seperti Parti Islam SeMalaysia sepatutnya disingkatkan menjadi PIS tetapi sebaliknya disingkatkan menjadi PAS kalau macam tu dah tak jadi Parti Islam SeMalaysia sebaliknya jadi Parti Agama SeMalaysia. Agama kan ada banyak, tetapi kadang ada juga orang melabelkanya Parti Ajaran Syaitan mungkin juga peragai ahli-ahlinya macam syaitan kot menghasut rakyat membenci orang BN amnya dan UMNO khasnya.

Mengenai sepanduk yang kedua yang mengatakan bahawa "Ulamak pejuang kemerdekaan sebenar" ya memang penulis tidak nafikan yang ulamak antara pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita, tetapi jika yang dimaksudkan ulama' itu ialah ulama' PAS penulis ingin membantah kerana ulama' yang memperjuangkan kemerdekaan Malaysia pada masa itu adalah ahli-ahli UMNO bukan Ulama' cap ayam PAS.

Kalau kita tengok hari ini PAS lebih banyak menyerang UMNO berbanding parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain. Ternyata PAS memang nak buat orang Melayu berpecah belah, tetapi apabila DAP bersuara untuk memberhentikan Azan Subuh kerana mengangu orang nak tidur tetapi PAS berdiam diri sebaliknya UMNO juga yang terpaksa mempertahankanya. PAS yang sibuk dengan ceramah yang mengatakan Melayu ramai murtad berdiam diri apabila DAP mengeluarkan kenyataan yang menghina ISLAM. Sudah terang lagi bersuluh yang PAS sebenarnya hanya kedudukan dan pangkat dan bukan ingin memperjuangkan Islam.


2 comments:

taipingmali said...

Zaman Tunku ABD Rahman PAS begitu marah dgn Tunku kerna berkerja sama dgn MIC dan NCA. Tunku dilabel sebagai KAFIR. Kafir mengkafir berterusan sehingga ke zaman Tun Dr Mahathir. Zaman Pak Lah pun sama. PAS berkempen " Orang melayu Islam tidak boleh mengundi calon Bukan Islam. Hukumnya haram dan berdosa" Ini terbukti dalam pilihan raya 2004 dan 2008 di mana wujudknya calon BN bukan Melayu di kerusi Parlimen dan DUN. Isu ini lah yg dimainkan sehingga oleh Menteri Besar Perak yang menang di kawasan nya. Dikawasan lain yg kubu kuat BN dan tiada calon PAS .Pas menghalalkan pula hukum ini dan dan menyokong calon calon bukan Islam dari PKR dan DAP.

Sekarang jelas terbukti PAS bekerja sama dengan DAP yang majoritinya dari kaum Cina dan PKR yang terdiri dari pelbagai kaum. tak kira mereka Islam atau tidak asalkan dapat menumbang kerajaan BN yang jelas merupakan kkerajaan yang membangunkan syiar Islam di bumi ini.

Berbalik pula kisah silam di Zaman Tunku, di mana Tunku dihukum kafir oleh PAS ketika itu. Hari ini mereka sendiri yang melakukannya, Oleh itu tak salah jika kita mengkafirkan PAS sebagaimana mereka melakukan nya pada zaman Tunku dahulu.

Ingatlah pengundimuda sekalian. Jangan ulangi kesilapan 2008 lagi

taipingmali said...

Johor bakal jadi muzium UMNO - Azizan
IPOH 15 April - Pakatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat menguasai beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang dan meninggalkan Johor kepada UMNO sebagai 'muzium'.
Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, matlamat berkenaan boleh dicapai selepas pakatan pembangkang itu berjaya menawan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, antara negeri yang akan mereka rampas daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO selepas ini ialah Perlis, Terengganu dan Pahang.
''Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium.
''Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,'' katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang di sini malam tadi.
Azizan mendakwa, kejayaan Pas, DAP dan PKR mengambil alih kerajaan negeri di Kedah membolehkan rakyatnya bebas daripada pemerintahan UMNO dan membolehkan mereka hidup di bawah kerajaan baru yang lebih mesra rakyat.
Menurutnya, ia jelas terbukti apabila kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR negeri Kedah tetap mempertahankan industri padi di negeri itu kerana ia membekalkan 53 peratus beras negara.
''Sebab itu kita buat keputusan agar projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) tidak akan dibuat di kawasan sawah padi kerana kerajaan bimbang ia akan menjejaskan bekalan beras.
''Ini membuktikan kerajaan terdahulu membawa industri itu tanpa menghiraukan kesengsaraan rakyat kerana mengambil tanah sawah yang subur seluas 1,200 hektar untuk memajukan projek itu,'' katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri percaya dapat menarik pelaburan berjumlah hampir RM16 bilion apabila pelabur asing yakin dengan kestabilan politik di negeri ini.
Katanya, pelabur asing juga didapati tidak menghadapi masalah untuk melabur di negeri ini selepas pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri ini.
''Selepas dua minggu dilantik sebagai Menteri Besar, saya telah menerima kunjungan pelabur dari Asia Barat, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat untuk melabur di sini.
''Kita juga menerima lawatan rombongan 20 ahli perdagangan antarabangsa iaitu dari Eropah, Jerman, Perancis dan beberapa negara lain yang berminat untuk melabur di negeri ini,'' katanya.

INIKAH UCAPAN SEORANG PEMIMPIN ISLAM.....BONGKAK DAN RIAK