Google
 
Showing posts with label Religion and Spirituality. Show all posts
Showing posts with label Religion and Spirituality. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Dua Hari Di Bulan Ramadhan


Dua Hari Di Bulan Ramadhan
Oleh: yieMEGA

ALHAMDULILLAH hari ini sudah masuk hari kedua kita umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Penulis ingin mengangkat rasa syukur ke hadrat Ilahi tuhan seru sekian alam kerana memberikan penulis kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna.

Penulis terus berdoa agar terus diberi kekuatan untuk melalui Ramadhan kali ini, marilah bersama-sama kita berusaha agar di bulan yang penuh keberkatan ini kita dapat memperbanyakkan ibadat kepada Allah tuhan seru sekian alam. Kita patut bersyukur dek kerana kekuasaaNya kita dapat menempuhi 'hiruk-pikuk' Ramadhan kali ini dengan penuh tabah dan kesabaran yang tinggi.

Penulis berazam agar Ramadhan kali ini mampu penulis habiskan dengan dipenuhi dengan ibadah-ibadah yang amat bermakna, lagipun bulan ini adalah lebih baik daripada seribu bulan. Marilah bersama-sama kita memperhebatkan lagi amal ibadat di bulan yang penuh keberkatan ini.

Penulis bukan sekadar berpesan kepada pembaca, tetapi juga pada diri penulis. Penulis bukanlah insan yang sempurna, jadi bersama-samalah kita berjuang di bulan yang penuh keberkatan ini, agar perjuangan kita diberkati oleh Allah tuhan seru sekian alam.

Komen GTPMM: GTPMM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak gandakan pahala kurangkan dosa, dariNya kita datang dan kepadaNya kita pergi.
Enhanced by Zemanta

Sunday, June 7, 2009

Tenggelamnya Bahtera Endorgan di dalam PAS..

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Artikel penulis pada kali ini bertajuk "Tenggelamnya Bahtera Endorgan di dalam PAS". PAS atau nama penuhnya Parti Islam SeMalaysia telah mengadakan Muktamar Agung bagi memilih pucuk pimpinan bagi memacu dan memperkasakan perjuangan PAS sebuah parti yang perjuanganya berlandaskan Islam itu.

Paling menarik untuk jawatan Timbalan Presiden berlaku pertandingan tiga penjuru, namun hanya dua calon yang popular dan menyerlah semasa mereka berkempen untuk jawatan kedua tertinggi di dalam PAS itu. Hussam Musa yang dikatakan mengepalai 'puak Endorgan' di dalam PAS dan Nasharuddin Mat Isa yang dikatakan mewakili "kepimpinan Ulama".

Keputusan Muktamar sudah diketahui, ternyata puak Endorgan tidak diterima untuk menjadi peneraju dan kepimpinan tertinggi PAS apabila Hussam Musa gagal menewaskan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang berjaya mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua berturut-turut.

Sejak akhir-akhir ini 'puak Endorgan' di dalam PAS mengandakan kempenya bagi memastikan Endorgan dapat menguasai PAS dan mengubah perjuangan asal PAS kepada PAS yang lebih liberal. Nakhoda 'puak Endorgan" dalam PAS ini ialah Hussam Musa, namun mungkin juga kerana kepakaran mengemudi akhirnya "Bahtera Endorgan" tenggelam bersama dengan nakhodanya sekali ekoran kekalahan Hussam Musa yang kini hanya memegang jawatan Ketua PAS Kawasan Kubang Kerian dan tidak lagi Naib Presiden PAS.

Puak Endorgan di dalam PAS juga turut dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat di dalam membawa misi 'New World Order'. Mungkin ini juga salah satu sebab kenapa Bahtera Endorgan tenggelam jua akhirnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Friday, June 5, 2009

Ching Peng Bukan Pejuang Kemerdekaan....

Dewasa ini semakin ramai pihak-pihak yang mendewa-dewakan Ching Peng (bekas Pemimpin Parti Komunis Malaya) yang kononya mengatakan bahawa Chin Peng Adalah pejuang kemerdekaan walhal mereka lupa bahawa Ching Peng sebenarnya Pengkhianat Negara.

Perjuangan PKM yang bermazhabkan Komunis tersebut tidak boleh dikira sebagai Perjuangan Menuntut Kemerdekaan kerana mereka ada visi dan misi mereka sendiri dan bukanya untuk menuntut kemerdekaan untuk Tanah Melayu (Malaya) pada ketika itu tetapi lebih untuk menjadi pemerintah dengan berpaksikan komunis yang lebih kepada pemerintahan bercorak diktator.

PKM mempunyai cita-cita mereka sendiri, jika kita renung kembali ramai yang menganggotai Parti Komunis Malaya ialah mereka yang berbangsa Cina dan kaum-kaum lain hanyalah minoriti di dalam Parti yang berhaluan kiri itu. Jika mereka berjaya memerintah kaum-kaum Melayu di Malaysia akan senasib dengan bangsa serumpun dengan kita di Singapura.

Mereka-mereka yang suka mendewa-dewakan Chin Peng adalah mereka yang fahamanya sealiran dengan komunis, dan tuntutan untuk membawa pulang Chin Peng adalah satu tuntutan yang melampau dan kita boleh 'mengelarkan' orang yang cuba membawa Chin Peng balik ke Malaysia adalah "Tali Barut Komunis".

HENTIKAN USAHA MEMBAWA BALIK CHIN PENG

Penulis mendesak mana-mana pihak yang cuba untuk membawa balik Chin Peng ke tanah air bertuah bernama Malaysia ini hendaklah menghentikan niat dan tujuan mereka kerana tindakan mereka adalah satu penghinaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan juga pejuang-pejuang yang terkorban berperang dengan Komunis satu masa dulu.
Reblog this post [with Zemanta]