Google
 

Thursday, June 25, 2009

Kenapa Kerajaan PAS Kelantan Tuntut Royalti???

{http://www.suaragenerasimuda.com}

Artikel penulis kali ini ingin mengupas mengapa Kerajaan PAS Kelantan beriya-iya sangat menuntut royalti petroleum daripada Kerajaan Persekutuan. Ya memang tidak dinafikan bahawa Kerajaan Kelantan berhak menuntut royalti petroleum itu penulis tak bantah jadi penulis dengan tegasnya menuntut Kerajaan Persekutuan memberikan royalti itu kepada Kerajaan PAS Kelantan kerana pemimpin-pemimpin PAS sekarang ini tengah kelaparan wang ringgit.


Penulis ingin mendedahkan maklumat yang penulis terima daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengenai sebab musabab Kerajaan PAS Kelantan menuntut royalti. Sebab dan musabab itu penulis senaraikan di bawah:

  1. Kantung kewangan kerajaan negeri ini kian menipis ekoran beberapa pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam Kerajaan Kelantan telah menghabiskanya untuk kepentingan diri sendiri dan mengkayakan kroni-kroni mereka. (Sumber Dari Ahli PAS)
  2. Mengurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada Kayu Balak yang sering menjadi isuPenyelewengan yang bukan berkaitan dengan pemimpin PAS di dalam Kerajaan Negeri yang yang namanya tidak boleh disebutkan memandangkan beliau orang paling berkuasa di negeri Kelantan dan tiada siapa yang boleh mengengkari arahanya(Sila Rujuk BLOG INI).
  3. Berkemungkinan untuk menambahkan peruntukkan Jawatankuasa Pilihan Raya negeri untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. (Sila Rujuk ARTIKEL INI). Penyelewengan Balak yang berleluasa dan mengkayakan kroni pemimpin PAS tertentu. (Sumber Dari Pengusaha Balak)
  4. Perbelanjaan yang tidak berhemah menyebabkan berlakunya Perbelanjaan melebihi pendapatan oleh beberapa pemimpin Kerajaan Negeri.
  5. Pengambilan pekerja untuk Kerajaan Negeri yang melampaui keperluan atas dasar 'kabel politik' juga menyebabkan kantung kewangan kerajaan negeri semakin menipis.
  6. Pendapatan daripada saman PBT di bawah Kerajaan Negeri tidak mencukupi untuk menampung keperluan kerajaan negeri walaupun kebanyakkan PBT terutamanya MPKB-BRI begitu aktif 'merampas' motosikal rakyat atas alasan parking di tempat yang tidak sepatutnya walhal di sebaliknya parking motor di tempat itu memang tidak mencukupi.
  7. Caj yang dikenakan oleh PBT seperti caj sampah sepertimana di dalam Lesen Perniagaan masih tidak mencukupi untuk menampung kebocoran 'kantung kewangan' Kerajaan Negeri. Untuk Rekod Caj Sampah lazimnya RM500 untuk satu lesen perniagaan.
  8. Menggunakan isu ini untuk Pilihan Raya Kecil Manek Urai bagi menarik simpati rakyat agar mengundi PAS. Itulah antara sebab-musabab mengapa Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan tuntutan royalti Petroleum jadi jika mereka dapat royalti lagi lah sedap mereka berjoli, dapat royalti tengok rakyat dia buat tak reti.

Akhir Kalam seperti biasa penulis akhiri dengan kata-kata mutiara. Kata-kata mutiara kali ini ialah"Seorang orang Sesat boleh menyesatkan Seribu Orang Alim" Jadi fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, June 7, 2009

Tenggelamnya Bahtera Endorgan di dalam PAS..

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Artikel penulis pada kali ini bertajuk "Tenggelamnya Bahtera Endorgan di dalam PAS". PAS atau nama penuhnya Parti Islam SeMalaysia telah mengadakan Muktamar Agung bagi memilih pucuk pimpinan bagi memacu dan memperkasakan perjuangan PAS sebuah parti yang perjuanganya berlandaskan Islam itu.

Paling menarik untuk jawatan Timbalan Presiden berlaku pertandingan tiga penjuru, namun hanya dua calon yang popular dan menyerlah semasa mereka berkempen untuk jawatan kedua tertinggi di dalam PAS itu. Hussam Musa yang dikatakan mengepalai 'puak Endorgan' di dalam PAS dan Nasharuddin Mat Isa yang dikatakan mewakili "kepimpinan Ulama".

Keputusan Muktamar sudah diketahui, ternyata puak Endorgan tidak diterima untuk menjadi peneraju dan kepimpinan tertinggi PAS apabila Hussam Musa gagal menewaskan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang berjaya mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua berturut-turut.

Sejak akhir-akhir ini 'puak Endorgan' di dalam PAS mengandakan kempenya bagi memastikan Endorgan dapat menguasai PAS dan mengubah perjuangan asal PAS kepada PAS yang lebih liberal. Nakhoda 'puak Endorgan" dalam PAS ini ialah Hussam Musa, namun mungkin juga kerana kepakaran mengemudi akhirnya "Bahtera Endorgan" tenggelam bersama dengan nakhodanya sekali ekoran kekalahan Hussam Musa yang kini hanya memegang jawatan Ketua PAS Kawasan Kubang Kerian dan tidak lagi Naib Presiden PAS.

Puak Endorgan di dalam PAS juga turut dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat di dalam membawa misi 'New World Order'. Mungkin ini juga salah satu sebab kenapa Bahtera Endorgan tenggelam jua akhirnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Friday, June 5, 2009

Ching Peng Bukan Pejuang Kemerdekaan....

Dewasa ini semakin ramai pihak-pihak yang mendewa-dewakan Ching Peng (bekas Pemimpin Parti Komunis Malaya) yang kononya mengatakan bahawa Chin Peng Adalah pejuang kemerdekaan walhal mereka lupa bahawa Ching Peng sebenarnya Pengkhianat Negara.

Perjuangan PKM yang bermazhabkan Komunis tersebut tidak boleh dikira sebagai Perjuangan Menuntut Kemerdekaan kerana mereka ada visi dan misi mereka sendiri dan bukanya untuk menuntut kemerdekaan untuk Tanah Melayu (Malaya) pada ketika itu tetapi lebih untuk menjadi pemerintah dengan berpaksikan komunis yang lebih kepada pemerintahan bercorak diktator.

PKM mempunyai cita-cita mereka sendiri, jika kita renung kembali ramai yang menganggotai Parti Komunis Malaya ialah mereka yang berbangsa Cina dan kaum-kaum lain hanyalah minoriti di dalam Parti yang berhaluan kiri itu. Jika mereka berjaya memerintah kaum-kaum Melayu di Malaysia akan senasib dengan bangsa serumpun dengan kita di Singapura.

Mereka-mereka yang suka mendewa-dewakan Chin Peng adalah mereka yang fahamanya sealiran dengan komunis, dan tuntutan untuk membawa pulang Chin Peng adalah satu tuntutan yang melampau dan kita boleh 'mengelarkan' orang yang cuba membawa Chin Peng balik ke Malaysia adalah "Tali Barut Komunis".

HENTIKAN USAHA MEMBAWA BALIK CHIN PENG

Penulis mendesak mana-mana pihak yang cuba untuk membawa balik Chin Peng ke tanah air bertuah bernama Malaysia ini hendaklah menghentikan niat dan tujuan mereka kerana tindakan mereka adalah satu penghinaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan juga pejuang-pejuang yang terkorban berperang dengan Komunis satu masa dulu.
Reblog this post [with Zemanta]

Thursday, June 4, 2009

Memperlekehkan Perjuangan UMNO....

Official flag of United Malays National Organi...Image via Wikipedia

Artikel penulis pada kali ini ialah "Memperlekehkan Perjuangan UMNO" artikel penulis bukanlah bertujuan untuk "Memperlekehkan Perjuangan UMNO" tetapi untuk menegur tabiat pembaca-pembaca atau pelayar-pelayar blog ini di luar sana dengan apa yang dikatakan "Perjuangan UMNO".


Pada hari ini kita dengar suara-suara sumbang yang mengatakan Ching Peng pemimpin Parti Komunis Malaya yang dibuang negara adalah Perjuangan Menuntut kemerdekaan sebenar. Penulis memang tidak hairan sebab 'suara-suara sumbang' tersebut datangnya daripada mereka-mereka yang 'sealiran' dengan perjuangan Parti Komunis Malaya.

"Ya, mungkin ramai yang beranggapan "Perjuangan Kemerdekaan" memerlukan perang bersenjata barulah boleh dipanggil "perjuangan". Bagi penulis sesiapa yang berpandangan begini ternyata mereka silap. Bagi yang beragama Islam sudah lupakah dengan Perjuangan Nabi Kita untuk menyebarkan dakwah Islam tanpa menggunakan 'mata pedang' jelas sekali "Perjuangan tidak semestinya perlu ada peperangan bersenjata".

Bab memperlekehkan perjuangan UMNO kini menjadi semakin hangat apabila kalau kita tanya kepada anak-anak pasca merdeka mengenai "Perjuangan Untuk Kemerdekaan Oleh UMNO", mereka ternyata bukan sahaja "Memperlekehkan Perjuangan UMNO malah juga mempersendakan perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan". Ini adalah salah satu kejayaan manifestasi pembangkang terhadap anak-anak pasca merdeka melalui parti-parti yang bernaung di bawah bumbung bernama "Pakatan Rakyat".

Hasil daripada hasutan dan anak-anak kecil pasca merdeka sudah ditanam rasa kebencianya terhadap UMNO, mereka melihat UMNO seolah-olah IBLIS dan melihat Pakatan Rakyat tidak kiralah PAS ke, PKR ke apa-apa sahaja yang bernaung di bawah bumbung "Pakatan Rakyat" akan dilihat seolah-olah Malaikat bagi anak-anak pasca merdeka yang telah diracun pemikiranya untuk merealisasikan usaha-usaha ke arah New World Order (NWO).

Kepada semua ingatlah PAS berasal dari UMNO, PKR pun berasal dari UMNO kata orang ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kalau anda melihat UMNO seburuk-buruk kejadian, ingatlah tempat buruk itulah PAS dan PKR dilahirkan.
Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, June 3, 2009

Hanya 16% Tidak Suka Najib Sebagai PM...

Zakri and Najib 2Image by CeeKay's Pix via Flickr


Sudah lama Blog Gerbang Tempur Politik Maya Malaysia tidak kemaskini kerana penulis berehat untuk beberapa ketika. isnyaAllah selepas ini penulis akan cuba mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin untuk membolehkan pembaca-baca setia GTPM mendapatkan berita-berita terkini arena politik daripada Media Alternatif ini.

Pada penulisan penulis pada kali ini, penulis ingin menceritakan mengenai "Survey" yang dijalankan kepada rakyat Malaysia dengan soalan adakah anda suka DS Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sila rujuk gambar disertakan untuk gambaran yang lebih sahih.

Sepertimana yang rakyat Malaysia maklum bahawa Perdana Menteri kita sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja mengambil alih kuasa Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kini bergelar Tun (Perdana Menteri Malaysia Ke 5).

Satu kaji selidik yang telah dibuat menunjukkan bahawa hanya 16% daripada responden yang tidak menyukai Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia. 45% daripada responden yang menyukai dan gembira Najib menjadi Perdana Menteri manakala 39% responden yang tidak memberikan sebarang respons.

Sementara itu bilangan 53% responden berbangsa Melayu menyukai dan gembira Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia. 34% responden berbangsa Melayu yang tidak memberi sebarang respons terhadap kaji selidik yang dibuat dan hanya 13% responden berbangsa Melayu yang tidak menyukai Najib menjadi Perdana Menteri.

Di samping itu 24% responden berbangsa cina yang menyukai Najib menjadi Perdana Menteri, 34% responden berbangsa cina yang tidak memberi sebarang respons terhadap kajian yang dibuat dan 13% responden berbangsa Cina yang tidak menyukai Najib menjadi Perdana Menteri.

Selain daripada itu 64% responden berbangsa India yang menyukai Najib menjadi Perdana Menteri, 21% responden berbangsa India yang tidak memberi sebarang respons terhadap kaji selidik yang dibuat dan hanya 15% responden berbangsa India yang tidak menyukai Najib menjadi Perdana Menteri.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah nampaknya kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah diterima ramai dan malah semua kaum-kaum majoriti di Malaysia memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, ini satu perkembangan yang baik buat Barisan Nasional.


Reblog this post [with Zemanta]