Google
 

Wednesday, September 29, 2010

PKR Semakin Hancur?

Parti Keadilan RakyatImage via WikipediaPKR Semakin Hancur?
Oleh: yieMEGA

Parti Keadilan Rakyat (PKR), di mana pada masa ini sedang menjalankan proses demokrasi di dalam parti mereka yang dibuat untuk memilih pemimpin-pemimpin baru PKR yang bakal menggalas harapan baru untuk rakyat Malaysia. Prestasi pencapaian di dalam PRU12 mereka memang benar-benar membuatkan mereka bercelaru.

Mungkin mereka tidak belajar sesuatu daripada peristiwa "kekalahan besar" selepas "kemenangan besar" yang dialami UMNO semasa PRU12 yang menyaksikan, negeri-negeri yang dikuasai BN sebelum ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. "Kemenangan besar" BN pada 2004 benar-benar membuatkan BN terleka sehingga mereka dihukum pada PRU12 selain faktor Khairy Jamaluddin dan juga Patrick Badawi.

Semasa pemilihan PKR itu berlangsung bermacam-macam insiden yang terjadi dan mewarnai pemilihan PKR pada kali ini. Kekecohan demi kekecohan berlaku, namun seperti biasa apa yang negatif berlaku di dalam parti mereka akan kaitkan dengan UMNO, sudah menjadi kebiasaan mereka untuk menjadikan UMNO sebagai kambing hitam.

Terbaru, kekecohan semasa pemilihan PKR itu merebak pula ke negeri kelahiran Anwar Ibrahim yakni Pulau Pinang sepertimana yang dilaporkan oleh M.I.M. GTPMM pun naik hairan kenapa 'pemilihan PKR' ini ditinggalkan Anwar yang pada ketika itu berada di Indonesia sedang memburuk-burukkan Malaysia.

Selain itu, timbul persoalan adakah pemilihan PKR ini tidak begitu penting buat Mansor Othman dan Malik Kassim yang pada ketika itu berada di Australia, ataupun ini adalah salah satu cara mereka untuk lari dari masalah? Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri.

Apa yang GTPMM dapat lihat di sini, jelas sekali PKR tidak belajar dengan insiden yang menimpa UMNO sekaligus perebutan jawatan di dalam PKR mungkin akan menyebabkan PKR berkubur tidak lama lagi.

GTPMM juga hairan dengan sikap Anwar Ibrahim apabila beliau membuat 'semakan semula pemecatanya sebagai Timbalan Perdana Menteri". Ini menjadi tanda-tanya adakah PKR hanyalah sebagai 'alat' sementara menanti keputusan tersebut dan sekiranya keputusan itu memihak kepada beliau mungkin beliau akan meninggalkan PKR. Di mana ada kemungkinan itu, kalau tidak apa perlunya beliau membuat semakan itu.

Komen GTPMM: Manusia akan sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa, demi kuasa manusia sanggup bertuhankan syaitan bertopengkan manusia. Itulah hakikatnya....
Enhanced by Zemanta

Monday, September 27, 2010

Perhimpunan Melayu PERKASA D'Pasir Mas








Perhimpunan Melayu PERKASA D'Pasir Mas
Oleh: GTPMM

PASIR MAS - 25 September 2010 berlansung satu perhimpuran yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa atau ringkasnya PERKASA. Perhimpunan ini boleh dikatakan berjaya kerana menjaya menggamit puluhan ribu orang untuk menghadiri perhimpunan ini. Turut memeriahkan perhimpunan ini apabila mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad bersama isteri turut hadir untuk bersama menjayakan program anjuran PERKASA biarpun beliau sendiri bukanlah ahli PERKASA.

Perhimpunan ini merupakan satu manifestasi sokongan rakyat terhadap PERKASA dan usaha-usaha yang dijalankan oleh NGO tersebut untuk memastikan kepentingan umat Melayu di Malaysia terbela.

Namun apa yang dikesalkan ialah perhimpunan itu telah diperlekehkan oleh beberapa portal berita berita internet yang pro kepada pembangkang. Kebanyakan daripada portal berita tersebut telah memberi maklumat yang salah berhubung bilangan kehadiran orang ramai ke perhimpunan yang penuh bermakna itu. Rata-rata portal berita internet pro pembangkang mengistiharkan bahawa hanya 5,000 orang yang hadir ke perhimpunan itu.

Perhimpunan yang diadakan di kawasan berhampiran Stesen KTM Pasir Mas itu turut dipersoalkan kenapa lokasi itu dipilih, dan ada juga yang melabel sebagai simbolik Mahathir dan Ibrahim Ali sedang menunggu keretapi untuk menamatkan karier politiknya.

Walaubagaimanapun apa yang kita perlu tahu sebenarnya 'simbolik' yang boleh kita lihat daripada lokasi penganjuran perhimpunan ialah, Keretapi Tanah Melayu merupakan satu-satunya yang tinggal untuk Melayu. Itulah yang menjadi simbolik sebenarnya bukan seperti mana laporan bias portal berita internet pro pembangkang.

Apabila mereka memperlekehkan Perhimpunan yang dianjurkan oleh PERKASA ini, makanya sudah tentu begitu takut dengan sokongan yang diberikan kepada PERKASA. Dengan memperlekehkan perhimpunan ini mungkin secara tidak langsung mereka akan dapat menganggu-gugat PERKASA.

Komen GTPMM: Pepatah Melayu sudah berkata "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" Fikir-fikirkanlah.

Saturday, September 25, 2010

Apa yang tak kena dengan PBA?


Apa yang tak kena dengan PBA?
Oleh: GTPMM

PERBADANAN Bekalan Air Pulau Pinang merupakan satu agensi yang bertangungjawab membekalkan air bersih kepada rakyat Pulau Pinang. Perbadanan ini diterajui oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Tuan Lim Guan Eng.

Menggunakan kapasiti beliau selaku peneraju PBA dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau bercadang untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang kerana dakwanya statistik bekalan air 2008 telah mendapati bahawa pembaziran air yang teruk berlaku pada tahun 2008.

Menjadi persoalan di sini, mengapa Lim Guan Eng (LGE) menggunakan statistik 2008 untuk membuat keputusan menaikkan tarif air sedangkan statistik 2009 telah pun dikeluarkan. atau LGE cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat dengan memperbodohkan rakyat seperti itu.

Cuba lihat data Bekalan Air di Bawah:


Mengikut ulasan Dr. Novandri Hassan Basree, Penggunaan air tahun 2007 ialah 719 juta liter. Manakala tahun 2008 pula ialah 744 juta liter dan tahun 2009 ialah 739 juta liter. Bermaksud penggunaan air tahun 2009 telah berkurangan sebanyak 5 juta liter!!

Dan ironinya, NRW pada tahun 2009 adalah sangat tinggi iaitu 19.1% jika dibandingkan dengan 16.9% pada tahun 2007 dan 2008!

NRW mewakili kehilangan air disebabkan oleh paip PBA yang bocor dan pecah, serta kegunaan semasa kecemasan seperti pihak bomba semasa kebakaran.

Dengan peningkatan pengguna air setiap tahun, peningkatan bidang trade dan perniagaan (sepatutnya), peningkatan kehilangan air dan pengurangan penggunaan air pada tahun 2009 jika dibandingkan pada tahun sebelum ini,maka, apakah rakyat Pulau Pinang masih "suka membazir air" pada tahun 2009 dan 2010 seperti yang di dakwa oleh Lim Guan Eng ?

Berdasarkan data-data yang dibekalkan di atas, jelas sekali LGE telah cuba untuk menipu rakyat Pulau Pinang tambahan pula, bagi penulis tiada keperluan untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang berdasarkan data yang diperolehi di atas.

Sekiranya LGE cuba menggunakan alasan keuntungan PBA yang semakin mengecil menyebakan ia terpaksa menaikkan tarif air, bagi penulis alasan ini juga tidak boleh diterima, Kenapa? sila lihat data di bawah ini:


Pembaca boleh mendapatkan penerangan tentang data-data di atas di sini.

Komen GTPMM: Apa yang GTPMM dapat lihat di sini, LGE cuba memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dalam masa yang sama hilanglah Polisi CAT Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tak tahu lah ke mana hilang mungkin sudah dimakan kucing kot, dalam masa sama pemimpin mewah rakyat merana dek kerana perbuatan KM yang menggelarkan dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz ini. Adakah anda ingin LGE terus memperbodohkan anda? Fikir-fikirkanlah....
Enhanced by Zemanta

Tuesday, September 21, 2010

PEMILIHAN PKR

Menarik sungguh mungkin itulah yang kita boleh katakan mengenai Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sudah menjadi isu hangat kini.


Tambah menghangatkan suasana pemilihan PKR apabila jawatan Timbalan Presidenya menjadi rebutan. Syukur bukan jawatan Presiden yang menjadi rebutan, alangkah lebih baiknya jawatan presiden menjadi rebutan.

Nampaknya pemilihan PKR kali ini diwarnai dengan pelbagai isu dan melibatkan beberapa puak yang wujud di dalam PKR.

Paling menarik apabilaa pemilahan kali ini meambuatkan Zaid Ibrahim semacam kecewa dengan PKR, walau apa pun itulah jalan yang beliau pilih, tak kan dah ludah nak jilat balik.

ok lah kita tunggu sahaja apa kesudahan cerita pemilihan PKR ini.

Wednesday, September 15, 2010

Cuti 1Malaysia


Cuti 1Malaysia
Oleh: GTPMM

ESOK tanggal 16 September 2010 telah diumumkan sebagai Cuti 1Malaysia, mungkin ini satu berita gembira buat kakitangan awam al-maklum sahajalah cuti umum bertambah satu hari lagi dan dapatlah mereka merancang untuk membawa anak-anak mereka ke mana-mana terutamanya yang berada di Pantai Timur seperti Terengganu, Pahang dan Kelantan dengan adanya cuti 1Malaysia pada tarikh tersebut ia akan memberikan cuti panjang selama tiga hari termasuk cuti Jumaat dan Sabtu.

Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah memberikan cuti ini kepada kakitangan awam. Bolehlah mereka beristirehat dan sambil bercuti bersama keluarga mereka. Cuti ini merupakan satu advantage bagi kakitangan awam.

Mungkin kita sibuk bercakap pasal cuti 1Malaysia pada tarikh 16 September 2010 tetapi kita mungkin tidak sedar pada tarikh ini jugalah sebuah negara bernama Malaysia terbentuk. 16 September 2010 merupakan Hari Malaysia, dan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia, Hari Malaysia telah dijadikan cuti umum. Tahniah sekali lagi buat PM.

Menyebut 16 September tiba-tiba penulis teringat kepada impian 16 September Anwar Ibrahim, selepas beberapa siri percubaan Anwar Ibrahim untuk merampas putrajaya pada 16 September ternyata masih gagal setakat ini, bagaimana pula dengan esok? Kita tunggu dan lihat sahajalah.

Walaubagaimanapun sudah lama tidak mendengar Anwar Ibrahim mendendangkan 'lagu 16 Septembernya', adakah pada tarikh ini beliau akan mendendangkan lagi lagu tersebut, kita tunggu dan lihat sahajalah.
Komen GTPMM: 16 September merupakan hari Malaysia di kesempatan ini GTPMM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia dan juga selamat bercuti 1Malaysia. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.
Enhanced by Zemanta

Tuesday, September 14, 2010

Janji Awang Adek di Kelantan


Janji Awang Adek di Kelantan
Oleh: GTPMM

JANJI sesuatu agak mudah dilafaz dan agak susah dilaksana. Kata orang "Kalau lembu berpegang pada tali, manusia berpegang kepada janji. Janji tanpa dikota adalah sesuatu yang dibenci oleh semua, tetapi sekiranya janji dikota nescaya janji itu memang bermakna kepada semua.

Bercakap mengenai janji, jadi sesuailah kita bercakap mengenai Janji Dr. Awang Adek di Kelantan. Janji yang diberikan ialah Bekalan Air Bersih yang benar-benar buat rakyat Kelantan sekiranya UMNO berjaya membentuk Kerajaan Kelantan.

Sementara itu, penulis terkenal Mohd Sayuti Omar atau nama penanya MSO telah membuat kenyataan di dalam blognya berhubung janji Awang Adek ini. Di mana penulis telah mengambil cedikit cebisan penulisan di dalam blog beliau sepertimana di bawah ini:

KATA Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Awang Adek Hussein Kelantan akan dibekalkan air bersih sekiranya Umno memerintah Kelantan. Selagi lagi Awang Adek patah balik ke belakang dan terus bermain dengan tektik politik Pak Mat Trafik. Tahukah macam mana politik Pak Mat Trafik.
- Mohd Sayuti Omar.

Mungkin cebisan itu belum cukup untuk memberikan kefahaman kepada saudara dan saudari pembaca yang dikasihi sekalian. Di sini MSO telah menyamakan Dr. Awang Adek dengan perangai seorang gila yang dikenali dengan nama Pak Mat Trafik. Dari segi ini walaupun penulis tidak mahu menyamakan Awang Adek dengan orang Gila tetapi penulis perlu akur bahawa "Orang yang menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan hasil yang berbeza adalah orang gila" Falsafah ini popular di dunia perniagaan insurans, walaupun ia dibidang perniagaan insurans ianya tidak bermakna kita boleh gunakanya untuk bidang politik.

Apakah maksud penulis dengan cara yang sama untuk hasil yang berbeza mungkin di bawah ini ada jawapanya:

Kalau benar Umno nak bantu rakyat Kelantan, Awang Adek tidak payah tunggu Umno menang, perintah Kelantan beliau boleh bekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan pada hari ini juga. Masalah air bersih di Kelantan sudah sampai ke tahap yang menggerunkan sekali. Benar kata Awang Adek di mana-mana orang memperkatakan tentang air berwarna perang di Kelantan. Kalau rendam baju putih bertukar jadi merah.

Kenapa Awang Adek hendak mendenda rakyat Kelantan. Bila beliau berjanji begitu, kalau Umno tidak menang bermakna rakyat Kelantan terus menikmati air berwarna. Apakah begitu yang harus dilakukan oleh seorang pemimpin? Seorang berkelulusan Phd memilik doktorat seharusnya tidak bingung seperti ketua cawangan yang hanya lulus SRP dan SPM gread tiga.
Mohd Sayuti Omar

Berkenaan dengan kenyataan MSO yang mengatakan Awang Adek hendak mendenda rakyat Kelantan, jikalau UMNO tidak menang makanya rakyat Kelantan akan terus berendam dengan air yang perang dan juga kemerahan. Bab ini penulis kurang bersetuju dengan MSO, pada penulis Awang Adek tidak mahu mendenda rakyat Kelantan sepertimana yang diperkatakan MSO itu.

Bukankah bekalan air di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, jadi adalah mustahil untuk UMNO membantu memperbaiki mutu bekalan air untuk rakyat Kelantan kerana ianya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, jadi memang benarlah kata Awang Adek yang masalah itu akan diselesaikan apabila UMNO mengambil alih kerajaan negeri.

Ada juga satu cara lain yang boleh buat tanpa perlu mengambil alih kerajaan negeri bagi memberikan air bersih yang bermutu kepada rakyat Kelantan iaitu Kerjasaama Kerajaan Negeri dan Persekutan, dan hedaklah Kerajaan Tidak mengenakan syarat-syarat yang tidak munasabah dalam usaha-usaha memperbaiki mutu bekalan air rakyat Kelantan.

Kerjasama ini tidak akan berhasil sekiranya Kerajaan Negeri mengenakan syarat-syarat yang begitu ketat, dan juga bayaran premium yang tinggi kepada kerajaan negeri. Sekiranya ini dapat dielakkan berkemungkinan besar rakyat Kelantan berjaya mendapat bekalan air bersih yang benar-benar bersih.

Komen GTPMM: Sekiranya kerjasama yang begitu komited diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Kerajaan Persekutuan, GTPMM percaya isu air berkarat ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera. Sekiranya Kerajaan Negeri memberi kerjasama UMNO tidak perlu menunggu mereka memerintah untuk memberikan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan.
Enhanced by Zemanta

Monday, September 13, 2010

Apabila PERKASA diPERKASAmkan UMNO


Apabila PERKASA diPERKASAmkan UMNO
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini dilaporkan bahawa UMNO menerusi Setiausaha Agung UMNO membuat kenyataan bahawa UMNO menjauhkan diri dari PERKASA kerana ianya sebuah pertubuhan yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman. Ternyata dengan kenyataan itu UMNO yang kononya memperjuangkan hak-hak orang Melayu kini telah memperkasamkan sebuah pertubuhan yang juga merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Penulis tidak nampak sebab dan musabab mengapa perlu PERKASA dijauhi UMNO, adakah benar PERKASA sering mengeluarkan kenyataan yang ekstrem melibatkan isu-isu perkauman. Itu penulis kurang pasti, tapi apa yang pasti penulis mendengar PERKASA sebenarnya hanya ingin mempertahankan hak-hak yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi adakah kerana mempertahankan hak-hak orang Melayu yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan sudah dikira sebagai mengeluarkan kenyataan ekstrem.

Sedangkan kalau tak silap penulis, sudah banyak lagi pemimpin-pemimpin parti komponen di dalam BN sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang lebih ekstrem dari PERKASA tapi tidak pula dijauhi UMNO. Kenapa? Mengapa? Apa Sebabnya?

Penulis juga sependapat dengan pandangan Tun Dr. Mahathir yang menyatakan bahawa UMNO tidak mampu berbalah dengan PERKASA. kerana katanya kita tidak boleh tolak sebarang orang, kalau tolak 100-200 orang sahajapun kita mungkin kalah. Jadi usahlah berbalah dengan sesiapa.

Walaubagaimanapun penulis belum mendengar apa-apa komen yang dikeluarkan oleh Presiden dan juga Timbalan Presiden UMNO berkenaan isu PERKASA ini. Timbul kemusykillan di sini adakah Setiausaha Agung UMNO membuat kenyataan dengan membelakangi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Penulis menyeru agar Presiden dan Timbalan Presiden UMNO segera mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini kerana kita tidak mahu pergelutan UMNO-PERKASA berpanjangan kerana matlamat mereka adalah sama.
Enhanced by Zemanta