Google
 

Thursday, October 28, 2010

PRK Galas - PAS Sogok Wang?


PRK Galas - PAS Sogok Wang?
Oleh: GTPMM Crew

KEMPEN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas telahpun bermula. Parti-parti yang bertanding akan mempertaruhkan strategi masing-masing. Seperti mana yang kita maklum PRK DUN Galas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dengan UMNO. Untuk rekod PAS merupakan penyandang kerusi DUN Galas sebelum ini, Adakah PAS berjaya mempertahankan kerusi ini? Jawapanya pada 4 November ini.

Parti-parti yang bertanding sudah tentu mempunyai strategi masing-masing terpulang kepada pendekatan yang digunakan parti masing-masing. Apa yang tak sedapnya, apabila pada PRK kali ini PAS dikatakan telah cuba menyogok RM500 sebagai memancing undi sepertimana yang dilaporkan oleh Gelombang Rakyat.

Sebelum ini, PAS mendakwa BN suka menyogok rakyat, kini apa pula jawapanya apabila PAS sendiri yang menyogok rakyat? Jangan pula selepas ini 'tindakan PAS' ini dihalalkan oleh Mursyidul Am Mereka. Kalau ini terjadi terbuktilah PAS mengamalkan politik "Wal Haram Mu, Wal Halal Ku".

GTPMM Crew hairan juga kenapa PAS begitu terdesak sehingga sanggup menggunakan strategi 'sogok wang' untuk memenangi PRK DUN Galas, sedangkan kalau mereka kalah sekalipun ia tidak akan menggugat Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS. Apa nak ditakutkan setakat hilang satu kerusi dan bukanya 20 mahupun 10 kerusi.

Hairan juga apa yang ditakutkan PAS sehingga sanggup 'menggadai prinsip' demi memenangi PRK DUN Galas kerana bagi GTPMM Crew sekiranya PAS tewas ia langsung tidak akan meninggalkan kesan terhadap PAS dan juga Kerajaan Negeri Kelantan.

Lagipun peluang untuk PAS memenangi PRK ini adalah cerah memandangkan calon yang diketengahkan oleh PAS lebih tinggi taraf pendidikanya berbanding calon yang dipertaruhkan BN, jadi tak perlu lah PAS menggunakan strategi yang menampakkan PAS seolah-olah terdesak.

Komen GTPMM Crew: Apa nak jadi dengan PAS sekarang ni?

Thursday, October 14, 2010

Batu Sapi Sangat Penting Bagi BN

Batu Sapi Sangat Penting Bagi BN
Oleh: GTPMM Crew

SELEPAS PRK DUN GALAS, tumpuan akan beralih kepada satu lagi PRK yang akan dijalankan ekoran kematian wakilnya di dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini. Penulis meletakkan perjuangan BN di Batu Api adalah satu perkara sangat penting buat BN. Tambahan pula kerusi ini sebelum ini menjadi milik BN.

Kenapa penulis berkata ia sangat penting buat BN? sebabnya ia akan boleh dijadikan sebagai 'kayu pengukur' sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak yang sebelum ini menjadi 'simpanan tetap' buat BN. Adakah 'status simpanan tetap' ini akan berakhir? Adakah kekecewaan BN di sibu akan berulang di Batu Sapi, semua jawapan kepada persoalan itu ada di batu sapi.

Pada masa ini, kebanyakkan petugas-petugas parti yang bernaung di bawah BN sedang menumpukan kepada strategi untuk digunakan semasa PRK DUN Galas, namun mereka perlu ingat di dalam menghadapi 'tugas-tugas getir BN' di Batu Sapi adalah lebih baik kerja-kerja itu dimulakan sekarang dan bukanya apabila kempen baru nak bermula.

Kajian khas untuk PRK Batu Sapi hendaklah dijalankan dengan segera, bagi memastikan kekecewaan BN di Sibu tidak akan berulang di Batu Sapi. Mereka perlu ingat 'mempertahankan' adalah lebih susah daripada 'mendapatkanya'.

Pemimpin-Pemimpin BN tidak seharusnya leka dengan ini, mereka patut sedar bahawa PRK di Batu Sapi adalah sepuluh kali ganda lebih susah daripada PRK DUN Galas. Strategi yang hendak diguna pakai perlu dirangka segera demi memastikan BN tidak terlepas satu lagi kerusi di negeri-negeri yang berada di kepulauan borneo itu.

Komen GTPMM Crew: Sudah tiba masanya, BN merangka strategi untuk mempertahankan Batu Sapi daripada terlepas ke tangan pembangkang. Jangan sampai pisang berbuah dua kali dan juga jangan biarkan kita dipatuk ular yang sama untuk kali kedua.
Enhanced by Zemanta

Tuesday, October 12, 2010

Dapatkah PAS memperbodohkan Orang Asli?

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via WikipediaDapatkah PAS memperbodohkan Orang Asli?
Oleh: GTPMM Crew

ORANG ASLI merupakan satu pecahan kaum yang terpenting di DUN Galas, Gua Musang, Kelantan. Faktor inilah mungkin mereka menjadi penentu kepada 'survival' parti-parti yang bertanding di Galas oleh yang demikian parti-parti bertanding terpaksa berhempas-pulas untuk mendapatkan undi-undi untuk parti masing-masing.

Oleh itu, tidak peliklah sekiranya kita melihat PAS sudah mendahului di dalam usaha-usaha memujuk orang Asli. Kita lihat sahaja berapa banyak 'hadiah untuk orang asli' yang sudah mula diberikan oleh PAS kepada mereka. Baguslah sekiranya benar-benar ingin membantu orang Asli.

Namun, yang menjadi persoalan di sini, mengapa ianya dibuat tatkala PRK DUN Galas yang semakin hampir, walaupun tirai kempen masih belum dibuka sudah tentu 'hadiah-hadiah' dari PAS itu ada udang di sebalik batu, kalau tidak masakan waktu PRK Galas makin hampir menjadi pilihan mereka untuk memberi hadiah-hadiah buat orang Asli.

Pada pandangan penulis, tujuan PAS memberikan 'hadiah-hadiah istimewa' tersebut kepada orang Asli ia tak ubah sebagai 'umpan' yang dipasang PAS akar dapat memancing undi daripada kalangan orang Asli. Secara tidak sedar PAS cuba memperbodohkan orang Asli. Mungkin PAS beranggapan orang Asli ini bodoh pada mereka, tetapi tidak pada penulis kerana zaman ini sudah ramai orang-orang Asli yang sudah menjadi bijak pandai, jadi mungkinkah impian PAS untuk memperbodohkan orang Asli berhasil? Tidak sama sekali itu jawapan penulis.

Namun, di sini penulis dapat melihat cara yang PAS gunakan di sini, samalah dengan cara mubaligh-mubaligh kristian yang masuk ke kampung-kampung orang Asli dan menyebarkah agama mereka dengan memberikan 'hadiah-hadiah istimewa' kepada orang Asli. Jadi maknanya tiada bezanya mubaligh-mubaligh kristian dengan PAS.

Komen GTPMM Crew: Kalau dah kemaruk undi tu, macam-macam cara PAS buat termasuklah dengan cara yang seakan ingin memperbodohkan orang asli ini. Alahai PAS apa nak jadi. Inikah parti yang mendakwa memperjuangkan ISlam?......no komen.....
Enhanced by Zemanta

Monday, October 11, 2010

Benarkah Kerajaan Persekutuan Menafikan Projek untuk Kelantan

Benarkah Kerajaan Persekutuan Menafikan Projek untuk Kelantan
Oleh: GTPMM Crew

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan bertarikh 10 Oktober 2010 melaporkan kenyataan Menteri Besar Kelantan yang mendakwa bahawa 'Kerajaan Persekutuan telah menafikan 118 Projek Pembangunan di Kelantan'. Mungkin dengan membacanya sahaja pasti kita akan percaya kata-kata seorang yang menggelarkan dirinya 'Tok Guru' bertaraf Ulama' itu.

Apa yang penulis boleh bersetuju ialah Kelantan sememangnya bukan musuh tetapi pembangkang itu memang realitinya. Namun, penulis langsung tidak bersetuju dengan dakwaan TG Nik Aziz yang menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menafikan projek pembangunan di Kelantan.

Hairan juga penulis kenapa tiba-tiba Tok Guru bercakap tentang Pembangunan sedangkan sebelum ini beliau sendiri yang kata pembangunan itu duniawi. Tak apalah mungkin dia dah berubah maklum sahajalah Pakatan Rakyat bakal membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pada penulis, kenyataan Tok Guru ini boleh disifatkan sebagai 'strategi politik' mereka untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kenyataan Tok Guru ini adalah lebih kurang sama dengan tindakan Exco Penerangan, Pembangunan, Sains dan Teknologi negeri yang memberikan dividen Ladang Rakyat kepada 250 orang asli di Markas PAS Bandar Lama, Gua Musang.

Ia bermotifkan politik dan lebih kepada untuk memperbodohkan orang Asli kerana pada fikiran mereka orang asli tidak berapa cerdik, tapi pada fikiran saya orang Asli lebih cerdik daripada mereka sekarang. Mari kita lihat siapa akan diperbodohkan dan siapa akan memperbodohkan tunggu 4 November nanti.

Cuba kita lihat apa perlunya pembahagian dividen dibuat menjelang PRK DUN Galas yang semakin dekat. Tidakkah ia menandakan ianya bermotif politik.

Berbalik kepada isu utama artikel ini iaitu dakwaan MB Kelantan yang mengatakan Kerajaan Persekutuan menafikan projek pembangunan untuk Kelantan. Tak payah pergi ke daerah lain untuk melihat bukti betapa banyaknya pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan. Cukup kalau kita lihat di Kota Bharu, berapa banyak projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat yang diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan. Contohnya Jambatan Sultan Yahya Petra 2, projek pembanguna berdekatan Jeti Kastam, Projek Pengubahsuaian Pasar Siti Khatijah dan bermacam-macam lagi yang tak dapat penulis senaraikan di sini.

Komen GTPMM Crew: Teringat kepada satu pepatah Melayu yang berbunyi "Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri" Jadi Fikir-fikirkanlah.


Enhanced by Zemanta

Saturday, October 9, 2010

Ku Li Sah Pengarah Pilihan Raya BN untuk PRK DUN Galas

Ku Li Sah Pengarah Pilihan Raya BN untuk PRK DUN Galas
Oleh: GTPMM Crew



BERITA TERKINI yang GTPMM terima ialah Ahli Parlimen Gua Musang yang juga merupakan Ketua UMNO Gua Musang telah tiba ke tanah air pagi tadi. Ekoran ketibaan beliau mengadakan Sidang Media Khas mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Galas.

Di dalam sidang media berkenaan, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan Ku Li oleh masyarakat setempat telah mengesahkan penerimaan beliau untuk menjadi Pengarah Pilihanraya BN untuk PRK DUN Galas, ini menjawab spekulasi yang timbul sebelum ini sepertimana dakwaan PAS berkemungkinan Ku Li akan membuat 'perangai' dengan tidak menerima jawatan PPR itu.

Namun, dakwaan PAS itu terbukti tidak berasas kerana Ku Li telah membuat kenyataan dengan menerima lantikan untuk jawatan PPR itu. Ini bermakna harapan PAS untuk Ku Li tidak menerima jawatan itu sudah 'berkecai' kerana memang sahih Ku Li menerima jawatan itu ini menjadikan Ku Li Jeneral BN di Galas.

Sementara itu, ditanya mengenai cadangan yang timbul yang mahukan beliau sendiri (Ku Li) menjadi calon untuk PRK DUN Galas. Ku Li menjawab berkenaan calon saya kena bincang dengan Perdana Menteri terlebih dahulu.

Sebelum ini, kendengaran banyak suara akar umbi yang mahukan Ku Li menjadi calon untuk PRK DUN Galas. GTPMM menyokong sepenuhnya cadangan menjadikan Ku Li calon kerana setakat ini beliaulah calon terbaik untuk BN.

Komen GTPMM Crew: Akhirnya impian PAS untuk melihat Ku Li membuat perangai nampaknya tidak berhasil apabila Ku Li menerima jawatan PPR DUN Galas yang di 'galas'kan di bahunya. Kini cuma tinggal impian kedua PAS iaitu agar Ku Li tidak menjadi calon di PRK DUN Galas.
Enhanced by Zemanta

Friday, October 8, 2010

Sumpah Rahimi Osman

Sumpah Rahimi Osman
Oleh: GTPMM

DALAM diam-diam tiba-tiba muncul pula Rahimi Osman ditengah-tengah kesibukkan perbicaraan kes liwat DS Anwar Ibrahim. Paling memeranjatkan Rahimi Osman merupakan bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Pada hari Rabu yang lepas Rahimi Osman telah membuat laporan polis membabitkan kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang masih berlangsung di mahkamah ketika ini.

Satu laporan Polis dibuat Rahimi di Balai Polis IPD Klang Selatan kira-kira 2.30 petang Rabu 6 Oktober 2010. Rahimi telah mendakwa bahawa beliau telah dipaksa oleh Anwar untuk memberikan dua pengakuan sumpah palsu 28 Jun 2008 yang antara lain cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri sebagai mastermind konspirasi. Selepas itu Rahimi mengadakan Sidang Media.

Proses Sidang Media Rahimi 'tergangu' apabila beberapa orang cuba membuat kekecohan yang disyaki mereka adalah dari PKR. Namun PKR menafikanya dan cuba mengaitkan kekecohan tersebut dengan BN sepertimana yang biasa mereka lakukan sebelum ini termasuk beberapa siri kekecohan di Pemilihan Peringkat Cabang PKR.

Mengulas isu tersebut Sayuti Omar menerusi blognya Merah Tinta MSO yang mempersoalkan kenapa selepas dua tahun baru Rahimi mendedahkan perkara sedemikian. GTPM merasakan walaupun terlambat dua tahun, mungkin juga Rahimi ada alasan tersendiri seperti memerlukan masa untuk berfikir.

Berbalik dengan ulasan Sayuti Omar, soalan yang sama juga kita boleh ajukan kepada Kerajaan PAS Kelantan di dalam versi yang berbeza. Soalanya berbunyi "Kenapa baru sekarang Kerajaan Kelantan mahu tuntut royalti" sudah pasti mereka pun mempunyai alasan yang tersendiri.

Jadi tempoh atau waktu bukanlah menjadi isu di sini, cuma yang menjadi isu di sini rakyat semakin keliru adakah siapa sebenarnya yang membuat konspirasi adakah Datuk Seri Najib ataupun Anwar Ibrahim sendiri yang membuat konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Komen GTPMM: "Lepas satu, satu rahsia Anwar terbongkar dan sama-samalah kita menunggu detik dan waktu kebenaran menghapuskan kebatilan".
Enhanced by Zemanta

Wednesday, October 6, 2010

GTPMM menyokong Ku Li Calon BN Di Galas


GTPMM menyokong Ku Li Calon BN Di Galas
Oleh: GTPMM

GTPMM percaya sudah ramai yang mengetahui terutamanya yang mengambil cakna berkenaan isu-isu semasa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas pada 26 Oktober 2010 dan hari membuang undi ditetapkan pada 4 November 2010.

Mungkin GTPMM sedikit terlewat untuk mengumumkan pendirian GTPMM berhubung calon yang bakal dipertaruhkan BN di DUN Galas. Ini disebabkan ada beberapa ganguan teknikal yang berlaku beberapa hari ini menyebabkan GTPMM tidak dapat mengemaskini blog ini dengan isu-isu yang terkini dan sensasi.

Berkenaan dengan cadangan menjadikan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PRK DUN Galas sememangnya GTPMM bersetuju dengan cadangan itu. Malah GTPMM bersetuju menjadi jurukempen dalam talian sekiranya YBM Tengku Razaleigh Hamzah dipilih menjadi calon untuk PRK tersebut.

Berkenaan dengan PAS yang bermati-matian cuba untuk mengaggalkan usaha-usaha menjadikan Ku Li sebagai calon DUN Galas yang mana tidak pernah sebelum ini mereka menggangu urusan calon untuk BN tetapi kali ini mereka tampil dengan cara yang berlainan dengan harapan Ku Li tidak menerima tawaran untuk menjadi calon di Galas.

GTPMM merayu agar Ku Li tidak terpengaruh dengan percubaan mereka untuk mengagalkan usaha-usaha untuk menjadikan Ku Li sebagai calon BN untuk PRK DUN Galas. Jangan kecewakan harapan rakyat di Galas itu pesanan GTPMM kepada Ku Li.

Komen GTPMM: GTPMM berharap sangat agar Ku Li menjadi calon di Galas. Patik Pacar yang hina memohon Tengku untuk menjadi calon untuk PRK DUN Galas
Enhanced by Zemanta