Google
 

Monday, October 11, 2010

Benarkah Kerajaan Persekutuan Menafikan Projek untuk Kelantan

Benarkah Kerajaan Persekutuan Menafikan Projek untuk Kelantan
Oleh: GTPMM Crew

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan bertarikh 10 Oktober 2010 melaporkan kenyataan Menteri Besar Kelantan yang mendakwa bahawa 'Kerajaan Persekutuan telah menafikan 118 Projek Pembangunan di Kelantan'. Mungkin dengan membacanya sahaja pasti kita akan percaya kata-kata seorang yang menggelarkan dirinya 'Tok Guru' bertaraf Ulama' itu.

Apa yang penulis boleh bersetuju ialah Kelantan sememangnya bukan musuh tetapi pembangkang itu memang realitinya. Namun, penulis langsung tidak bersetuju dengan dakwaan TG Nik Aziz yang menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menafikan projek pembangunan di Kelantan.

Hairan juga penulis kenapa tiba-tiba Tok Guru bercakap tentang Pembangunan sedangkan sebelum ini beliau sendiri yang kata pembangunan itu duniawi. Tak apalah mungkin dia dah berubah maklum sahajalah Pakatan Rakyat bakal membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pada penulis, kenyataan Tok Guru ini boleh disifatkan sebagai 'strategi politik' mereka untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kenyataan Tok Guru ini adalah lebih kurang sama dengan tindakan Exco Penerangan, Pembangunan, Sains dan Teknologi negeri yang memberikan dividen Ladang Rakyat kepada 250 orang asli di Markas PAS Bandar Lama, Gua Musang.

Ia bermotifkan politik dan lebih kepada untuk memperbodohkan orang Asli kerana pada fikiran mereka orang asli tidak berapa cerdik, tapi pada fikiran saya orang Asli lebih cerdik daripada mereka sekarang. Mari kita lihat siapa akan diperbodohkan dan siapa akan memperbodohkan tunggu 4 November nanti.

Cuba kita lihat apa perlunya pembahagian dividen dibuat menjelang PRK DUN Galas yang semakin dekat. Tidakkah ia menandakan ianya bermotif politik.

Berbalik kepada isu utama artikel ini iaitu dakwaan MB Kelantan yang mengatakan Kerajaan Persekutuan menafikan projek pembangunan untuk Kelantan. Tak payah pergi ke daerah lain untuk melihat bukti betapa banyaknya pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan. Cukup kalau kita lihat di Kota Bharu, berapa banyak projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat yang diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan. Contohnya Jambatan Sultan Yahya Petra 2, projek pembanguna berdekatan Jeti Kastam, Projek Pengubahsuaian Pasar Siti Khatijah dan bermacam-macam lagi yang tak dapat penulis senaraikan di sini.

Komen GTPMM Crew: Teringat kepada satu pepatah Melayu yang berbunyi "Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri" Jadi Fikir-fikirkanlah.


Enhanced by Zemanta

No comments: