Google
 

Sunday, August 29, 2010

Bukan Muslim Masuk Masjid

Bukan Muslim Masuk Masjid
Oleh: yieMEGA


ARTIKEL GTPMM kali ini ingin mengulas berhubung isu terbaru yang timbul beberapa hari yang lalu. GTPMM memohon maaf di atas kelewatan untuk mengulas isu ini ini ekoran, ada tugas-tugas penting yang perlu GTPMM yakni penulis selesaikan terlebih dahulu.

Namun, GTPMM berpendapat daripada tidak mengulas langsung adalah lebih baik kita mengulas juga serba sedikit biarpun sedikit terlewat. Sudah menjadi tanggungjawab penulis untuk mengulas berkenaan isu-isu yang timbul sejak kebelakangan ini.

Bukan Muslim Masuk Masjid sudah menjadi polemik hangat sejak kebelakangan ini. Malah isu ini sudah menjadi perdebatan hangat sejak dua menjak ini. Sebelum penulis meneruskan ulasan penulis adalah lebih baik pembaca membaca artikel yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan cuba fahami dan dalaminya sedalam-dalamnya.

Penulis secara dasarnya bersetuju dengan pandangan yang dibuat oleh Dr. Asri yakni Bukan Islam boleh masuk masjid kerana pada zaman Rasulullah pun ada bukan Islam yang masuk masjid.

Di dalam konteks Malaysia memang akan berlaku kejanggalan apabila Bukan Muslim masuk ke tempat ibadah orang Islam yang juga merupakan rumah Allah itu. Ini menyebabkan timbulnya pandangan bahawa orang bukan muslim tidak boleh masuk ke rumah Allah ini.

Walaupun penulis bersetuju dengan pandangan orang bukan muslim boleh berkunjung ke masjid namun bukanlah bermakna penulis 100% bersetuju denganya. Bagi penulis kita kena mengetahui apakah tujuan atau agenda yang tersirat dan juga tersurat di sebalik kunjungan tersebut.

Penulis melihat kunjugan beliau ke masjid dalam isu ini lebih kepada isu berkepentingan politik semata-mata, bukan kerana berminat dengan Islam tetapi hanya berminat kepada undi orang Islam terhadapnya atau dengan kata lain "mempergunakan atau memperalatkan Islam untuk kepentingan politik".

Secara dasarnya juga penulis bersetuju ini adalah satu permainan politik. Pada waktu ini adalah orang bukan muslim yang masuk ke masjid itu adalah rakan politik PAS, dan PAS pula cuba membela tindakan orang bukan muslim tersebut kerana disebabkan politik juga.

Cuba bayangkan sekiranya orang bukan muslim tersebut dari MCA, adakah PAS akan mempertahankanya? sudah tentu tidak bukan, kerana ia tidak memberikan keuntungan politik kepada PAS, jadi ini bermakna PAS kini sudah berada di dalam era yang lebih liberal tidak sepertimana dulu.

Masih lagi penulis ingat sewaktu kecil dahulu, PAS lah yang kuat berkempen dan mengatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid. Malah kuliah-kuliah di Kelab-Kelab PAS sekitar kampung penulis pun turut membuat kempen ini, tetapi sekarang sudah lain jadinya. Tidakkah ini juga kerana kepentingan politik?

Berkenaan dengan kenyataan Nik Aziz yang mengatakan orang bukan Islam pun boleh kencing dalam masjid. Terlebih dahulu penulis ingin menasihatkan kepada Nik Aziz tolonglah perbetulkan cara berkomunikasi, kesilapan dalam cara berkomunikasi menyebabkan mesej yang cuba diberikan di dalam komunikasi ini gagal diakses oleh penerima. Ini yang menyebabkan orang selalu salah faham dengan kenyataan Nik Aziz.

Sepatunya sebagai MB yang sudah beberapa penggal berkuasa, adalah lebih elok atau molek benar kalau berkomunikasi dengan baik. Penulis percaya kenyataan Nik Aziz itu menyebabkan berlaku kekeliruaan orang ramai terutamanya di kalangan bukan orang Kelantan.

Penulis ingin memberi contoh ada seorang hamba Allah nak pergi ke tandas masjid untuk kencing dia akan berkata "Nak gi kecing di mejid"* dan bukanya "Nak Gi Kecing di jambe mejid"**. tapi sebenarnya beliau hendak pergi kencing di tandas masjid dan bukanya di dalam masjid. Inilah yang dinamakan kesilapan di dalam berkomunikasi dan akibatnya mengundang salah faham orang ramai.


* Nak Gi Kecing mejid - Nak pergi kencing di masjid
** Nak gi Kencing di jambe mejid - Nak pergi kencing di tandas masjid


Komen GTPMM:
Sebagai MB yang juga Tok Guru beliau haruslah memperbaiki cara berkomunikasi agar ia selepas ini kenyataan beliau tidak disalah ertikan lagi. Mungkin lebih patut sekiranya beliu menyertai kursus komunikasi dengan berkesan.

Enhanced by Zemanta

No comments: