Google
 

Monday, August 30, 2010

Apa yang anda faham mengenai Merdeka???

Apa yang anda faham mengenai Merdeka???
Oleh: yieMEGA

"Perjuangan mengekalkan kemerdekaan lebih susah berbanding perjuangan menuntuk kemerdekaan, Kemerdekaan bukanlah sesuatu yang kekal kerana tiada yang kekal di atas muka bumi ini"


TEPAT pukul 12.00 tengah malam ini kita akan bersama-sama menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang kita sayangi tanah tempat tumpanya darah kita. Tambah meriah lagi kerana Merdeka kali ini disambut semasa umat-umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak.

Penulis ingin bertanya kepada pembaca sekalian, soalan penulis mudah sahaja "Apa yang anda faham mengenai Merdeka?" Merdeka ungkapan yang mudah disebut oleh mulut kita tetapi adakah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan merdeka?

Adakah kita tahu kemerdekaan tidak akan tercapai sekiranya tiada usaha-usaha memperjuangkan kemerdekaan dibuat, ya lah bagaiman nak merdeka sekiranya kita tidak berusaha untuk memerdekakan tanah air kita ini.

Kalau kita singkap kembali sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita satu ungkapan yang boleh di sinonimkan dengan perjuangan kemerdekaan negara kita iaitu PENYATUAN atau PERPADUAN atau BERSATU. Pendek kata kemerdekaan negara kita tidak akan tercapai sekiranya tiada PERPADUAN diantara kita.

Lihat sahaja bagaimana pada waktu kemerdekaan negara dituntut, orang Melayu kelihatan kuat walaupun tidak berbekalkan senjata yang berteknologi tinggi seperti mana negara-negara yang pernah menjajah kita. Apa yang penjajah paling takuti apabila kita semua BERSATU.

Mungkin apa yang terjadi di luar negara boleh dijadikan pedoman dan iktibar kepada kita semua yang berada di bumi tercinta bernama Malaysia ini. Cuba kita lihat apa yang berlaku di Palestin di mana umat Islam disana tidak bersatu dan hasilnya mereka terus dianiaya oleh bangsa yang kejam dan rakus yakni Israel. Adakah kita mahu perkara yang sama terjadi di bumi kita ini?

Ingatlah setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, Allah itu Maha Besar, kita tidak mampu menandingi kekuasaan Allah walau siapa pun kita. Peristiwa di Palestin itu mungkin ia adalah petunjuk daripada Allah mengenai betapa pentingnya umat Islam bersatu.

Kita sebagai warga pasca-merdeka perlu ingat yang kemerdekaan itu tidak akan datang bergolek kepada kita, kemerdekaan juga bukanlah kekal abadi. Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding menuntut kemerdekaan.

Penulis merasa sayu pada merdeka kali apabila ada suara-suara sumbang yang mengatakan kita tidak perlu hormat kepada Jalur Gemilang kerana ianya sekadar kain sama-sama seperti kain-kain yang lain. Penulis merasakan ini merupakan satu penghinaan kepada Panji negara kita. Di mana panji-panji inilah yang menjadi maruah kepada negara kita, ia boleh diibaratkan sebagai kepala kita sendiri. Cuba bayangkan sanggupkah kepala anda dipijak-pijak oleh orang lain. Sudah tentu tidak mau bukan?

Ingatlah Percikan bunga api di 12 tengah malam 31 Ogos setiaplah bukanlah itu dinamakan kemerdekaan, perarakan bermotosikal, berkereta, bermotisikal di seluruh pelusuk negara kita juga bukanlah apa yang patut kita panggil kemerdekaan.

Sebenarnya kemerdekaan adalah semangat perjuanganya hendaklah menjadi pegangan dan iktibar kepada kita semua tetang jatuh bangun nenek moyang kita suatu ketika dulu berusaha untuk membebaskan bumi kita ini daripada cengkaman penjajah Laknatullah.

Dalam kita menyambut kemerdekaan pada kali ini, adakah sedar atau tidak kita yang dasar devide and rules sudah mula menyusup masuk semula ke negara kita. Perpecahan antara kita semakin hari semakin serius. Tidak mustahil kemerdekaan negara kita akan berakhir sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan.

Adakah kita mahu melihat perjuangan nenek moyang kita dahulu menjadi sia-sia dek kerana kita yang begitu alpa dan rakus dan diulik oleh mimpi-mimpi indah hanya kerana kuasa politik yang kita cari.

31 Ogos 1957 menjadi sejarah kemerdekaan negara kita, ia disaksikan sendiri oleh nenek-nenek moyang kita yang terdahulu. Mereka berjuang bukan kerana harta, pangkat atau kedudukan mereka berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.

Mahukah kita melihat negara kita yang sama-sama kita bangunkan ini runtuh dengan begitu sahaja. Renung-Renungkanlah dan fikirkanlah.

Komen GTPMM: Marilah sama-sama kita berganding bahu, merapatkan sah dan menetapkan halatuju perjuangan kita mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati selama ini, agar nikmat terus melimpah di bumi kita ini.
Enhanced by Zemanta

No comments: