Google
 

Tuesday, August 3, 2010

PR Selangor Memalukan Raja Permaisuri Agong

Flag of the Malaysian state Selangor.Image via Wikipedia

PR Selangor Memalukan Raja Permaisuri Agong
Oleh: yieMEGA

AMAT memalukan mungkin itulah ungkapan yang harus diberikan kepada satu insiden yang terjadi di Selangor. Kerajaan Negeri yang dikendalikan oleh Pakatan Rakyat itu nampaknya telah menjatuhkan Imej Raja Permaisuri Agong. Insiden itu sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Insiden yang dimaksudkan ialah satu insiden di mana Raja Permaisuri Agong telah dijadualkan untuk merasmikan Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa pada 4 Julai yang lalu. Antara insiden yang memalukan ialah kegagalan Kerajaan Negeri Selangor termasuk Menteri Besarnya sendiri menjemput ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut.

Selain itu, majlis itu hanyalah dihadiri lebih kurang 200 orang pengunjung sahaja di Stadium yang mampu memuatkan sehingga 5,000 penonton iaitu Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam. Kerajaan Negeri Selangor juga gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agung ke majlis tersebut.

Apa sudah jadi, sebelum ini tidak pernah pun insiden seperti ini terjadi, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat memandang remeh tentang hal ini?

Sebelum ini, Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tak disediakan kerusi pun sudah kecoh satu Malaysia sehinggakan mengeluarkan kenyataan untuk memecat SDO. Sedangkan SDO adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sepertimana laporan blog ini.

Bagaimana pula dengan insiden ini, ada sesiapa yang di dalam Kerajaan Negeri yang perlu dipecat bagi mengambil tanggungjawab di atas insiden yang berlaku pada hari ini? atau sudah memadai dengan membuat permohonan Maaf kepada Istana Negara?
Enhanced by Zemanta

No comments: