Google
 

Monday, August 30, 2010

Apa yang anda faham mengenai Merdeka???

Apa yang anda faham mengenai Merdeka???
Oleh: yieMEGA

"Perjuangan mengekalkan kemerdekaan lebih susah berbanding perjuangan menuntuk kemerdekaan, Kemerdekaan bukanlah sesuatu yang kekal kerana tiada yang kekal di atas muka bumi ini"


TEPAT pukul 12.00 tengah malam ini kita akan bersama-sama menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang kita sayangi tanah tempat tumpanya darah kita. Tambah meriah lagi kerana Merdeka kali ini disambut semasa umat-umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak.

Penulis ingin bertanya kepada pembaca sekalian, soalan penulis mudah sahaja "Apa yang anda faham mengenai Merdeka?" Merdeka ungkapan yang mudah disebut oleh mulut kita tetapi adakah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan merdeka?

Adakah kita tahu kemerdekaan tidak akan tercapai sekiranya tiada usaha-usaha memperjuangkan kemerdekaan dibuat, ya lah bagaiman nak merdeka sekiranya kita tidak berusaha untuk memerdekakan tanah air kita ini.

Kalau kita singkap kembali sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita satu ungkapan yang boleh di sinonimkan dengan perjuangan kemerdekaan negara kita iaitu PENYATUAN atau PERPADUAN atau BERSATU. Pendek kata kemerdekaan negara kita tidak akan tercapai sekiranya tiada PERPADUAN diantara kita.

Lihat sahaja bagaimana pada waktu kemerdekaan negara dituntut, orang Melayu kelihatan kuat walaupun tidak berbekalkan senjata yang berteknologi tinggi seperti mana negara-negara yang pernah menjajah kita. Apa yang penjajah paling takuti apabila kita semua BERSATU.

Mungkin apa yang terjadi di luar negara boleh dijadikan pedoman dan iktibar kepada kita semua yang berada di bumi tercinta bernama Malaysia ini. Cuba kita lihat apa yang berlaku di Palestin di mana umat Islam disana tidak bersatu dan hasilnya mereka terus dianiaya oleh bangsa yang kejam dan rakus yakni Israel. Adakah kita mahu perkara yang sama terjadi di bumi kita ini?

Ingatlah setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, Allah itu Maha Besar, kita tidak mampu menandingi kekuasaan Allah walau siapa pun kita. Peristiwa di Palestin itu mungkin ia adalah petunjuk daripada Allah mengenai betapa pentingnya umat Islam bersatu.

Kita sebagai warga pasca-merdeka perlu ingat yang kemerdekaan itu tidak akan datang bergolek kepada kita, kemerdekaan juga bukanlah kekal abadi. Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding menuntut kemerdekaan.

Penulis merasa sayu pada merdeka kali apabila ada suara-suara sumbang yang mengatakan kita tidak perlu hormat kepada Jalur Gemilang kerana ianya sekadar kain sama-sama seperti kain-kain yang lain. Penulis merasakan ini merupakan satu penghinaan kepada Panji negara kita. Di mana panji-panji inilah yang menjadi maruah kepada negara kita, ia boleh diibaratkan sebagai kepala kita sendiri. Cuba bayangkan sanggupkah kepala anda dipijak-pijak oleh orang lain. Sudah tentu tidak mau bukan?

Ingatlah Percikan bunga api di 12 tengah malam 31 Ogos setiaplah bukanlah itu dinamakan kemerdekaan, perarakan bermotosikal, berkereta, bermotisikal di seluruh pelusuk negara kita juga bukanlah apa yang patut kita panggil kemerdekaan.

Sebenarnya kemerdekaan adalah semangat perjuanganya hendaklah menjadi pegangan dan iktibar kepada kita semua tetang jatuh bangun nenek moyang kita suatu ketika dulu berusaha untuk membebaskan bumi kita ini daripada cengkaman penjajah Laknatullah.

Dalam kita menyambut kemerdekaan pada kali ini, adakah sedar atau tidak kita yang dasar devide and rules sudah mula menyusup masuk semula ke negara kita. Perpecahan antara kita semakin hari semakin serius. Tidak mustahil kemerdekaan negara kita akan berakhir sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan.

Adakah kita mahu melihat perjuangan nenek moyang kita dahulu menjadi sia-sia dek kerana kita yang begitu alpa dan rakus dan diulik oleh mimpi-mimpi indah hanya kerana kuasa politik yang kita cari.

31 Ogos 1957 menjadi sejarah kemerdekaan negara kita, ia disaksikan sendiri oleh nenek-nenek moyang kita yang terdahulu. Mereka berjuang bukan kerana harta, pangkat atau kedudukan mereka berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.

Mahukah kita melihat negara kita yang sama-sama kita bangunkan ini runtuh dengan begitu sahaja. Renung-Renungkanlah dan fikirkanlah.

Komen GTPMM: Marilah sama-sama kita berganding bahu, merapatkan sah dan menetapkan halatuju perjuangan kita mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati selama ini, agar nikmat terus melimpah di bumi kita ini.
Enhanced by Zemanta

Sunday, August 29, 2010

Bukan Muslim Masuk Masjid

Bukan Muslim Masuk Masjid
Oleh: yieMEGA


ARTIKEL GTPMM kali ini ingin mengulas berhubung isu terbaru yang timbul beberapa hari yang lalu. GTPMM memohon maaf di atas kelewatan untuk mengulas isu ini ini ekoran, ada tugas-tugas penting yang perlu GTPMM yakni penulis selesaikan terlebih dahulu.

Namun, GTPMM berpendapat daripada tidak mengulas langsung adalah lebih baik kita mengulas juga serba sedikit biarpun sedikit terlewat. Sudah menjadi tanggungjawab penulis untuk mengulas berkenaan isu-isu yang timbul sejak kebelakangan ini.

Bukan Muslim Masuk Masjid sudah menjadi polemik hangat sejak kebelakangan ini. Malah isu ini sudah menjadi perdebatan hangat sejak dua menjak ini. Sebelum penulis meneruskan ulasan penulis adalah lebih baik pembaca membaca artikel yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan cuba fahami dan dalaminya sedalam-dalamnya.

Penulis secara dasarnya bersetuju dengan pandangan yang dibuat oleh Dr. Asri yakni Bukan Islam boleh masuk masjid kerana pada zaman Rasulullah pun ada bukan Islam yang masuk masjid.

Di dalam konteks Malaysia memang akan berlaku kejanggalan apabila Bukan Muslim masuk ke tempat ibadah orang Islam yang juga merupakan rumah Allah itu. Ini menyebabkan timbulnya pandangan bahawa orang bukan muslim tidak boleh masuk ke rumah Allah ini.

Walaupun penulis bersetuju dengan pandangan orang bukan muslim boleh berkunjung ke masjid namun bukanlah bermakna penulis 100% bersetuju denganya. Bagi penulis kita kena mengetahui apakah tujuan atau agenda yang tersirat dan juga tersurat di sebalik kunjungan tersebut.

Penulis melihat kunjugan beliau ke masjid dalam isu ini lebih kepada isu berkepentingan politik semata-mata, bukan kerana berminat dengan Islam tetapi hanya berminat kepada undi orang Islam terhadapnya atau dengan kata lain "mempergunakan atau memperalatkan Islam untuk kepentingan politik".

Secara dasarnya juga penulis bersetuju ini adalah satu permainan politik. Pada waktu ini adalah orang bukan muslim yang masuk ke masjid itu adalah rakan politik PAS, dan PAS pula cuba membela tindakan orang bukan muslim tersebut kerana disebabkan politik juga.

Cuba bayangkan sekiranya orang bukan muslim tersebut dari MCA, adakah PAS akan mempertahankanya? sudah tentu tidak bukan, kerana ia tidak memberikan keuntungan politik kepada PAS, jadi ini bermakna PAS kini sudah berada di dalam era yang lebih liberal tidak sepertimana dulu.

Masih lagi penulis ingat sewaktu kecil dahulu, PAS lah yang kuat berkempen dan mengatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid. Malah kuliah-kuliah di Kelab-Kelab PAS sekitar kampung penulis pun turut membuat kempen ini, tetapi sekarang sudah lain jadinya. Tidakkah ini juga kerana kepentingan politik?

Berkenaan dengan kenyataan Nik Aziz yang mengatakan orang bukan Islam pun boleh kencing dalam masjid. Terlebih dahulu penulis ingin menasihatkan kepada Nik Aziz tolonglah perbetulkan cara berkomunikasi, kesilapan dalam cara berkomunikasi menyebabkan mesej yang cuba diberikan di dalam komunikasi ini gagal diakses oleh penerima. Ini yang menyebabkan orang selalu salah faham dengan kenyataan Nik Aziz.

Sepatunya sebagai MB yang sudah beberapa penggal berkuasa, adalah lebih elok atau molek benar kalau berkomunikasi dengan baik. Penulis percaya kenyataan Nik Aziz itu menyebabkan berlaku kekeliruaan orang ramai terutamanya di kalangan bukan orang Kelantan.

Penulis ingin memberi contoh ada seorang hamba Allah nak pergi ke tandas masjid untuk kencing dia akan berkata "Nak gi kecing di mejid"* dan bukanya "Nak Gi Kecing di jambe mejid"**. tapi sebenarnya beliau hendak pergi kencing di tandas masjid dan bukanya di dalam masjid. Inilah yang dinamakan kesilapan di dalam berkomunikasi dan akibatnya mengundang salah faham orang ramai.


* Nak Gi Kecing mejid - Nak pergi kencing di masjid
** Nak gi Kencing di jambe mejid - Nak pergi kencing di tandas masjid


Komen GTPMM:
Sebagai MB yang juga Tok Guru beliau haruslah memperbaiki cara berkomunikasi agar ia selepas ini kenyataan beliau tidak disalah ertikan lagi. Mungkin lebih patut sekiranya beliu menyertai kursus komunikasi dengan berkesan.

Enhanced by Zemanta

Saturday, August 28, 2010

Namewee Buat Hal Lagi

Namewee Buat Hal Lagi
Oleh: yieMEGA

TENTU PEMBACA masih ingat dengan nama Namewee dia pernah mengemparkan negara kita dengan membuat satu lagu yang menghina lagu kebangsaan kita, nampaknya budak bernama Namewee ni masih belum serik, sekali lagi dia cuba menonjol diri dengan membuat video yang berunsur mencaci TNB.



Penulis tidak menafikan memang hak beliau untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap TNB kerana mungkin kerana kekhilafan TNB terjadilah Bekalan Elektrik terputus di kawasan kediaman Namewee, namun ia tidak perlu sehingga mencaci dan mencarut dan menggubah satu lagu yang juga mencarut, mungkin Namewee ni gemar mencarut kot, dari kecik ibu dan bapanya ajarnya mencarut, tu yang mencarut sampai ke besar tu.

Bagi penulis, perbuatan Namewee ini penulis tidak sebagai salah satu cara untuk menyedarkan TNB, tetapi ia adalah salah cara publisiti murahan Namewee untuk mempopularkan diri beliau. Bukankah ada saluran yang betul untuk menyampaikan rasa tidak berpuas hati, bukan pergi serang membabi-buta di TNB, kadang-kadang penulis terfikir juga adakah budak Namewee ni waras atau tidak, sebab kelakuan dia ni macam kurang dari segi mentalnya sahaja.

Dalam video penulis dapat dua perkataan iaitu "Break down" dan "Shut down", ternyata pelajar dari luar negara ini tidak membezakan "Break down" dengan "Shut Down". Penulis difahamkan apa yang berlaku bukanlah "Shut Down" tetapi "Break Down", jadi "Break Down" ini berlaku di luar jangka, maknanya tak kan nak pergi jumpa Nujum dulu, nak tahu break down kemudian umum dalam surat khabar.

Tak sangka juga penulis dengan seorang Pelajar jurusan luar negara, pemikiranya setaraf dengan budak Taska. Tak Kan Kat Tempat Namewee belajar tak pernah blackout kot. Mustahil sebab penulis terjumpa video mengenai blackout di China.

Mungkin Namewee patut mengulang sekolah bermula dari darjah satu untuk membolehkan ia membezakan "Break Down" dengan "Shut Down".

Komen GTPMM: Teringat kepada pepatah melayu yang berbunyi "Kalau kail panjang sejengkal jangan diduga lautan yang luas" maksudnya kalau Ilmu tak seberapa janganlah berhujah dengan emosional.

Enhanced by Zemanta

Tuesday, August 24, 2010

Rentetan Isu Doa Untuk Lim Guan Eng


Rentetan Isu Doa Untuk Lim Guan Eng
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini penulis telah menulis sebuah artikel mengenai Isu Doa Lim Guan Eng ini di blog Gerbang Tempur Politik Maya Malaysia ini. Artikel ini merupakan satu rentetan daripada isu tersebut kerana menurut laporan Pakatan Rakyat telah membuat kenyataan "Mesyuarat Tergempar".

Penulis turut membaca artikel terbaru blog Minda Intelek Melayu yang bertajuk "OMG!! Malik Kassim dan Mansor Othman Buat Menyemak Di Pulau Pinang". Blog berkenaan mengulas panjang lebar mengenai isu tersebut dan juga berkenaan dengan kenyataan mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat itu.

Dalam pada itu, penulis tertarik dengan salah satu kenyataan Mesyuarat Tergempar itu yang berbunyi:

8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam mesjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

Penulis merasa sedikit hairan dengan kenyataan mesyuarat tergempar yang bernombor lapan ini. Adakah mereka sedar atau tidak atau sengaja untuk lepas tangan itu penulis tidak tahu, tetapi apa yang nak ditekankan di sini, nampak jelas yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tahu buat kerja.

Adakah orang yang buat kenyataan ini lupa atau buat-buat lupa, mengenai bidangkuasa masing-masing ataupun sememangnya mereka tidak tahu siapa yang berhak mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib yang terlibat, soalnya sekarang persoalan melibatkan Agama yang melibatkan Majlis Agama Islam Negeri adalah di dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri, dan kerajaan negeri sekarang pimpinan DAP dan Exco Agamanya adalah PKR, jadi kenapa pula UMNO perlu ambik tindakan. Sedangkan yang perlu ambil tindakan adalah mereka sendiri.

Satu lagi usul yang membuatkan penulis terus merasa hairan ialah:

6. Mengutuk amalan politik kotor dan jahat UMNO dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Jika benar ia permainan politik kotor dan jahat UMNO, kenapa pula ada Imam mengaku membuatnya. Adakah pengakuan imam tersebut ada kena-mengena dengan UMNO. Berkenaan dengan Imam tersebut, di dalam pengakuanya, hujah bela dirinya menimbulkan sedikit keraguan kepada penulis, imam tersebut berkata "Beliau hanya doakan agar Lim Guan Eng memeluk Islam" Tidak kah ada keraguan di situ, kalau ya pun nak doakan agar LGE memeluk Islam kenapa mimbar Jumaat menjadi medanya, tidak sewaktu selesai bersolat.

Komen GTPMM: Kita masih menanti untuk mengetahui perkara sebenar di mana siapa yang benar dan siapa yang tidak benar. Setakat ini kelihatan seperti perkara ini benar-benar terjadi tidak ternampakpun ia permainan politik kotor dan jahat UMNO. Sama-samalah kita menunggu kebenaran mengenainya.


Enhanced by Zemanta

Sunday, August 22, 2010

Doa Untuk LGE Sewaktu Solat Jumaat

Doa Untuk LGE Sewaktu Solat Jumaat
Oleh: yieMEGA

SETELAH banyak hari GTPMM tidak mengeluarkan sebarang artikel, kendengaran kecoh di sana-sini bercerita mengenai isu Doa Untuk Lim Guan Eng sewaktu Solat Jumaat. Walau apa pun biarpun orang sudah ramai kecoh mengenai isu tersebut penulis sebenarnya masih mengambil sikap tunggu dan lihat, tetapi entah macamana pada pagi yang hening penulis tergerak hati untuk menulis mengenainya.

Sebenarnya penulis masih tidak bersedia untuk mengulas panjang, memandangkan setakat ini yang datang membuat laporan polis semuanya ada kaitan dengan UMNO, penulis sedang menunggu orang yang datang buat laporan itu bukanya dari UMNO contohnya golongan atas pagar kerana dengan golongan ini kita boleh membuat pertimbangan yang tidak condong ke mana-mana.

Terlebih dahulu penulis ingin ingatkan di sini, tiada langsung niat di hati penulis untuk merendah-rendahkan kredibiliti ahli-ahli UMNO tetapi apa yang penulis nampak yang terbaik buat masa ini sekiranya laporan itu dibuat oleh golongan atas pagar kerana ia akan nampak sedikit neutral berbanding laporan yang dibuat oleh mereka yang ada kena-mengena dengan UMNO.

Walaubagaimanapun usaha-usaha ahli-ahli UMNO yang membuat laporan itu tetap penulis puji sekiranya mereka benar-benar ikhlas dan bukanya ada maksud tertentu. Tambah lebih baik lagi sekiranya ada rakaman video berhubung perbuatan itu.

Sementara itu, penulis ingin tahu juga sekiranya benar doa untuk Lim Guan Eng dengan membelakangkan doa untuk YDP Agong dan juga YDP Negeri dibuat, apakah tujuanya dan kenapa ianya tak dibuat di luar daripada mimbar masjid sekiranya mereka ingin mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng sekalipun.

Komen GTPMM: Kalau nak berdoa untuk Lim Guan Eng tidak cukup ke sekadar berdoa di luar masjid, GTPMM bimbang juga LGE akan terus cuba menyesatkan akidah kita semua sebagai umat Islam di bumi Malaysia ini.
Enhanced by Zemanta

Friday, August 13, 2010

Dua Hari Di Bulan Ramadhan


Dua Hari Di Bulan Ramadhan
Oleh: yieMEGA

ALHAMDULILLAH hari ini sudah masuk hari kedua kita umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Penulis ingin mengangkat rasa syukur ke hadrat Ilahi tuhan seru sekian alam kerana memberikan penulis kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna.

Penulis terus berdoa agar terus diberi kekuatan untuk melalui Ramadhan kali ini, marilah bersama-sama kita berusaha agar di bulan yang penuh keberkatan ini kita dapat memperbanyakkan ibadat kepada Allah tuhan seru sekian alam. Kita patut bersyukur dek kerana kekuasaaNya kita dapat menempuhi 'hiruk-pikuk' Ramadhan kali ini dengan penuh tabah dan kesabaran yang tinggi.

Penulis berazam agar Ramadhan kali ini mampu penulis habiskan dengan dipenuhi dengan ibadah-ibadah yang amat bermakna, lagipun bulan ini adalah lebih baik daripada seribu bulan. Marilah bersama-sama kita memperhebatkan lagi amal ibadat di bulan yang penuh keberkatan ini.

Penulis bukan sekadar berpesan kepada pembaca, tetapi juga pada diri penulis. Penulis bukanlah insan yang sempurna, jadi bersama-samalah kita berjuang di bulan yang penuh keberkatan ini, agar perjuangan kita diberkati oleh Allah tuhan seru sekian alam.

Komen GTPMM: GTPMM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak gandakan pahala kurangkan dosa, dariNya kita datang dan kepadaNya kita pergi.
Enhanced by Zemanta

Sunday, August 8, 2010

Apabila Anjing Peliharaan Guan Eng Menyalak!


Apabila Anjing Peliharaan Guan Eng Menyalak!

SEBENTAR tadi penulis baru selesai membaca satu artikel di portal Mykmu.net. Tajuk artikel tersebut ialah "Gelagat Mansor Othman Bodek Guan Eng". Kesimpulan yang boleh dibuat oleh penulis di sini berdasarkan artikel tersebut nampaknya anjing yang baru dipelihara oleh Lim Guan Eng sudah mula menyalak tak ubah seperti anjing yang sedang menyalak bukit.

Menurut Mansor Othman, tindakan Nik Ali mengkritik Guan Eng adalah bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) pindaan (2002) yang perlu berkhidmat di mana sahaja diarahkan bertugas. "Sebagai seorang penjawat awam, beliau harus mengikut perintah Ketua Menteri dan tidak boleh bertindak sebaliknya. Apa dibuatnya adalah bertentangan dan tidak boleh diterima kami," katanya lagi.

Apa yang menjadi persoalan di sini adakah peraturan tersebut terpakai kepada seorang penjawat awam yang bertugas di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Sedangkan Ketua Menteri adalah hanya berhak untuk jabatan-jabatan yang berada di bawah Kerajaan Negeri.

Majikan sebenar Nik Ali ialah Perdana Menteri dan bukanya Ketua Menteri, adakah ini adalah salah cubaan Guan Eng untuk menunjukkan beliau seorang Ketua Menteri yang paling berkuasa, Ke mana perginya janji beliau untuk mengikut contoh sepertimana yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

Penulis juga ingin menyelar Mansor Othman kerana kegagalan beliau mengemukkan bukti dan fakta yang kukuh untuk menyokong hujah beliau atau beliau hanyalah seorang Timbalan Ketua Menteri Pak Turut yang menurut apa sahaja perintah ketuanya sepertimana anjing dengan tuanya.

Berdasarkan kenyataan Mansor Othman juga penulis dapat simpulkan bahawa Guan Eng telah cuba melaga-lagakan Melayu dengan Melayu, menggunakan Melayu untuk menyerang Melayu tambahan pula 'orang suruhan' beliau itu bagai lembu dicucuk hidungnya.

Mungkin juga selepas ini sekiranya Guan Eng mengarahkan Mansor Othman untuk terjun ke lubang najis dan berenang di dalamnya pun mungkin perintah orang yang kononya Khalifah itu akan diturutinya. Itulah Hakikatnya.

Komen GTPM: Beruntungnya Guan Eng kerana mempelihara anjing yang berketurunan Melayu yang sangat jarang diperolehi.
Enhanced by Zemanta

Thursday, August 5, 2010

Anwar Berterima Kasih Pada Yahudi

Anwar Berterima Kasih Pada Yahudi
Oleh: yieMEGA

TQ Algore, Paul Wolfowitz itulah antara petikan daripa Twitter Anwar Ibrahim. Dalam erti kata lain TERIMA KASIH Al-Gore dan Paul Wolfowitz. Bagi memudahkan pembaca penulis menyertakan bersama gambar 'Print Screen' Twitter Anwar Ibrahim:

Difahamkan ucapan terima kasih yang diberikan Anwar kepada mereka berdua adalah kerana mereka berdua dikatakan telah menggesa Amerika Syarikat agar campur tangan dalam kes perbicaraan Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Dengan ucapan Terima Kasih tersebut telah membuktikan bahawa Anwar Ibrahim telah berterima kasih kepada individu-individu yang ada kaitan dengan Zionis Yahudi yakni kepala-kepala Zionis dan juga penyokong setia Zionis.

Kenali Al-Gore dan Paul Wolfowitz:

Al-Akhbar, sebuah akhbar Mesir menggambarkan Al Gore seorang tokoh yang amat menyayangi bangsa Yahudi. Organisasinya, Generation Investment Management telah melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel.Klik di sini

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sentimen sokongan Al Gore (kepada Anwar Ibrahim)sebenarnya dipengaruhi oleh anak perempuan Al Gore (Karenna Gore Schiff) yang berkahwin dengan Paul Schiff (keturunan Yahudi Rothschild) pengarah Wall Street.

Sementara itu, Paul Wolfowitz juga merupakan individu yang menjadi mastermind kepada peperangan di Iraq dan pembunuhan ratusan ribuan umat Islam di sana. Orang yang menghuru-harakan Iraq ini pula kembali untuk menghuru-harakan Malaysia dan ingin mempertahankan Anwar tentu ada sebab yang tersembunyi. Anwar pula merasa bangga kerana kepala Zionis Yahudi itu masih mempercayai beliau.


Sekaligus, dua bangsa asing ini membuktikan bahawa "Misi Mohon Maaf Anwar" di Amerika Syarikat pada 23-26 Jun yang lepas berhasil.

Apa yang dijanjikan Anwar kepada mereka berdua adalah tidak diketahui tetapi rakyat Malaysia perlu berjaga-jaga dan mungkipan ungkapan Adolf Hitler di bawah ini boleh dijadikan rujukan:

"Saya boleh bunuh semua Yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka "- Hitler.

dan jangan lupa dengan Firman Allah yang berbunyi:

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, “Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka…” (Surah Al-Baqarah:120)

Komen GTPMM:
Berhati-hatilah dengan mereka yang berbangsa Yahudi, Ingat Yahudi bukan satu bangsa yang dipercayai.
Enhanced by Zemanta

Wednesday, August 4, 2010

Belit Lim Guan Eng

Present-day coat of arms of PenangImage via Wikipedia

Belit Lim Guan Eng
Oleh: yieMEGA

NAMPAKNYA Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng masih belum puas membuat putar belit di media. Sebelum ini beliau membuat putar belit berkenaan isu kerusi Ketua Menteri dengan SDO Pulau Pinang. Terbaru Lim Guan Eng sekali lagi cuba membuat putar belit berhubung isu Pertemuan Ali Ahmad dengan Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng telah memutar belitkan perjumpaan itu dengan mengatakan Ahli Ahmad telah menolak dan mengherdik beliau atau Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang berpangkat 'tuan'.

GTPMM difahamkan pertemuan Ali Ahmad dengan Tuan LGE adalah disebabkan rasa prihatin dan kembimbangan beliau (Ali Ahmad) terhadap nasib dan masaalah umum kaum Melayu di Pulau Pinang.

Beliau juga (Ali Ahmad) cuba menyampaikan keresahan beliau terhadap Lim Guan Eng yang dilihat hanya pandai berjanji tetapi tidak ditepati. Lim Guan Eng juga dilihat sebagai berat sebelah dengan hanya menyusahkan peniaga-peniaga kecil Melayu. Lim Guan Eng sepatutnya melakukan sesuatu dan bukanya terus menyalahkan pihak lain serta hanya menjawab 'tak tahu'.

Lim Guan Eng telah gagal menerangkan intipati sebenar pertemuan beliau dengan Ali Ahmad itu. Ali Ahmad sebenarnya membangkitkan isu ketidakupayaan dan ketidakefisienan LGE mentadbir negeri Pulau Pinang atau dengan kata lain LGE tidak kompeten dan tidak adil. GTPMM difahamkan Ali Ahmad akan mendedahkan perkara sebenar kepada media dalam masa terdekat ini.

Komen GTPMM:
Simpati dengan nasib rakyat Pulau Pinang di bawah pemerintahan kuku besi Tuan LGE. "Ular kalau dah suka berbelit di pokok, kat mana-mana pun dia akan pasti berbelit". Mungkin inilah nasib apabila sekutu komunis diangkat menjadi Pemimpin.
Enhanced by Zemanta

Tuesday, August 3, 2010

PR Selangor Memalukan Raja Permaisuri Agong

Flag of the Malaysian state Selangor.Image via Wikipedia

PR Selangor Memalukan Raja Permaisuri Agong
Oleh: yieMEGA

AMAT memalukan mungkin itulah ungkapan yang harus diberikan kepada satu insiden yang terjadi di Selangor. Kerajaan Negeri yang dikendalikan oleh Pakatan Rakyat itu nampaknya telah menjatuhkan Imej Raja Permaisuri Agong. Insiden itu sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Insiden yang dimaksudkan ialah satu insiden di mana Raja Permaisuri Agong telah dijadualkan untuk merasmikan Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa pada 4 Julai yang lalu. Antara insiden yang memalukan ialah kegagalan Kerajaan Negeri Selangor termasuk Menteri Besarnya sendiri menjemput ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut.

Selain itu, majlis itu hanyalah dihadiri lebih kurang 200 orang pengunjung sahaja di Stadium yang mampu memuatkan sehingga 5,000 penonton iaitu Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam. Kerajaan Negeri Selangor juga gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agung ke majlis tersebut.

Apa sudah jadi, sebelum ini tidak pernah pun insiden seperti ini terjadi, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat memandang remeh tentang hal ini?

Sebelum ini, Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tak disediakan kerusi pun sudah kecoh satu Malaysia sehinggakan mengeluarkan kenyataan untuk memecat SDO. Sedangkan SDO adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sepertimana laporan blog ini.

Bagaimana pula dengan insiden ini, ada sesiapa yang di dalam Kerajaan Negeri yang perlu dipecat bagi mengambil tanggungjawab di atas insiden yang berlaku pada hari ini? atau sudah memadai dengan membuat permohonan Maaf kepada Istana Negara?
Enhanced by Zemanta

Pengumuman:- Penukaran Domain Suara Generasi Muda Malaysia

Penukaran Domain Suara Generasi Muda Malaysia

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kepada para pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia kerana sejak dua hari lepas berlaku kesukaran untuk mengakses blog ini yang menggunakan domain www.suaragenerasimuda.com kerana berlaku beberapa masalah teknikal.

Oleh yang demikian, penulis mengambil keputusan berkuatkuasa mulai hari ini iaitu Isnin 2 Ogos 2010 blog Suara Generasi Muda Malaysia tidak lagi menggunakan domain www.suaragenerasimuda.com.

[ BACA SEPENUHNYA ]
Enhanced by Zemanta