Google
 

Sunday, November 21, 2010

Cadangan Nama Untuk Parti Baru Zaid

Zaid recumbent.Image by treviño via Flickr
Cadangan Nama Untuk Parti Baru Zaid
Oleh: GTPMM Crew

ZAID IBRAHIM sebelum ini telah membuat pengesahan bahawa beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat pada 16 Disember 2010 kelak. Beliau yang turut membayangkan mungkin akan menubuhkan sebuah parti baru seperti yang beliau katakan di dalam Sidang Media Khas Mengenainya.

Bersesuaian dengan hajat Zaid untuk menubuhkan parti baru, GTPMM Crew ingin mencadangankan satu nama yang sesuai untuk dijadikan nama parti baru yang bakal dinaungi oleh Zaid tersebut.

Sesuai dengan jiwa Zaid yang begitu liberal, jadi GTPMM Crew merasakan nama paling sesuai untuk parti politik baru yang bakal ditubuhkan beliau ialah Parti Liberal Demokratik Malaysia atau ringkasnya PALDEM.

GTPMM Crew merasakan nama itu benar-benar sesuai untuk diberikan kepada parti baru yang bakal menjadi wadah baru perjuangan politik beliau di masa yang terdekat ini. GTPMM Crew berharap agar parti baru itu adalah sebuah parti yang benar-benar telus terutamanya dari segi pemilihan pucuk pimpinan parti, dan tidak berlaku sepertimana yang berlaku di dalam PKR pada waktu ini.

GTPMM Crew juga berharap agar Zaid menerima cadangan yang diberikan ini kerana nama ini teramatlah sesuai dengan jiwa beliau yang begitu liberal dan sukakan perkara yang liberal.

GTPMM Crew: Parti Liberal Demokratik Malaysia....wah hebat bunyinya dan juga sesuailah dengan jiwa Zaid, apa tunggu lagi.
Enhanced by Zemanta

Friday, November 19, 2010

Zaid sah Keluar PKR dan Bakal Tubuh Parti Baru

Zaid recumbent.Image by treviño via FlickrZaid sah Keluar PKR dan Bakal Tubuh Parti Baru
oleh: GTPMM Crew

CALON Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zaid Ibrahim hari ini telah mengesahkan beliau telah keluar PKR dan berkemungkinan menubuhkan parti baru sepertimana yang dilaporkan media.

Kewujudan parti baru ini mungkin memberi sedikit persaingan kepada PKR tambahan diri Zaid yang lebih liberal mungkin memberi sedikit kelebihan kepada parti baru yang bakal ditubuhkan Zaid nanti.

Walauapapun Kehadiran Parti Zaid mungkin dapat menyemarakkan lagi arena politik tanah air. Dalam pada itu GTPMM Crew berharap parti baru yang bakal Zaid tubuhkan tidak mengamalkan sepertimana yang di dakwanya terhadap PKR baru-baru ini.

Pemilihan di dalam parti baru itu hendaklah benar-benar mengamalkan demokrasi yang tulen dan bukanya demokrasi yang penuh kepalsuan dan dipenuhi dengan agenda-agenda peribadi orang yang tertentu.

Sebelum ini, Zaid diwar-warkan adalah pemimpin masa hadapan PKR, sekarang pemimpin masa depan PKR sudah keluar daripada PKR dan ingin menubuhkan parti baru.

Setakat ini belum diketahui apakah nama parti baru yang bakal ditubuhkan Zaid? Ada ura-ura yang mengatakan Zaid mungkin akan menggunakan nama Parti Keadilan Baru, namun setakat ini belum disahkan lagi kesahihan nama tersebut.

Komen GTPMM: Terpulang kepada Zaid untuk menamakan parti barunya, tetapi janganlah pula apa yang berlaku di dalam PKR selama ini berlaku pula di dalam parti barunya. Zaid kena pastikan pemilihan partinya benar-benar bersih.
Enhanced by Zemanta

Sunday, November 7, 2010

Galas yang sudah digalas BN

Galas yang sudah digalas BN
Oleh: GTPMM Crew

PILIHAN RAYA KECIL DUN Galas sudah pun berakhir, dan kini terbuktilah sudah BN diberi kepercayaan untuk menggalas harapan rakyat di Dewan Undangan Negeri Galas sebuah DUN yang berada di dalam negeri Cik Siti Wan Kembang tanah serendah sekebun bunga.

Begitulah di dalam setiap pertandingan sudah tentu ada pemenang dan juga pihak yang tertewas. Menjadi adat di dalam pertandingan begitulah kisahnya. Secara lazimnya mereka yang tertewas sudah pasti tidak dapat menerima kekalahan mereka.

PRK DUN Galas menyaksikan PAS berjaya ditewaskan BN. Seperti biasa yang tewas kebanyakkan tidak dapat menerima kekalahan, jadi mereka cuba mencari sasaran untuk dijadikan kambing hitam, dan seperti kebiasaan BN/UMNO akan dipersalahkan PAS.

Sebenarnya, PAS tidak boleh terlalu cepat untuk menyalahkan orang lain sebaliknya mereka sepatutnya cuba menyelidik dulu, di manakah silapnya. Kaji dalam-dalam, perinci betul-betul, selidik betul-betul 'post mortem' pun biarlah betul-betul jangan sekadar melepas batuk di tangga.

Sebenarnya PAS tidak perlu kecewa dengan kehilangan kerusi DUN Galas kerana mereka masih banyak lagi kerusi di DUN Kelantan, kalau itu masih belum cukup mereka boleh pergi ke kedai beli kerusi banyak-banyak terpulang kepada mereka berapa banyak yang mereka mahu.

Dalam kesempatan ini GTPMM Crew memohon maaf kerana kurang membuat liputan semasa PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi baru-baru ini berlangsung ini adalah kerana kebanyakkan krew-krew kami banyak bercuti. Harap maaf.

Komen GTPMM Crew: Jika tak tahu menari jangan disalahkan tanah tu tinggi atau rendah. Kalau tak tahu cakap aje tak tahu itu kan lebih mudah. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.

Thursday, October 28, 2010

PRK Galas - PAS Sogok Wang?


PRK Galas - PAS Sogok Wang?
Oleh: GTPMM Crew

KEMPEN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas telahpun bermula. Parti-parti yang bertanding akan mempertaruhkan strategi masing-masing. Seperti mana yang kita maklum PRK DUN Galas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dengan UMNO. Untuk rekod PAS merupakan penyandang kerusi DUN Galas sebelum ini, Adakah PAS berjaya mempertahankan kerusi ini? Jawapanya pada 4 November ini.

Parti-parti yang bertanding sudah tentu mempunyai strategi masing-masing terpulang kepada pendekatan yang digunakan parti masing-masing. Apa yang tak sedapnya, apabila pada PRK kali ini PAS dikatakan telah cuba menyogok RM500 sebagai memancing undi sepertimana yang dilaporkan oleh Gelombang Rakyat.

Sebelum ini, PAS mendakwa BN suka menyogok rakyat, kini apa pula jawapanya apabila PAS sendiri yang menyogok rakyat? Jangan pula selepas ini 'tindakan PAS' ini dihalalkan oleh Mursyidul Am Mereka. Kalau ini terjadi terbuktilah PAS mengamalkan politik "Wal Haram Mu, Wal Halal Ku".

GTPMM Crew hairan juga kenapa PAS begitu terdesak sehingga sanggup menggunakan strategi 'sogok wang' untuk memenangi PRK DUN Galas, sedangkan kalau mereka kalah sekalipun ia tidak akan menggugat Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS. Apa nak ditakutkan setakat hilang satu kerusi dan bukanya 20 mahupun 10 kerusi.

Hairan juga apa yang ditakutkan PAS sehingga sanggup 'menggadai prinsip' demi memenangi PRK DUN Galas kerana bagi GTPMM Crew sekiranya PAS tewas ia langsung tidak akan meninggalkan kesan terhadap PAS dan juga Kerajaan Negeri Kelantan.

Lagipun peluang untuk PAS memenangi PRK ini adalah cerah memandangkan calon yang diketengahkan oleh PAS lebih tinggi taraf pendidikanya berbanding calon yang dipertaruhkan BN, jadi tak perlu lah PAS menggunakan strategi yang menampakkan PAS seolah-olah terdesak.

Komen GTPMM Crew: Apa nak jadi dengan PAS sekarang ni?

Thursday, October 14, 2010

Batu Sapi Sangat Penting Bagi BN

Batu Sapi Sangat Penting Bagi BN
Oleh: GTPMM Crew

SELEPAS PRK DUN GALAS, tumpuan akan beralih kepada satu lagi PRK yang akan dijalankan ekoran kematian wakilnya di dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini. Penulis meletakkan perjuangan BN di Batu Api adalah satu perkara sangat penting buat BN. Tambahan pula kerusi ini sebelum ini menjadi milik BN.

Kenapa penulis berkata ia sangat penting buat BN? sebabnya ia akan boleh dijadikan sebagai 'kayu pengukur' sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak yang sebelum ini menjadi 'simpanan tetap' buat BN. Adakah 'status simpanan tetap' ini akan berakhir? Adakah kekecewaan BN di sibu akan berulang di Batu Sapi, semua jawapan kepada persoalan itu ada di batu sapi.

Pada masa ini, kebanyakkan petugas-petugas parti yang bernaung di bawah BN sedang menumpukan kepada strategi untuk digunakan semasa PRK DUN Galas, namun mereka perlu ingat di dalam menghadapi 'tugas-tugas getir BN' di Batu Sapi adalah lebih baik kerja-kerja itu dimulakan sekarang dan bukanya apabila kempen baru nak bermula.

Kajian khas untuk PRK Batu Sapi hendaklah dijalankan dengan segera, bagi memastikan kekecewaan BN di Sibu tidak akan berulang di Batu Sapi. Mereka perlu ingat 'mempertahankan' adalah lebih susah daripada 'mendapatkanya'.

Pemimpin-Pemimpin BN tidak seharusnya leka dengan ini, mereka patut sedar bahawa PRK di Batu Sapi adalah sepuluh kali ganda lebih susah daripada PRK DUN Galas. Strategi yang hendak diguna pakai perlu dirangka segera demi memastikan BN tidak terlepas satu lagi kerusi di negeri-negeri yang berada di kepulauan borneo itu.

Komen GTPMM Crew: Sudah tiba masanya, BN merangka strategi untuk mempertahankan Batu Sapi daripada terlepas ke tangan pembangkang. Jangan sampai pisang berbuah dua kali dan juga jangan biarkan kita dipatuk ular yang sama untuk kali kedua.
Enhanced by Zemanta

Tuesday, October 12, 2010

Dapatkah PAS memperbodohkan Orang Asli?

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via WikipediaDapatkah PAS memperbodohkan Orang Asli?
Oleh: GTPMM Crew

ORANG ASLI merupakan satu pecahan kaum yang terpenting di DUN Galas, Gua Musang, Kelantan. Faktor inilah mungkin mereka menjadi penentu kepada 'survival' parti-parti yang bertanding di Galas oleh yang demikian parti-parti bertanding terpaksa berhempas-pulas untuk mendapatkan undi-undi untuk parti masing-masing.

Oleh itu, tidak peliklah sekiranya kita melihat PAS sudah mendahului di dalam usaha-usaha memujuk orang Asli. Kita lihat sahaja berapa banyak 'hadiah untuk orang asli' yang sudah mula diberikan oleh PAS kepada mereka. Baguslah sekiranya benar-benar ingin membantu orang Asli.

Namun, yang menjadi persoalan di sini, mengapa ianya dibuat tatkala PRK DUN Galas yang semakin hampir, walaupun tirai kempen masih belum dibuka sudah tentu 'hadiah-hadiah' dari PAS itu ada udang di sebalik batu, kalau tidak masakan waktu PRK Galas makin hampir menjadi pilihan mereka untuk memberi hadiah-hadiah buat orang Asli.

Pada pandangan penulis, tujuan PAS memberikan 'hadiah-hadiah istimewa' tersebut kepada orang Asli ia tak ubah sebagai 'umpan' yang dipasang PAS akar dapat memancing undi daripada kalangan orang Asli. Secara tidak sedar PAS cuba memperbodohkan orang Asli. Mungkin PAS beranggapan orang Asli ini bodoh pada mereka, tetapi tidak pada penulis kerana zaman ini sudah ramai orang-orang Asli yang sudah menjadi bijak pandai, jadi mungkinkah impian PAS untuk memperbodohkan orang Asli berhasil? Tidak sama sekali itu jawapan penulis.

Namun, di sini penulis dapat melihat cara yang PAS gunakan di sini, samalah dengan cara mubaligh-mubaligh kristian yang masuk ke kampung-kampung orang Asli dan menyebarkah agama mereka dengan memberikan 'hadiah-hadiah istimewa' kepada orang Asli. Jadi maknanya tiada bezanya mubaligh-mubaligh kristian dengan PAS.

Komen GTPMM Crew: Kalau dah kemaruk undi tu, macam-macam cara PAS buat termasuklah dengan cara yang seakan ingin memperbodohkan orang asli ini. Alahai PAS apa nak jadi. Inikah parti yang mendakwa memperjuangkan ISlam?......no komen.....
Enhanced by Zemanta

Monday, October 11, 2010

Benarkah Kerajaan Persekutuan Menafikan Projek untuk Kelantan

Benarkah Kerajaan Persekutuan Menafikan Projek untuk Kelantan
Oleh: GTPMM Crew

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan bertarikh 10 Oktober 2010 melaporkan kenyataan Menteri Besar Kelantan yang mendakwa bahawa 'Kerajaan Persekutuan telah menafikan 118 Projek Pembangunan di Kelantan'. Mungkin dengan membacanya sahaja pasti kita akan percaya kata-kata seorang yang menggelarkan dirinya 'Tok Guru' bertaraf Ulama' itu.

Apa yang penulis boleh bersetuju ialah Kelantan sememangnya bukan musuh tetapi pembangkang itu memang realitinya. Namun, penulis langsung tidak bersetuju dengan dakwaan TG Nik Aziz yang menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menafikan projek pembangunan di Kelantan.

Hairan juga penulis kenapa tiba-tiba Tok Guru bercakap tentang Pembangunan sedangkan sebelum ini beliau sendiri yang kata pembangunan itu duniawi. Tak apalah mungkin dia dah berubah maklum sahajalah Pakatan Rakyat bakal membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pada penulis, kenyataan Tok Guru ini boleh disifatkan sebagai 'strategi politik' mereka untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kenyataan Tok Guru ini adalah lebih kurang sama dengan tindakan Exco Penerangan, Pembangunan, Sains dan Teknologi negeri yang memberikan dividen Ladang Rakyat kepada 250 orang asli di Markas PAS Bandar Lama, Gua Musang.

Ia bermotifkan politik dan lebih kepada untuk memperbodohkan orang Asli kerana pada fikiran mereka orang asli tidak berapa cerdik, tapi pada fikiran saya orang Asli lebih cerdik daripada mereka sekarang. Mari kita lihat siapa akan diperbodohkan dan siapa akan memperbodohkan tunggu 4 November nanti.

Cuba kita lihat apa perlunya pembahagian dividen dibuat menjelang PRK DUN Galas yang semakin dekat. Tidakkah ia menandakan ianya bermotif politik.

Berbalik kepada isu utama artikel ini iaitu dakwaan MB Kelantan yang mengatakan Kerajaan Persekutuan menafikan projek pembangunan untuk Kelantan. Tak payah pergi ke daerah lain untuk melihat bukti betapa banyaknya pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan. Cukup kalau kita lihat di Kota Bharu, berapa banyak projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat yang diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan. Contohnya Jambatan Sultan Yahya Petra 2, projek pembanguna berdekatan Jeti Kastam, Projek Pengubahsuaian Pasar Siti Khatijah dan bermacam-macam lagi yang tak dapat penulis senaraikan di sini.

Komen GTPMM Crew: Teringat kepada satu pepatah Melayu yang berbunyi "Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri" Jadi Fikir-fikirkanlah.


Enhanced by Zemanta

Saturday, October 9, 2010

Ku Li Sah Pengarah Pilihan Raya BN untuk PRK DUN Galas

Ku Li Sah Pengarah Pilihan Raya BN untuk PRK DUN Galas
Oleh: GTPMM Crew



BERITA TERKINI yang GTPMM terima ialah Ahli Parlimen Gua Musang yang juga merupakan Ketua UMNO Gua Musang telah tiba ke tanah air pagi tadi. Ekoran ketibaan beliau mengadakan Sidang Media Khas mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Galas.

Di dalam sidang media berkenaan, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan Ku Li oleh masyarakat setempat telah mengesahkan penerimaan beliau untuk menjadi Pengarah Pilihanraya BN untuk PRK DUN Galas, ini menjawab spekulasi yang timbul sebelum ini sepertimana dakwaan PAS berkemungkinan Ku Li akan membuat 'perangai' dengan tidak menerima jawatan PPR itu.

Namun, dakwaan PAS itu terbukti tidak berasas kerana Ku Li telah membuat kenyataan dengan menerima lantikan untuk jawatan PPR itu. Ini bermakna harapan PAS untuk Ku Li tidak menerima jawatan itu sudah 'berkecai' kerana memang sahih Ku Li menerima jawatan itu ini menjadikan Ku Li Jeneral BN di Galas.

Sementara itu, ditanya mengenai cadangan yang timbul yang mahukan beliau sendiri (Ku Li) menjadi calon untuk PRK DUN Galas. Ku Li menjawab berkenaan calon saya kena bincang dengan Perdana Menteri terlebih dahulu.

Sebelum ini, kendengaran banyak suara akar umbi yang mahukan Ku Li menjadi calon untuk PRK DUN Galas. GTPMM menyokong sepenuhnya cadangan menjadikan Ku Li calon kerana setakat ini beliaulah calon terbaik untuk BN.

Komen GTPMM Crew: Akhirnya impian PAS untuk melihat Ku Li membuat perangai nampaknya tidak berhasil apabila Ku Li menerima jawatan PPR DUN Galas yang di 'galas'kan di bahunya. Kini cuma tinggal impian kedua PAS iaitu agar Ku Li tidak menjadi calon di PRK DUN Galas.
Enhanced by Zemanta

Friday, October 8, 2010

Sumpah Rahimi Osman

Sumpah Rahimi Osman
Oleh: GTPMM

DALAM diam-diam tiba-tiba muncul pula Rahimi Osman ditengah-tengah kesibukkan perbicaraan kes liwat DS Anwar Ibrahim. Paling memeranjatkan Rahimi Osman merupakan bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Pada hari Rabu yang lepas Rahimi Osman telah membuat laporan polis membabitkan kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang masih berlangsung di mahkamah ketika ini.

Satu laporan Polis dibuat Rahimi di Balai Polis IPD Klang Selatan kira-kira 2.30 petang Rabu 6 Oktober 2010. Rahimi telah mendakwa bahawa beliau telah dipaksa oleh Anwar untuk memberikan dua pengakuan sumpah palsu 28 Jun 2008 yang antara lain cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri sebagai mastermind konspirasi. Selepas itu Rahimi mengadakan Sidang Media.

Proses Sidang Media Rahimi 'tergangu' apabila beberapa orang cuba membuat kekecohan yang disyaki mereka adalah dari PKR. Namun PKR menafikanya dan cuba mengaitkan kekecohan tersebut dengan BN sepertimana yang biasa mereka lakukan sebelum ini termasuk beberapa siri kekecohan di Pemilihan Peringkat Cabang PKR.

Mengulas isu tersebut Sayuti Omar menerusi blognya Merah Tinta MSO yang mempersoalkan kenapa selepas dua tahun baru Rahimi mendedahkan perkara sedemikian. GTPM merasakan walaupun terlambat dua tahun, mungkin juga Rahimi ada alasan tersendiri seperti memerlukan masa untuk berfikir.

Berbalik dengan ulasan Sayuti Omar, soalan yang sama juga kita boleh ajukan kepada Kerajaan PAS Kelantan di dalam versi yang berbeza. Soalanya berbunyi "Kenapa baru sekarang Kerajaan Kelantan mahu tuntut royalti" sudah pasti mereka pun mempunyai alasan yang tersendiri.

Jadi tempoh atau waktu bukanlah menjadi isu di sini, cuma yang menjadi isu di sini rakyat semakin keliru adakah siapa sebenarnya yang membuat konspirasi adakah Datuk Seri Najib ataupun Anwar Ibrahim sendiri yang membuat konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Komen GTPMM: "Lepas satu, satu rahsia Anwar terbongkar dan sama-samalah kita menunggu detik dan waktu kebenaran menghapuskan kebatilan".
Enhanced by Zemanta

Wednesday, October 6, 2010

GTPMM menyokong Ku Li Calon BN Di Galas


GTPMM menyokong Ku Li Calon BN Di Galas
Oleh: GTPMM

GTPMM percaya sudah ramai yang mengetahui terutamanya yang mengambil cakna berkenaan isu-isu semasa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas pada 26 Oktober 2010 dan hari membuang undi ditetapkan pada 4 November 2010.

Mungkin GTPMM sedikit terlewat untuk mengumumkan pendirian GTPMM berhubung calon yang bakal dipertaruhkan BN di DUN Galas. Ini disebabkan ada beberapa ganguan teknikal yang berlaku beberapa hari ini menyebabkan GTPMM tidak dapat mengemaskini blog ini dengan isu-isu yang terkini dan sensasi.

Berkenaan dengan cadangan menjadikan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PRK DUN Galas sememangnya GTPMM bersetuju dengan cadangan itu. Malah GTPMM bersetuju menjadi jurukempen dalam talian sekiranya YBM Tengku Razaleigh Hamzah dipilih menjadi calon untuk PRK tersebut.

Berkenaan dengan PAS yang bermati-matian cuba untuk mengaggalkan usaha-usaha menjadikan Ku Li sebagai calon DUN Galas yang mana tidak pernah sebelum ini mereka menggangu urusan calon untuk BN tetapi kali ini mereka tampil dengan cara yang berlainan dengan harapan Ku Li tidak menerima tawaran untuk menjadi calon di Galas.

GTPMM merayu agar Ku Li tidak terpengaruh dengan percubaan mereka untuk mengagalkan usaha-usaha untuk menjadikan Ku Li sebagai calon BN untuk PRK DUN Galas. Jangan kecewakan harapan rakyat di Galas itu pesanan GTPMM kepada Ku Li.

Komen GTPMM: GTPMM berharap sangat agar Ku Li menjadi calon di Galas. Patik Pacar yang hina memohon Tengku untuk menjadi calon untuk PRK DUN Galas
Enhanced by Zemanta

Wednesday, September 29, 2010

PKR Semakin Hancur?

Parti Keadilan RakyatImage via WikipediaPKR Semakin Hancur?
Oleh: yieMEGA

Parti Keadilan Rakyat (PKR), di mana pada masa ini sedang menjalankan proses demokrasi di dalam parti mereka yang dibuat untuk memilih pemimpin-pemimpin baru PKR yang bakal menggalas harapan baru untuk rakyat Malaysia. Prestasi pencapaian di dalam PRU12 mereka memang benar-benar membuatkan mereka bercelaru.

Mungkin mereka tidak belajar sesuatu daripada peristiwa "kekalahan besar" selepas "kemenangan besar" yang dialami UMNO semasa PRU12 yang menyaksikan, negeri-negeri yang dikuasai BN sebelum ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. "Kemenangan besar" BN pada 2004 benar-benar membuatkan BN terleka sehingga mereka dihukum pada PRU12 selain faktor Khairy Jamaluddin dan juga Patrick Badawi.

Semasa pemilihan PKR itu berlangsung bermacam-macam insiden yang terjadi dan mewarnai pemilihan PKR pada kali ini. Kekecohan demi kekecohan berlaku, namun seperti biasa apa yang negatif berlaku di dalam parti mereka akan kaitkan dengan UMNO, sudah menjadi kebiasaan mereka untuk menjadikan UMNO sebagai kambing hitam.

Terbaru, kekecohan semasa pemilihan PKR itu merebak pula ke negeri kelahiran Anwar Ibrahim yakni Pulau Pinang sepertimana yang dilaporkan oleh M.I.M. GTPMM pun naik hairan kenapa 'pemilihan PKR' ini ditinggalkan Anwar yang pada ketika itu berada di Indonesia sedang memburuk-burukkan Malaysia.

Selain itu, timbul persoalan adakah pemilihan PKR ini tidak begitu penting buat Mansor Othman dan Malik Kassim yang pada ketika itu berada di Australia, ataupun ini adalah salah satu cara mereka untuk lari dari masalah? Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri.

Apa yang GTPMM dapat lihat di sini, jelas sekali PKR tidak belajar dengan insiden yang menimpa UMNO sekaligus perebutan jawatan di dalam PKR mungkin akan menyebabkan PKR berkubur tidak lama lagi.

GTPMM juga hairan dengan sikap Anwar Ibrahim apabila beliau membuat 'semakan semula pemecatanya sebagai Timbalan Perdana Menteri". Ini menjadi tanda-tanya adakah PKR hanyalah sebagai 'alat' sementara menanti keputusan tersebut dan sekiranya keputusan itu memihak kepada beliau mungkin beliau akan meninggalkan PKR. Di mana ada kemungkinan itu, kalau tidak apa perlunya beliau membuat semakan itu.

Komen GTPMM: Manusia akan sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa, demi kuasa manusia sanggup bertuhankan syaitan bertopengkan manusia. Itulah hakikatnya....
Enhanced by Zemanta

Monday, September 27, 2010

Perhimpunan Melayu PERKASA D'Pasir Mas








Perhimpunan Melayu PERKASA D'Pasir Mas
Oleh: GTPMM

PASIR MAS - 25 September 2010 berlansung satu perhimpuran yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa atau ringkasnya PERKASA. Perhimpunan ini boleh dikatakan berjaya kerana menjaya menggamit puluhan ribu orang untuk menghadiri perhimpunan ini. Turut memeriahkan perhimpunan ini apabila mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad bersama isteri turut hadir untuk bersama menjayakan program anjuran PERKASA biarpun beliau sendiri bukanlah ahli PERKASA.

Perhimpunan ini merupakan satu manifestasi sokongan rakyat terhadap PERKASA dan usaha-usaha yang dijalankan oleh NGO tersebut untuk memastikan kepentingan umat Melayu di Malaysia terbela.

Namun apa yang dikesalkan ialah perhimpunan itu telah diperlekehkan oleh beberapa portal berita berita internet yang pro kepada pembangkang. Kebanyakan daripada portal berita tersebut telah memberi maklumat yang salah berhubung bilangan kehadiran orang ramai ke perhimpunan yang penuh bermakna itu. Rata-rata portal berita internet pro pembangkang mengistiharkan bahawa hanya 5,000 orang yang hadir ke perhimpunan itu.

Perhimpunan yang diadakan di kawasan berhampiran Stesen KTM Pasir Mas itu turut dipersoalkan kenapa lokasi itu dipilih, dan ada juga yang melabel sebagai simbolik Mahathir dan Ibrahim Ali sedang menunggu keretapi untuk menamatkan karier politiknya.

Walaubagaimanapun apa yang kita perlu tahu sebenarnya 'simbolik' yang boleh kita lihat daripada lokasi penganjuran perhimpunan ialah, Keretapi Tanah Melayu merupakan satu-satunya yang tinggal untuk Melayu. Itulah yang menjadi simbolik sebenarnya bukan seperti mana laporan bias portal berita internet pro pembangkang.

Apabila mereka memperlekehkan Perhimpunan yang dianjurkan oleh PERKASA ini, makanya sudah tentu begitu takut dengan sokongan yang diberikan kepada PERKASA. Dengan memperlekehkan perhimpunan ini mungkin secara tidak langsung mereka akan dapat menganggu-gugat PERKASA.

Komen GTPMM: Pepatah Melayu sudah berkata "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" Fikir-fikirkanlah.

Saturday, September 25, 2010

Apa yang tak kena dengan PBA?


Apa yang tak kena dengan PBA?
Oleh: GTPMM

PERBADANAN Bekalan Air Pulau Pinang merupakan satu agensi yang bertangungjawab membekalkan air bersih kepada rakyat Pulau Pinang. Perbadanan ini diterajui oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Tuan Lim Guan Eng.

Menggunakan kapasiti beliau selaku peneraju PBA dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau bercadang untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang kerana dakwanya statistik bekalan air 2008 telah mendapati bahawa pembaziran air yang teruk berlaku pada tahun 2008.

Menjadi persoalan di sini, mengapa Lim Guan Eng (LGE) menggunakan statistik 2008 untuk membuat keputusan menaikkan tarif air sedangkan statistik 2009 telah pun dikeluarkan. atau LGE cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat dengan memperbodohkan rakyat seperti itu.

Cuba lihat data Bekalan Air di Bawah:


Mengikut ulasan Dr. Novandri Hassan Basree, Penggunaan air tahun 2007 ialah 719 juta liter. Manakala tahun 2008 pula ialah 744 juta liter dan tahun 2009 ialah 739 juta liter. Bermaksud penggunaan air tahun 2009 telah berkurangan sebanyak 5 juta liter!!

Dan ironinya, NRW pada tahun 2009 adalah sangat tinggi iaitu 19.1% jika dibandingkan dengan 16.9% pada tahun 2007 dan 2008!

NRW mewakili kehilangan air disebabkan oleh paip PBA yang bocor dan pecah, serta kegunaan semasa kecemasan seperti pihak bomba semasa kebakaran.

Dengan peningkatan pengguna air setiap tahun, peningkatan bidang trade dan perniagaan (sepatutnya), peningkatan kehilangan air dan pengurangan penggunaan air pada tahun 2009 jika dibandingkan pada tahun sebelum ini,maka, apakah rakyat Pulau Pinang masih "suka membazir air" pada tahun 2009 dan 2010 seperti yang di dakwa oleh Lim Guan Eng ?

Berdasarkan data-data yang dibekalkan di atas, jelas sekali LGE telah cuba untuk menipu rakyat Pulau Pinang tambahan pula, bagi penulis tiada keperluan untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang berdasarkan data yang diperolehi di atas.

Sekiranya LGE cuba menggunakan alasan keuntungan PBA yang semakin mengecil menyebakan ia terpaksa menaikkan tarif air, bagi penulis alasan ini juga tidak boleh diterima, Kenapa? sila lihat data di bawah ini:


Pembaca boleh mendapatkan penerangan tentang data-data di atas di sini.

Komen GTPMM: Apa yang GTPMM dapat lihat di sini, LGE cuba memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dalam masa yang sama hilanglah Polisi CAT Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tak tahu lah ke mana hilang mungkin sudah dimakan kucing kot, dalam masa sama pemimpin mewah rakyat merana dek kerana perbuatan KM yang menggelarkan dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz ini. Adakah anda ingin LGE terus memperbodohkan anda? Fikir-fikirkanlah....
Enhanced by Zemanta

Tuesday, September 21, 2010

PEMILIHAN PKR

Menarik sungguh mungkin itulah yang kita boleh katakan mengenai Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sudah menjadi isu hangat kini.


Tambah menghangatkan suasana pemilihan PKR apabila jawatan Timbalan Presidenya menjadi rebutan. Syukur bukan jawatan Presiden yang menjadi rebutan, alangkah lebih baiknya jawatan presiden menjadi rebutan.

Nampaknya pemilihan PKR kali ini diwarnai dengan pelbagai isu dan melibatkan beberapa puak yang wujud di dalam PKR.

Paling menarik apabilaa pemilahan kali ini meambuatkan Zaid Ibrahim semacam kecewa dengan PKR, walau apa pun itulah jalan yang beliau pilih, tak kan dah ludah nak jilat balik.

ok lah kita tunggu sahaja apa kesudahan cerita pemilihan PKR ini.

Wednesday, September 15, 2010

Cuti 1Malaysia


Cuti 1Malaysia
Oleh: GTPMM

ESOK tanggal 16 September 2010 telah diumumkan sebagai Cuti 1Malaysia, mungkin ini satu berita gembira buat kakitangan awam al-maklum sahajalah cuti umum bertambah satu hari lagi dan dapatlah mereka merancang untuk membawa anak-anak mereka ke mana-mana terutamanya yang berada di Pantai Timur seperti Terengganu, Pahang dan Kelantan dengan adanya cuti 1Malaysia pada tarikh tersebut ia akan memberikan cuti panjang selama tiga hari termasuk cuti Jumaat dan Sabtu.

Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah memberikan cuti ini kepada kakitangan awam. Bolehlah mereka beristirehat dan sambil bercuti bersama keluarga mereka. Cuti ini merupakan satu advantage bagi kakitangan awam.

Mungkin kita sibuk bercakap pasal cuti 1Malaysia pada tarikh 16 September 2010 tetapi kita mungkin tidak sedar pada tarikh ini jugalah sebuah negara bernama Malaysia terbentuk. 16 September 2010 merupakan Hari Malaysia, dan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia, Hari Malaysia telah dijadikan cuti umum. Tahniah sekali lagi buat PM.

Menyebut 16 September tiba-tiba penulis teringat kepada impian 16 September Anwar Ibrahim, selepas beberapa siri percubaan Anwar Ibrahim untuk merampas putrajaya pada 16 September ternyata masih gagal setakat ini, bagaimana pula dengan esok? Kita tunggu dan lihat sahajalah.

Walaubagaimanapun sudah lama tidak mendengar Anwar Ibrahim mendendangkan 'lagu 16 Septembernya', adakah pada tarikh ini beliau akan mendendangkan lagi lagu tersebut, kita tunggu dan lihat sahajalah.
Komen GTPMM: 16 September merupakan hari Malaysia di kesempatan ini GTPMM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia dan juga selamat bercuti 1Malaysia. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.
Enhanced by Zemanta

Tuesday, September 14, 2010

Janji Awang Adek di Kelantan


Janji Awang Adek di Kelantan
Oleh: GTPMM

JANJI sesuatu agak mudah dilafaz dan agak susah dilaksana. Kata orang "Kalau lembu berpegang pada tali, manusia berpegang kepada janji. Janji tanpa dikota adalah sesuatu yang dibenci oleh semua, tetapi sekiranya janji dikota nescaya janji itu memang bermakna kepada semua.

Bercakap mengenai janji, jadi sesuailah kita bercakap mengenai Janji Dr. Awang Adek di Kelantan. Janji yang diberikan ialah Bekalan Air Bersih yang benar-benar buat rakyat Kelantan sekiranya UMNO berjaya membentuk Kerajaan Kelantan.

Sementara itu, penulis terkenal Mohd Sayuti Omar atau nama penanya MSO telah membuat kenyataan di dalam blognya berhubung janji Awang Adek ini. Di mana penulis telah mengambil cedikit cebisan penulisan di dalam blog beliau sepertimana di bawah ini:

KATA Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Awang Adek Hussein Kelantan akan dibekalkan air bersih sekiranya Umno memerintah Kelantan. Selagi lagi Awang Adek patah balik ke belakang dan terus bermain dengan tektik politik Pak Mat Trafik. Tahukah macam mana politik Pak Mat Trafik.
- Mohd Sayuti Omar.

Mungkin cebisan itu belum cukup untuk memberikan kefahaman kepada saudara dan saudari pembaca yang dikasihi sekalian. Di sini MSO telah menyamakan Dr. Awang Adek dengan perangai seorang gila yang dikenali dengan nama Pak Mat Trafik. Dari segi ini walaupun penulis tidak mahu menyamakan Awang Adek dengan orang Gila tetapi penulis perlu akur bahawa "Orang yang menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan hasil yang berbeza adalah orang gila" Falsafah ini popular di dunia perniagaan insurans, walaupun ia dibidang perniagaan insurans ianya tidak bermakna kita boleh gunakanya untuk bidang politik.

Apakah maksud penulis dengan cara yang sama untuk hasil yang berbeza mungkin di bawah ini ada jawapanya:

Kalau benar Umno nak bantu rakyat Kelantan, Awang Adek tidak payah tunggu Umno menang, perintah Kelantan beliau boleh bekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan pada hari ini juga. Masalah air bersih di Kelantan sudah sampai ke tahap yang menggerunkan sekali. Benar kata Awang Adek di mana-mana orang memperkatakan tentang air berwarna perang di Kelantan. Kalau rendam baju putih bertukar jadi merah.

Kenapa Awang Adek hendak mendenda rakyat Kelantan. Bila beliau berjanji begitu, kalau Umno tidak menang bermakna rakyat Kelantan terus menikmati air berwarna. Apakah begitu yang harus dilakukan oleh seorang pemimpin? Seorang berkelulusan Phd memilik doktorat seharusnya tidak bingung seperti ketua cawangan yang hanya lulus SRP dan SPM gread tiga.
Mohd Sayuti Omar

Berkenaan dengan kenyataan MSO yang mengatakan Awang Adek hendak mendenda rakyat Kelantan, jikalau UMNO tidak menang makanya rakyat Kelantan akan terus berendam dengan air yang perang dan juga kemerahan. Bab ini penulis kurang bersetuju dengan MSO, pada penulis Awang Adek tidak mahu mendenda rakyat Kelantan sepertimana yang diperkatakan MSO itu.

Bukankah bekalan air di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, jadi adalah mustahil untuk UMNO membantu memperbaiki mutu bekalan air untuk rakyat Kelantan kerana ianya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, jadi memang benarlah kata Awang Adek yang masalah itu akan diselesaikan apabila UMNO mengambil alih kerajaan negeri.

Ada juga satu cara lain yang boleh buat tanpa perlu mengambil alih kerajaan negeri bagi memberikan air bersih yang bermutu kepada rakyat Kelantan iaitu Kerjasaama Kerajaan Negeri dan Persekutan, dan hedaklah Kerajaan Tidak mengenakan syarat-syarat yang tidak munasabah dalam usaha-usaha memperbaiki mutu bekalan air rakyat Kelantan.

Kerjasama ini tidak akan berhasil sekiranya Kerajaan Negeri mengenakan syarat-syarat yang begitu ketat, dan juga bayaran premium yang tinggi kepada kerajaan negeri. Sekiranya ini dapat dielakkan berkemungkinan besar rakyat Kelantan berjaya mendapat bekalan air bersih yang benar-benar bersih.

Komen GTPMM: Sekiranya kerjasama yang begitu komited diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Kerajaan Persekutuan, GTPMM percaya isu air berkarat ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera. Sekiranya Kerajaan Negeri memberi kerjasama UMNO tidak perlu menunggu mereka memerintah untuk memberikan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan.
Enhanced by Zemanta

Monday, September 13, 2010

Apabila PERKASA diPERKASAmkan UMNO


Apabila PERKASA diPERKASAmkan UMNO
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini dilaporkan bahawa UMNO menerusi Setiausaha Agung UMNO membuat kenyataan bahawa UMNO menjauhkan diri dari PERKASA kerana ianya sebuah pertubuhan yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman. Ternyata dengan kenyataan itu UMNO yang kononya memperjuangkan hak-hak orang Melayu kini telah memperkasamkan sebuah pertubuhan yang juga merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Penulis tidak nampak sebab dan musabab mengapa perlu PERKASA dijauhi UMNO, adakah benar PERKASA sering mengeluarkan kenyataan yang ekstrem melibatkan isu-isu perkauman. Itu penulis kurang pasti, tapi apa yang pasti penulis mendengar PERKASA sebenarnya hanya ingin mempertahankan hak-hak yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi adakah kerana mempertahankan hak-hak orang Melayu yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan sudah dikira sebagai mengeluarkan kenyataan ekstrem.

Sedangkan kalau tak silap penulis, sudah banyak lagi pemimpin-pemimpin parti komponen di dalam BN sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang lebih ekstrem dari PERKASA tapi tidak pula dijauhi UMNO. Kenapa? Mengapa? Apa Sebabnya?

Penulis juga sependapat dengan pandangan Tun Dr. Mahathir yang menyatakan bahawa UMNO tidak mampu berbalah dengan PERKASA. kerana katanya kita tidak boleh tolak sebarang orang, kalau tolak 100-200 orang sahajapun kita mungkin kalah. Jadi usahlah berbalah dengan sesiapa.

Walaubagaimanapun penulis belum mendengar apa-apa komen yang dikeluarkan oleh Presiden dan juga Timbalan Presiden UMNO berkenaan isu PERKASA ini. Timbul kemusykillan di sini adakah Setiausaha Agung UMNO membuat kenyataan dengan membelakangi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Penulis menyeru agar Presiden dan Timbalan Presiden UMNO segera mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini kerana kita tidak mahu pergelutan UMNO-PERKASA berpanjangan kerana matlamat mereka adalah sama.
Enhanced by Zemanta

Monday, August 30, 2010

Apa yang anda faham mengenai Merdeka???

Apa yang anda faham mengenai Merdeka???
Oleh: yieMEGA

"Perjuangan mengekalkan kemerdekaan lebih susah berbanding perjuangan menuntuk kemerdekaan, Kemerdekaan bukanlah sesuatu yang kekal kerana tiada yang kekal di atas muka bumi ini"


TEPAT pukul 12.00 tengah malam ini kita akan bersama-sama menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang kita sayangi tanah tempat tumpanya darah kita. Tambah meriah lagi kerana Merdeka kali ini disambut semasa umat-umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak.

Penulis ingin bertanya kepada pembaca sekalian, soalan penulis mudah sahaja "Apa yang anda faham mengenai Merdeka?" Merdeka ungkapan yang mudah disebut oleh mulut kita tetapi adakah kita faham apakah yang dimaksudkan dengan merdeka?

Adakah kita tahu kemerdekaan tidak akan tercapai sekiranya tiada usaha-usaha memperjuangkan kemerdekaan dibuat, ya lah bagaiman nak merdeka sekiranya kita tidak berusaha untuk memerdekakan tanah air kita ini.

Kalau kita singkap kembali sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita satu ungkapan yang boleh di sinonimkan dengan perjuangan kemerdekaan negara kita iaitu PENYATUAN atau PERPADUAN atau BERSATU. Pendek kata kemerdekaan negara kita tidak akan tercapai sekiranya tiada PERPADUAN diantara kita.

Lihat sahaja bagaimana pada waktu kemerdekaan negara dituntut, orang Melayu kelihatan kuat walaupun tidak berbekalkan senjata yang berteknologi tinggi seperti mana negara-negara yang pernah menjajah kita. Apa yang penjajah paling takuti apabila kita semua BERSATU.

Mungkin apa yang terjadi di luar negara boleh dijadikan pedoman dan iktibar kepada kita semua yang berada di bumi tercinta bernama Malaysia ini. Cuba kita lihat apa yang berlaku di Palestin di mana umat Islam disana tidak bersatu dan hasilnya mereka terus dianiaya oleh bangsa yang kejam dan rakus yakni Israel. Adakah kita mahu perkara yang sama terjadi di bumi kita ini?

Ingatlah setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, Allah itu Maha Besar, kita tidak mampu menandingi kekuasaan Allah walau siapa pun kita. Peristiwa di Palestin itu mungkin ia adalah petunjuk daripada Allah mengenai betapa pentingnya umat Islam bersatu.

Kita sebagai warga pasca-merdeka perlu ingat yang kemerdekaan itu tidak akan datang bergolek kepada kita, kemerdekaan juga bukanlah kekal abadi. Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih susah berbanding menuntut kemerdekaan.

Penulis merasa sayu pada merdeka kali apabila ada suara-suara sumbang yang mengatakan kita tidak perlu hormat kepada Jalur Gemilang kerana ianya sekadar kain sama-sama seperti kain-kain yang lain. Penulis merasakan ini merupakan satu penghinaan kepada Panji negara kita. Di mana panji-panji inilah yang menjadi maruah kepada negara kita, ia boleh diibaratkan sebagai kepala kita sendiri. Cuba bayangkan sanggupkah kepala anda dipijak-pijak oleh orang lain. Sudah tentu tidak mau bukan?

Ingatlah Percikan bunga api di 12 tengah malam 31 Ogos setiaplah bukanlah itu dinamakan kemerdekaan, perarakan bermotosikal, berkereta, bermotisikal di seluruh pelusuk negara kita juga bukanlah apa yang patut kita panggil kemerdekaan.

Sebenarnya kemerdekaan adalah semangat perjuanganya hendaklah menjadi pegangan dan iktibar kepada kita semua tetang jatuh bangun nenek moyang kita suatu ketika dulu berusaha untuk membebaskan bumi kita ini daripada cengkaman penjajah Laknatullah.

Dalam kita menyambut kemerdekaan pada kali ini, adakah sedar atau tidak kita yang dasar devide and rules sudah mula menyusup masuk semula ke negara kita. Perpecahan antara kita semakin hari semakin serius. Tidak mustahil kemerdekaan negara kita akan berakhir sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan.

Adakah kita mahu melihat perjuangan nenek moyang kita dahulu menjadi sia-sia dek kerana kita yang begitu alpa dan rakus dan diulik oleh mimpi-mimpi indah hanya kerana kuasa politik yang kita cari.

31 Ogos 1957 menjadi sejarah kemerdekaan negara kita, ia disaksikan sendiri oleh nenek-nenek moyang kita yang terdahulu. Mereka berjuang bukan kerana harta, pangkat atau kedudukan mereka berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.

Mahukah kita melihat negara kita yang sama-sama kita bangunkan ini runtuh dengan begitu sahaja. Renung-Renungkanlah dan fikirkanlah.

Komen GTPMM: Marilah sama-sama kita berganding bahu, merapatkan sah dan menetapkan halatuju perjuangan kita mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati selama ini, agar nikmat terus melimpah di bumi kita ini.
Enhanced by Zemanta

Sunday, August 29, 2010

Bukan Muslim Masuk Masjid

Bukan Muslim Masuk Masjid
Oleh: yieMEGA


ARTIKEL GTPMM kali ini ingin mengulas berhubung isu terbaru yang timbul beberapa hari yang lalu. GTPMM memohon maaf di atas kelewatan untuk mengulas isu ini ini ekoran, ada tugas-tugas penting yang perlu GTPMM yakni penulis selesaikan terlebih dahulu.

Namun, GTPMM berpendapat daripada tidak mengulas langsung adalah lebih baik kita mengulas juga serba sedikit biarpun sedikit terlewat. Sudah menjadi tanggungjawab penulis untuk mengulas berkenaan isu-isu yang timbul sejak kebelakangan ini.

Bukan Muslim Masuk Masjid sudah menjadi polemik hangat sejak kebelakangan ini. Malah isu ini sudah menjadi perdebatan hangat sejak dua menjak ini. Sebelum penulis meneruskan ulasan penulis adalah lebih baik pembaca membaca artikel yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan cuba fahami dan dalaminya sedalam-dalamnya.

Penulis secara dasarnya bersetuju dengan pandangan yang dibuat oleh Dr. Asri yakni Bukan Islam boleh masuk masjid kerana pada zaman Rasulullah pun ada bukan Islam yang masuk masjid.

Di dalam konteks Malaysia memang akan berlaku kejanggalan apabila Bukan Muslim masuk ke tempat ibadah orang Islam yang juga merupakan rumah Allah itu. Ini menyebabkan timbulnya pandangan bahawa orang bukan muslim tidak boleh masuk ke rumah Allah ini.

Walaupun penulis bersetuju dengan pandangan orang bukan muslim boleh berkunjung ke masjid namun bukanlah bermakna penulis 100% bersetuju denganya. Bagi penulis kita kena mengetahui apakah tujuan atau agenda yang tersirat dan juga tersurat di sebalik kunjungan tersebut.

Penulis melihat kunjugan beliau ke masjid dalam isu ini lebih kepada isu berkepentingan politik semata-mata, bukan kerana berminat dengan Islam tetapi hanya berminat kepada undi orang Islam terhadapnya atau dengan kata lain "mempergunakan atau memperalatkan Islam untuk kepentingan politik".

Secara dasarnya juga penulis bersetuju ini adalah satu permainan politik. Pada waktu ini adalah orang bukan muslim yang masuk ke masjid itu adalah rakan politik PAS, dan PAS pula cuba membela tindakan orang bukan muslim tersebut kerana disebabkan politik juga.

Cuba bayangkan sekiranya orang bukan muslim tersebut dari MCA, adakah PAS akan mempertahankanya? sudah tentu tidak bukan, kerana ia tidak memberikan keuntungan politik kepada PAS, jadi ini bermakna PAS kini sudah berada di dalam era yang lebih liberal tidak sepertimana dulu.

Masih lagi penulis ingat sewaktu kecil dahulu, PAS lah yang kuat berkempen dan mengatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid. Malah kuliah-kuliah di Kelab-Kelab PAS sekitar kampung penulis pun turut membuat kempen ini, tetapi sekarang sudah lain jadinya. Tidakkah ini juga kerana kepentingan politik?

Berkenaan dengan kenyataan Nik Aziz yang mengatakan orang bukan Islam pun boleh kencing dalam masjid. Terlebih dahulu penulis ingin menasihatkan kepada Nik Aziz tolonglah perbetulkan cara berkomunikasi, kesilapan dalam cara berkomunikasi menyebabkan mesej yang cuba diberikan di dalam komunikasi ini gagal diakses oleh penerima. Ini yang menyebabkan orang selalu salah faham dengan kenyataan Nik Aziz.

Sepatunya sebagai MB yang sudah beberapa penggal berkuasa, adalah lebih elok atau molek benar kalau berkomunikasi dengan baik. Penulis percaya kenyataan Nik Aziz itu menyebabkan berlaku kekeliruaan orang ramai terutamanya di kalangan bukan orang Kelantan.

Penulis ingin memberi contoh ada seorang hamba Allah nak pergi ke tandas masjid untuk kencing dia akan berkata "Nak gi kecing di mejid"* dan bukanya "Nak Gi Kecing di jambe mejid"**. tapi sebenarnya beliau hendak pergi kencing di tandas masjid dan bukanya di dalam masjid. Inilah yang dinamakan kesilapan di dalam berkomunikasi dan akibatnya mengundang salah faham orang ramai.


* Nak Gi Kecing mejid - Nak pergi kencing di masjid
** Nak gi Kencing di jambe mejid - Nak pergi kencing di tandas masjid


Komen GTPMM:
Sebagai MB yang juga Tok Guru beliau haruslah memperbaiki cara berkomunikasi agar ia selepas ini kenyataan beliau tidak disalah ertikan lagi. Mungkin lebih patut sekiranya beliu menyertai kursus komunikasi dengan berkesan.

Enhanced by Zemanta

Saturday, August 28, 2010

Namewee Buat Hal Lagi

Namewee Buat Hal Lagi
Oleh: yieMEGA

TENTU PEMBACA masih ingat dengan nama Namewee dia pernah mengemparkan negara kita dengan membuat satu lagu yang menghina lagu kebangsaan kita, nampaknya budak bernama Namewee ni masih belum serik, sekali lagi dia cuba menonjol diri dengan membuat video yang berunsur mencaci TNB.



Penulis tidak menafikan memang hak beliau untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap TNB kerana mungkin kerana kekhilafan TNB terjadilah Bekalan Elektrik terputus di kawasan kediaman Namewee, namun ia tidak perlu sehingga mencaci dan mencarut dan menggubah satu lagu yang juga mencarut, mungkin Namewee ni gemar mencarut kot, dari kecik ibu dan bapanya ajarnya mencarut, tu yang mencarut sampai ke besar tu.

Bagi penulis, perbuatan Namewee ini penulis tidak sebagai salah satu cara untuk menyedarkan TNB, tetapi ia adalah salah cara publisiti murahan Namewee untuk mempopularkan diri beliau. Bukankah ada saluran yang betul untuk menyampaikan rasa tidak berpuas hati, bukan pergi serang membabi-buta di TNB, kadang-kadang penulis terfikir juga adakah budak Namewee ni waras atau tidak, sebab kelakuan dia ni macam kurang dari segi mentalnya sahaja.

Dalam video penulis dapat dua perkataan iaitu "Break down" dan "Shut down", ternyata pelajar dari luar negara ini tidak membezakan "Break down" dengan "Shut Down". Penulis difahamkan apa yang berlaku bukanlah "Shut Down" tetapi "Break Down", jadi "Break Down" ini berlaku di luar jangka, maknanya tak kan nak pergi jumpa Nujum dulu, nak tahu break down kemudian umum dalam surat khabar.

Tak sangka juga penulis dengan seorang Pelajar jurusan luar negara, pemikiranya setaraf dengan budak Taska. Tak Kan Kat Tempat Namewee belajar tak pernah blackout kot. Mustahil sebab penulis terjumpa video mengenai blackout di China.

Mungkin Namewee patut mengulang sekolah bermula dari darjah satu untuk membolehkan ia membezakan "Break Down" dengan "Shut Down".

Komen GTPMM: Teringat kepada pepatah melayu yang berbunyi "Kalau kail panjang sejengkal jangan diduga lautan yang luas" maksudnya kalau Ilmu tak seberapa janganlah berhujah dengan emosional.

Enhanced by Zemanta

Tuesday, August 24, 2010

Rentetan Isu Doa Untuk Lim Guan Eng


Rentetan Isu Doa Untuk Lim Guan Eng
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini penulis telah menulis sebuah artikel mengenai Isu Doa Lim Guan Eng ini di blog Gerbang Tempur Politik Maya Malaysia ini. Artikel ini merupakan satu rentetan daripada isu tersebut kerana menurut laporan Pakatan Rakyat telah membuat kenyataan "Mesyuarat Tergempar".

Penulis turut membaca artikel terbaru blog Minda Intelek Melayu yang bertajuk "OMG!! Malik Kassim dan Mansor Othman Buat Menyemak Di Pulau Pinang". Blog berkenaan mengulas panjang lebar mengenai isu tersebut dan juga berkenaan dengan kenyataan mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat itu.

Dalam pada itu, penulis tertarik dengan salah satu kenyataan Mesyuarat Tergempar itu yang berbunyi:

8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam mesjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

Penulis merasa sedikit hairan dengan kenyataan mesyuarat tergempar yang bernombor lapan ini. Adakah mereka sedar atau tidak atau sengaja untuk lepas tangan itu penulis tidak tahu, tetapi apa yang nak ditekankan di sini, nampak jelas yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tahu buat kerja.

Adakah orang yang buat kenyataan ini lupa atau buat-buat lupa, mengenai bidangkuasa masing-masing ataupun sememangnya mereka tidak tahu siapa yang berhak mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib yang terlibat, soalnya sekarang persoalan melibatkan Agama yang melibatkan Majlis Agama Islam Negeri adalah di dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri, dan kerajaan negeri sekarang pimpinan DAP dan Exco Agamanya adalah PKR, jadi kenapa pula UMNO perlu ambik tindakan. Sedangkan yang perlu ambil tindakan adalah mereka sendiri.

Satu lagi usul yang membuatkan penulis terus merasa hairan ialah:

6. Mengutuk amalan politik kotor dan jahat UMNO dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Jika benar ia permainan politik kotor dan jahat UMNO, kenapa pula ada Imam mengaku membuatnya. Adakah pengakuan imam tersebut ada kena-mengena dengan UMNO. Berkenaan dengan Imam tersebut, di dalam pengakuanya, hujah bela dirinya menimbulkan sedikit keraguan kepada penulis, imam tersebut berkata "Beliau hanya doakan agar Lim Guan Eng memeluk Islam" Tidak kah ada keraguan di situ, kalau ya pun nak doakan agar LGE memeluk Islam kenapa mimbar Jumaat menjadi medanya, tidak sewaktu selesai bersolat.

Komen GTPMM: Kita masih menanti untuk mengetahui perkara sebenar di mana siapa yang benar dan siapa yang tidak benar. Setakat ini kelihatan seperti perkara ini benar-benar terjadi tidak ternampakpun ia permainan politik kotor dan jahat UMNO. Sama-samalah kita menunggu kebenaran mengenainya.


Enhanced by Zemanta

Sunday, August 22, 2010

Doa Untuk LGE Sewaktu Solat Jumaat

Doa Untuk LGE Sewaktu Solat Jumaat
Oleh: yieMEGA

SETELAH banyak hari GTPMM tidak mengeluarkan sebarang artikel, kendengaran kecoh di sana-sini bercerita mengenai isu Doa Untuk Lim Guan Eng sewaktu Solat Jumaat. Walau apa pun biarpun orang sudah ramai kecoh mengenai isu tersebut penulis sebenarnya masih mengambil sikap tunggu dan lihat, tetapi entah macamana pada pagi yang hening penulis tergerak hati untuk menulis mengenainya.

Sebenarnya penulis masih tidak bersedia untuk mengulas panjang, memandangkan setakat ini yang datang membuat laporan polis semuanya ada kaitan dengan UMNO, penulis sedang menunggu orang yang datang buat laporan itu bukanya dari UMNO contohnya golongan atas pagar kerana dengan golongan ini kita boleh membuat pertimbangan yang tidak condong ke mana-mana.

Terlebih dahulu penulis ingin ingatkan di sini, tiada langsung niat di hati penulis untuk merendah-rendahkan kredibiliti ahli-ahli UMNO tetapi apa yang penulis nampak yang terbaik buat masa ini sekiranya laporan itu dibuat oleh golongan atas pagar kerana ia akan nampak sedikit neutral berbanding laporan yang dibuat oleh mereka yang ada kena-mengena dengan UMNO.

Walaubagaimanapun usaha-usaha ahli-ahli UMNO yang membuat laporan itu tetap penulis puji sekiranya mereka benar-benar ikhlas dan bukanya ada maksud tertentu. Tambah lebih baik lagi sekiranya ada rakaman video berhubung perbuatan itu.

Sementara itu, penulis ingin tahu juga sekiranya benar doa untuk Lim Guan Eng dengan membelakangkan doa untuk YDP Agong dan juga YDP Negeri dibuat, apakah tujuanya dan kenapa ianya tak dibuat di luar daripada mimbar masjid sekiranya mereka ingin mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng sekalipun.

Komen GTPMM: Kalau nak berdoa untuk Lim Guan Eng tidak cukup ke sekadar berdoa di luar masjid, GTPMM bimbang juga LGE akan terus cuba menyesatkan akidah kita semua sebagai umat Islam di bumi Malaysia ini.
Enhanced by Zemanta

Friday, August 13, 2010

Dua Hari Di Bulan Ramadhan


Dua Hari Di Bulan Ramadhan
Oleh: yieMEGA

ALHAMDULILLAH hari ini sudah masuk hari kedua kita umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Penulis ingin mengangkat rasa syukur ke hadrat Ilahi tuhan seru sekian alam kerana memberikan penulis kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna.

Penulis terus berdoa agar terus diberi kekuatan untuk melalui Ramadhan kali ini, marilah bersama-sama kita berusaha agar di bulan yang penuh keberkatan ini kita dapat memperbanyakkan ibadat kepada Allah tuhan seru sekian alam. Kita patut bersyukur dek kerana kekuasaaNya kita dapat menempuhi 'hiruk-pikuk' Ramadhan kali ini dengan penuh tabah dan kesabaran yang tinggi.

Penulis berazam agar Ramadhan kali ini mampu penulis habiskan dengan dipenuhi dengan ibadah-ibadah yang amat bermakna, lagipun bulan ini adalah lebih baik daripada seribu bulan. Marilah bersama-sama kita memperhebatkan lagi amal ibadat di bulan yang penuh keberkatan ini.

Penulis bukan sekadar berpesan kepada pembaca, tetapi juga pada diri penulis. Penulis bukanlah insan yang sempurna, jadi bersama-samalah kita berjuang di bulan yang penuh keberkatan ini, agar perjuangan kita diberkati oleh Allah tuhan seru sekian alam.

Komen GTPMM: GTPMM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak gandakan pahala kurangkan dosa, dariNya kita datang dan kepadaNya kita pergi.
Enhanced by Zemanta