Penulis ingin mengutarakan satu topik yang panas yang mampu membuat orang terpukau. Di saat ini UMNO memerlukan pemimpin baru yang bakal memberi nafas baru kepada UMNO. Maaf cakap, penulis ni bercakap kerana merasa terpanggil untuk memperbaiki prestasi UMNO yang kini umpama ‘telur di hujung tanduk’ atau lebih tepat lagi pada masa ini ‘lubang kubur UMNO sudah digali’. Kalau Ahli UMNO masih berperangai ‘kita mesti sokong Presiden kita’ dan ahli UMNO yang takut bersuara pun berkata ‘ya kita sokong’ tidak mustahil Pilihan Raya Umum yang bakal mendatang UMNO hanya tinggal dua nisan sahaja seperti bait-bait lagu yang terkandung di dalam lagu Nyayian XPDC.
Penulis ingin mengariskan beberapa dalil kenapa kita perlu pilih YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden baru UMNO:
- YBM Tengku Razaleigh adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat dan senang untuk didekati rakyat.
- YBM Tengku Razaleigh adalah berdarah Raja jadi senang kita hendak menyelesaikan perkara-perkara yang melibatkan Istana dan juga mengembalikan kepercayaan institusi diraja kepada UMNO yang tercalar sekarang.
- YBM Tengku Razaleigh mempunyai kepakaran di dalam bidang ekonomi ia akan memberi satu nafas baru kepada ekonomi Malaysia.
- YBM Tengku Razaleigh mempunyai kepimpinan yang baik, integriti dan tegas.
- YBM Tengku Razaleigh dihormati rakyat.
- Kita memerlukan pemimpin yang memimpin bukan pemimpin yang dipimpin.
- Dulu UMNO membawa maksud Untuk Membela Nasib Orang-ramai sekarang orang melabelkan UMNO sebagai Undur Menantu Negara Ok.
- Kita perlukan reformasi ke atas UMNO sekarang ahli. Ada dua kaedah reformasi yang boleh dibuat di dalam UMNO, pertama sekali apa yang kita kata ‘reformasi dari dalam’ atau penulis lebih suka menggunakan perkataan ‘penghijrahan sikap’ ahli memandangkan ‘reformasi’ merupakan perkataan dari barat tidak sesuai dengan titik normal masyarakat Islam kita. Kalau kita buat ini tiada siapa yang rugi UMNO akan terus relevan. Khidmat YBM Tengku Razaleigh diperlukan di dalam usaha ini. Satu lagi kaedah ialah ‘reformasi dari luar’ kaedah ini amat berbahaya kerana ia bakal membuat UMNO berkubur. Apa yang dimaksudkan dengan ‘reformasi dari luar ialah’ rakyat akan mengundi pembangkang dan pada masa itu UMNO sudah menjadi parti pembakang jika bernasib baik tetapi mungkin lebih teruk daripada itu.
- Proses pembersihan dan meningkatkan kredibiliti dan intergriti pemimpin juga memerlukan khidmat YBM Tengku Razaleigh yang terkenal dengan sifat intergritinya sekaligus mengembalikan maruah UMNO yang sudah tercalar.
- Kestabilan Ekonomi juga merupakan faktor yang penting untuk memastikan rakyat terus menyokong kita jadi kita perlukan ’sentuhan emas’ dari seorang Pemimpin yang bergelar KU LI ini yang juga mempunyai kepakaran di dalam bidang ‘ekonomi’.
- Anda perlu pilih antara dua, pertama Adakah anda sayang Pak Lah atau kedua Adakah anda Sayang UMNO? Jika anda rasa UMNO lebih penting daripada Pak Lah apa salanya anda menyokong YBM Tengku Razaleigh sebagai Presiden Baru UMNO. Bak kata Nabil Raja Lawak 2 ‘lu fikir lah sendiri’.
- Kita sebagai ahli UMNO harus sedar kita mesti berani berubah dan merani mengubah kerana jika kita tidak berani berubah dan mengubah kita masih di takuk lama menanti kapal yang bakal tenggelam dibadai ombak ‘reformasi dari luar’.
Begitulah 12 dalil yang sempat penulis coretkan pada hari ini. Semoga ia memberi sedikit panduan kepada ahli-ahli UMNO untuk bersuara ‘yang mana yang benar katakan benar’ yang mana yang salah katakan salah’ Anda tidak sepatunya menjadi pak turut lagi.
Penulis ingin menghadiahkan beberapa pantun empat kerat untuk ahli UMNO yang disayangi.
Kedai emas ada jual cincin,
Namun kami tak mampu beli,
Tiba Masa Pak Lah Pencen,
Berikan peluang kepada Ku Li,
Rakyat Kelantan orang berdikari,
Usah diragu Ku Li Tawarkan Khidmat,
Agar UMNO terus berdiri,
Ku li adalah pilihan kita yang paling tepat,
Khairi sukakan santan,
Abdullah sukakan buah pinang,
Usah dikata kenapa tak tawan Kelantan,
DAP sudah miliki Pulau Pinang,
Dulu Pak Lah,
Sekarang Ku Li,
Dulu rakyat gelisah,
Sekarang rakyat Puji,
Lubang kubur sudah digali,
Kini hanya tinggal dua nisan sahaja,
Apa lagi hendak dicari,
Kenapa takut hendak bersuara,
Akhir kalam, semoga ahli UMNO seluruh Malaysia memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada bakal Presiden yang baru iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Usah ragu dengan tawaran beliau kerana kita perlukan dia.
No comments:
Post a Comment