Google
 

Thursday, April 10, 2008

Siapa Yang Layak Terajui Pemuda UMNO?

Artikel yang terdahulu penulis ada mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin tidak layak untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Pada penulisan kali ini penulis ingin mengemukakan cadangan calon yang layak untuk menduduki jawatan tertinggi Pergerakkan Pemuda UMNO itu. Penulis merasakan tak perlu lah mengulas dengan panjang lebar lagi berhubung kenapa Khairy Jamaluddin tidak layak menjadi Ketua Pemuda UMNO kerana penulis telah jelaskanya dengan panjang lebar pada artikel sebelum ini.

Pada pandangan penulis, calon-calon yang layak untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ialah pertama sekali Ustaz Pirdaus Ismail yang juga merupakan bekas Imam besar Masjid Negara, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang juga merupakan bekas Menteri Besar Selangor dan sudah tentunya anak kepada mantan Perdana Menteri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Bagi mengulas mengapa mereka bertiga adalah calon yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikosongkan oleh DS Hishamuddin itu, penulis akan menghuraikan satu persatu dan memberi ulasan yang sewajarnya di bawah ini:

Ustaz Pirdaus Ismail


Kepakaran beliau di bidang Agama Islam adalah amat diperlukan, walaupun beliau tidak berjaya dalam misi menawan kerusi Permatang Pauh baru-baru ini, tetapi sebagai seorang ketua ia hendaklah mempunyai sifat ta'waduk, rendah diri dan juga mempunyai didikan dan pengetahuan agama yang tinggi. Beliau yang juga merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara, adalah calon terbaik untuk menjalankan misi penerapan nilai-nilai Islam kepada golongan muda di Pergerakkan Pemuda UMNO.

DS Khir Toyo


DS Khir Toyo juga dilihat sebagai calon alternatif dan terbaik bagi menjawat jawatan no 1 Pergerakkan Pemuda UMNO itu. Kenapa penulis berpendapat begitu? Jawapanya mudah sekarang ini DS Khir Toyo yang juga bekas Menteri Besar Selangor ini telah menjadi blogger sekaligus mendekatkan diri beliau dengan rakyat, jadi jika dia diberi peluang untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO amat mudah bagi beliau untuk menyampaikan mesej dan rungutan rakyat yang dibuat oleh rakyat di blog milik beliau. Blog merupakan satu cabang komunikasi baru yang menjadi kegilaan atau trend bagi masyarakat Malaysia di alaf baru selain sebagai media alternatif untuk bersuara. Jadi penulis merasakan pemilihan DS Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda UMNO adalah pilihan yang paling tepat untuk mendekatkan UMNO kepada rakyat.

Mukhriz Tun Dr. Mahathir

Penulis merasakan beliau juga merupakan calon yang sesuai dan boleh juga dijadikan pilihan untuk menyandang jawatan No 1 di dalam Pergerakkan Pemuda UMNO itu bukan kerana beliau merupakan anak mantan PM tetapi penulis melihat keberanian beliau bersuara pada Forum UMNO Pasca Pilihanraya baru-baru juga boleh membantu meningkatkan kepercayaan rakyat kepada UMNO, contohnya untuk memberitahu pucuk pimpinan UMNO mengenai sesuatu ketidakpuasan rakyat terhadap Kerajaan untuKerajaan mengambil langkah untuk menanganinya.

Sebagai Kesimpulan, Jika salah satu daripada nama di atas menjadi pilihan ahli-ahli UMNO dan Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh Malaysia, penulis yakin imej UMNO akan dapat dijenamakan semula.

No comments: