Google
 

Sunday, April 6, 2008

Apabila Pak Lah Menjadi Raket Tenis

Malam tadi penulis menonton Buletin Utama yang memaparkan DS Abdullah Ahmad Badawi dengan angkuhnya mengkritik YBM Tengku Razaleigh Hamzah. DS Abdullah juga menyalahkan ahli UMNO yang mensabotaj pada pilihan raya umum yang lalu parti dan mengarahkan Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan terhadap mereka yang mensabotaj tanpa bertanya kenapa Ahli Parti melakukan perbuatan demikian. Melalui maklum balas yang penulis terima mereka 'sabotaj' kerana mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan UMNO yang ada sekarang. Penulis lebih suka menggunakan perkataan 'mengajar' pemimpin UMNO yakni Presiden UMNO yang sekarang ini memegang tampuk pemerintahan negara.

Tindakan DS Abdullah yang mengkritik keras YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, jelas menunjukkan Pak Lah sudah menjadi 'Reket Tenis' sama seperti menteri-menteri kabinet gembalaanya. Apa yang dimaksudkan 'Reket Tenis' di sini ialah menjawab dakwaan dengan mengkritik orang lain. Melihat kepada sidang media yang diadakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi tadi telah 'menzahirkan' yang beliau merupakan raket tenis.

Sebelum ini sudah beberapa orang Menteri Kabinet menjadi 'Reket Tenis' Abdullah dengan menjawab dakwaan Tun Dr. Mahathir dengan mengkritik Tun Dr. Mahathir. Jelas sekali Pak Lah dan kabinet dapurnya telah 'menghina' dan melupakan jasa Tun Dr. Mahathir setelah 22 Tahun mengepalai UMNO dan Menjadi Ketua Negara yang begitu hebat.

Penulis juga berpendapat bahawa tindakan yang akan dibuat oleh Parti terhadap mereka-mereka yang dianggap 'Pak Lah' sebagai pensabotaj parti merupakan tindakan sia-sia malahan ia akan meningkatkan lagi perpecahan yang berlaku di dalam UMNO. Tindakan ini juga bakal membuatkan UMNO akan berkubur selama-lamanya.

Pak Lah juga berkata yang YBM Tengku Razaleigh Hamzah merupakan penyebab kepada kekalahan BN di Kelantan. Pelik juga bunyinya ni, sedangkan yang jadi Presiden ialah DS Abdullah Ahmad Badawi bukanya YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan kalau kita lihat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan ialah DS Annuar Musa bukanya YBM Tengku Razaleigh Hamzah jadi apa kaitanya dengan YBM Ku Li dengan kegagalan BN menawan Kelantan. Nampaknya Pak Lah nak derhaka dengan Anak Raja berjiwa rakyat ni. Patutlah Istana Perlis dan Terengganu tidak setuju dengan perlantikan yang dicadangkan Pak Lah kerana di adalah seorang penderhaka.

Penulis berharap Ahli-Ahli UMNO seluruh negara supaya tidak percaya sebarang kata-kata yang keluar daripada Pak Lah kerana jelas menunjukkan beliau cuba menegakkan benang yang basah. Kepada ahli UMNO seluruh negara, tepuklah dada tanyalah selera. Adakah anda masih ingin pemimpin seperti menjadi pemimpin UMNO? Kuasa di tangan anda.

No comments: