Tsunami Politik yang berlaku pada 8 Mac 2008 masih belum reda nampaknya. Malahan satu ‘ribut taufan’ mula melanda arena politik tanah air seperti mana ribut taufan yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Apabila seorang negarawan yang berjasa seperti Tun Dr. Mahathir menyuarakan pendapat dan mengkritik Pentadbiran Kerajaan dan UMNO pimpinan DS Abdullah Haji Ahmad Badawi Menteri-menteri yang baru dilantik nampaknya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan DS Abdullah Ahmad Badawi.
Baru-baru ini Menteri Kabinet terus menjalankan tugasnya sebagai Pembela Abdullah Hj. Ahmad Badawi sehinggakan sanggup ‘mengkritik keras’ Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa mengira Jasa selama 22 Tahun Tun Dr. Mahathir membangunkan Malaysia. Perbuatan ini boleh disifatkan sebagai ‘Penderhaka’ kerana bagi penulis ada betulnya kritikan Tun Dr. Mahathir.
Pada masa sekarang ini bukan sahaja Tun Dr. Mahathir yang menjadi ‘mangsa’ kerakusan Menteri-menteri Kabinet mempertahankan Pak Lah. YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga menjadi ‘mangsa’ kerakusan Menteri-menteri Kabinet pembela DS Abdullah Ahmad Badawi. Menteri-menteri kabinet ini penulis sifatkan ‘Kaki Ampu Baru’ memandangkan mereka sayangkan jawatan berbanding kehendak akar umbi Ahli UMNO. Menteri-menteri kabinet ini boleh lah penulis labelkan seperti menteri BPA ringkasnya atau Barisan Pembela Abdullah.
Apabila Menteri-menteri ini menjadi BPA apa sahaja mereka sanggup lakukan demi mempertahankan Abdullah tanpa mengira “Jasa orang yang begitu lama memimpin UMNO dan memacu Malaysia ke arah kejayaan. Ahli UMNO seluruh negara patut memikirkan “Adakah lebih baik kita membuat usul tidak percaya di dalam UMNO ataupun Usul tidak Percaya di dalam Parlimen?
Jika Kita memberi Undi tidak Percaya di dalam UMNO ini bermakna kita akan selamatkan Malaysia daripada jatuh ke tangan pembangkang kerana ia melibatkan Ahli UMNO dan juga keputusan tetap Ahli UMNO yang menjadi Perdana Menteri atau Pihak Pembangkang akan mengusulkan “Undi tak percaya” di dalam Parlimen dan ada di Kalangan Ahli Parlimen BN yang menyokongnya berkemungkinan besar, Perdana Menteri Malaysia bukan lagi daripada UMNO dan sekaligus BN menjadi pembangkang. Terpulanglah kepada Ahli UMNO seluruh negara jika ‘mereka masih sayangkan’ UMNO hendaklah membuat EGM segera dan mengusulkan undi tidak percaya kepada Presiden UMNO sekarang. Tepuk dada tanya Selera atau Bak Kata Nabil Raja Lawak 2 “Lu Fikir Lah Sendiri”.
No comments:
Post a Comment