Generasi baru yang berada di dalam Pemuda UMNO pada hari ini kita didapati ada diantaranya yang tidak memahami perjuangan sebenar UMNO. Malah mereka langsung tidak mengendahkan perjuangan sebenar UMNO mereka lebih bersifat perjuangan peribadi dan matlamat peribadi untuk mendapat pangkat, darjat, kedudukan dan harta yang bertimbun-timbun. Golongan seperti ini perlu diketepikan kerana ia hanya merosakkan UMNO. jadi untuk membolehkan UMNO terus berdiri kukuh jadi kita perlukan seorang yang pemimpin yang tegas seperti YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Pada hari ini generasi perwaris perjuangan yang ada di dalam UMNO dan juga pemimpin-pemimpin UMNO yang ada dilihat sudah tersasar jauh daripada tiga tiang utama UMNO iaitu "Alif, Ba, Ta". Alif yang mewakili agama Islam yang menjadi agama rasmi negara kita. Hari ini kita lihat pemimpin UMNO kurang menitik beratkan perkara-perkara yang melibatkan Islam. Memang benar, prinsip Islam Hadhari di perkenalkan tetapi konsep ini telah menimbulkan banyak masalah memandangkan ramai yang berpendapat "Islam Hadhari" ini sebuah agama baru. Memang ada majlis-majlis penerangan mengenai Islam Hadhari tetapi penulis merasakan konsep ini tidak boleh diterima pakai apabila sering mendapat bantahan ramai. Selain itu, kelahiran konsep Islam Hadhari ini juga telah membuatkan kaum-kaum lain merasa takut dan timbul syak wasangka. Pada pandangan penulis satu mekanisme lain perlu dicari bagi membantu meningkatkan syiar Islam tanpa melahirkan istilah-istilah baru yang boleh membuatkan rakyat keliru.
"Ba" Mewakili Bangsa Melayu, memandangkan UMNO merupakan 'payung agung' bagi bangsa Melayu, perkara ini juga kurang dititik beratkan oleh pemimpin yang ada sekarang. Memang benar ada pendekatan-pendekatan yang membantu Melayu tetapi pendekatan ini tidak menyeluruh ada lagi Melayu-Melayu yang 'tersadai' seperti menanti bulan jatuh keriba. Pengagihan bantuan yang tidak adil dan memilih 'bulu'. Hari ini kita lihat bangsa-bangsa lain sudah mula meragui kita kerana mereka lihat kita mengutamakan satu kaum sahaja. Jadi untuk membolehkan bangsa lain percaya kepada kita, kita perlu mengubah sedikit 'perangai kita' dan juga dasar yang membolehkan bangsa lain menyokong kita tanpa mengorbankan kontrak sosial.
"Ta" mewakili tanah air yakni Malaysia. Hari ini kita lihat betapa ramainya generasi-generasi muda belia yang tidak tahu erti kemerdekaan dan juga keperluan menjaga dan menghormati serta mencitai tanah air. Ada yang sanggup memburuk-burukkan tanah air kita di tempat orang dan ada juga yang membuat lagu yang menghina lagu kebangsaan kita. Satu mekanisme perlu dicari bagi menambahkan kesetiaan kepada tanah air kita.
Generasi baru yang berada di dalam Pemuda UMNO pada hari ini kita didapati ada diantaranya yang tidak memahami perjuangan sebenar UMNO. Malah mereka langsung tidak mengendahkan perjuangan sebenar UMNO mereka lebih bersifat perjuangan peribadi dan matlamat peribadi untuk mendapat pangkat, darjat, kedudukan dan harta yang bertimbun-timbun. Golongan seperti ini perlu diketepikan kerana ia hanya merosakkan UMNO. jadi untuk membolehkan UMNO terus berdiri kukuh jadi kita perlukan seorang yang pemimpin yang tegas seperti YBM Tengku Razaleigh Hamzah
No comments:
Post a Comment