Google
 

Thursday, April 17, 2008

Biarkan Pak Lah Mencari Damai Abadi!



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bertanding pada sebagai Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 (PAU2008) nanti. Pada masa PAU yang lepas DS Abdullah atau nama 'glamornya' Pak Lah begitu sinonim dengan ayat "Saya pantang dicabar" itulah kata-kata yang keluar daripada mulut beliau semasa PAU 2008.

Kata-kata beliau menyebabkan rakyat merasakan mereka telah dicabar dan oleh sebab itulah mereka memberi undi protes pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu sehinggakan empayar-empayar BN tersungkur rebah 'membujur lalu, melintang patah".

Baru-baru ini beliau sendiri telah mengakui BN tewas kerananya dan akan membuat pelan peralihan kuasa dan menamakan DS Najib Tun Razak Sebagai Penggantinya. Persoalanya di sini, adakah DS Abdullah menggunakan taktik licik supaya beliau tidak ditumbangkan pada Perhimpunan Agung Umno 2008 dan sekaligus juga menyekat kemaraan YBM Tengku Razaleigh Hamzah memandangkan penyokong-penyokong DS Najib Tun Razak mungkin mengambil pendekatan 'wait and see' ataupun 'wait until 2010' dengan cara ini beliau boleh lagi memegang jawatan sebagai Presiden UMNO.

Jadi penulis menyarankan cara terbaik ialah dengan Ketua Bahagian UMNO seluruh negara memberikan undian kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan DS Abdullah Ahmad Badawi.

No comments: