Google
 

Sunday, April 27, 2008

Majlis YBM Tengku Razaleigh Disabotaj?



Penulis ingin melahirkan rasa tidak puas hati penulis berikutan dua majlis yang dihadiri oleh Yang Berhomat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah di sabotaj oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mengikut maklumat skuad risik, penulis mendapati ada unsur-unsur sabotaj ke atas majlis ramah mesra yang dihadiri oleh Ku Li di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan dan yang terbaru di Subang Jaya.

Corak sabotaj yang dibuat di Majlis Amanat Penting Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan ialah dengan penyebaran SMS kononya Ku Li akan membuat perisytiharan keluar parti pada Malam itu. Apabila penulis hadir sendiri ke Majlis ini Ku Li tidak membuat apa-apa kenyataan untuk keluar parti tetapi sebaliknya mengulangi hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO melawan Presiden UMNO yang sekarang ini iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sabotaj kedua yang telah dibuat ialah ada Bahagian yang membuat mesyuarat khas bagi melarang mana-mana ahli cawangan hadir ke Majlis Tengku Razaleigh Hamzah.

Sabotaj yang berlaku di Subang Jaya pula lain cerita sedikit tetapi ada kena-mengena dengan Ketua Bahagian juga, menurut maklumat yang penulis terima daripada skuad risik penulis yang berada di Subang Jaya ada Ketua Cawangan dan Ketua Wanita cawangan telah dibawa keluar daripada Selangor dan di bawa melancong di Sarawak dengan tujuan mengelakkan daripada mereka menghadiri majlis yang disertai Ku Li. Namun mengikut skuad risik itu lagi, walaupun majlis itu disabotaj ia berjaya mengumpulkan kehadiran seramai 1,000 Orang.

Persoalanya di sini, siapakah yang bertanggungjawab melakukan sabotaj ini? Adakah orang yang bimbangkan kehilangan kuasa? Adakah orang yang ingin berkuasa secara mudah? Wallahualam hanya Allah yang mengetahui tak perlu lah penulis membuat tuduhan siapa-siapa apa yang penting di sini ahli peringkat Marhaen haruslah memilih Ku Li sebagai Presiden baru UMNO mengantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ku Li sahaja harapan yang ahli peringkat Marhaen ada untuk memulihkan dan melakukkan proses penghijrahan minda dan sikap pemimpin dan ahli UMNO. Ahli peringkat Marhaen jangan mudah dibeli, perjuangan kita adalah perjuangan ikhlas bukan kerana wang.

2 comments:

Anonymous said...

Pihak yang cuba menghalang ahli-ahli UMNO mendengar berbagai pandangan adalah pemimpin berjiwa kerdil, yang tidak wajar di saf kepimpinan UMNO.

yiemega said...

arakian adapun penulis ingin menyatakan bahawa pendapat tuan hamba yang bijaksana adalah benar sekali sayugia hamba pacar yang hina memohon ahli UMNO peringkat marhaen bertindak mulai sekarang ingatlah Allah Maha Besar Tuhan Seteru Sekian Alam.